BAB 10

Romance Series 1368

"Leesya, kau okay tak ini?" soal Addy membuat pandangan aku larikan dari terus merenung wajahnya.

Boleh-boleh pula aku terpaku melihat Addy, memang sah aku dah mabuk teruk. Kepala aku geleng berkali-kali.

"Wow! Aleesya! Naughty girl arh." pandanganku beralih pada suara gadis itu. Jessica yang berada di celah kelangkang Shady sedang menggoyang-goyangkan punggung montoknya mengikut alunan muzik sambil tangan singgah pada bahu Shady. Dia kenyit matanya padaku. Reaksi Shady pula? Entah aku langsung tak pandang wajahnya, malas.

Lantak dia oranglah kalau nak fikir aku dengan Addy ini scandal, ada aku kisah? Beras kat asmara aku tak kurang jugakan? Tapi itu sebab aku malas nak masak! Makan kat luar je selalu.

Tanpa membalas pada sinis Jessica, badan aku angkat bangun dengan berpaut pada lengan Addy, bila tubuhku sudah berdiri dengan lurus tangan Addy larikan dari terus berada di pinggangku. Ingat kita orang tengah menari tango ke?

Aku senyum kecil seraya berkata, "thanks." Addy hanya balas kata-kataku dengan senyuman.

Bayangan Jessica yang menggoda Shady muncul semula di kotak fikiranku. Kenapa aku harus risaukan Shady, diakan masih single, dia berhak untuk berkawan dengan sesiapa yang dia nak.

Dari melayan kepalaku yang sudah serabut, air gelap dalam gelas kuteguk habis lalu aku letak di atas meja.

Cacha dan Dhia kulihat sedang menari dengan rentak lagu perlahan. Bibirku mengukir senyum. Kalau Anaz ada dekat sinikan best!

"Ni gelas yang terakhir," bisik Addy pada telingaku lalu gelas yang berisi Jack Daniel dia letak di atas meja. Kening aku kerut. Sejak bila pula Addy ini jadi abang aku? "Apa?" selarku seakan tidak puas hati dengan kenyataannya.

Addy mengeluh, "Anaz dah pesan dengan aku yang kau tak boleh minum, ini kalau dia dapat tahu aku bagi kau habis nanti aku kena." Ucap Addy, nada suaranya takut-takut. Entah kenapa aku rasa nak gelak pula. Wajah Addy kerut.

"Seriously? What a bestfriend forever dude!" sinisku, Addy ketap bibirnya. Tawaku masih tersisa. Addy takut dengan Anaz? Tapi memang tidak dinafikan kekasihku itu sedikit tegas, aku sendiri pun boleh kecut perut kalau Anaz dah bersuara.

"Kau tak tahu tegas mana pakwe kesayangan kau tu dengan aku. Kalau boleh hari-hari dia nak aku tengok-tengokkan kau, kalau macam itu baik aku pindah masuk je kat hostel kau, boleh 24 jam 7 hari aku pantau kegiatan kau. Apa si Anaz ingat aku ini takde benda lain ke nak dibuat?" omel Addy membuat tawaku makin menjadi-jadi. Ini mesti Addy pun dah mabuk sampai meluah perasaan dekat aku. Airmata yang terbit diekor mata aku seka.

"Kesian kau Addy, kalau macam itu apa kata kita buat perjanjian? Kau cakap je dengan Anaz yang aku ini good girl, selesai masalah... senang bukan?"

Kening Addy jungkit, adakah ini dipanggil win-win situation ataupun perjanjian berat sebelah? Anaz pun satu ingat aku ini budak kecil ke sampai dia nak pasang mata-mata. Kalau dia gajikan si Addy ini takpe juga.

"Aleesya, aku nak tanya kau sesuatu tapi kau jangan marah pula." Suara Addy membuat kepala aku panggung melihatnya yang sedang duduk di sebelahku.

Soalan apa pula yang dia nak tanya pada aku ini sampai aku nak marah? Ini mesti soalan cepumas.

"Apa dia?" soalku semula, pandangan dia kalih pada Shady dan Jessica sebelum berbisik pada telingaku. Naik berdiri bulu romaku bila helahan nafasnya mengena pada kulitku.

"Kau dengan Shady tengah gaduh ke apa sekarang ni? Selalu bukan main lagi macam belangkas." Ujarnya sambil menarik gelas yang berada di mulut bila aku hampir nak meneguk habis air yang ada di dalamnya.

Kenapa pula Addy nak tahu pasal hubungan dingin aku dengan Shady? Sepatutnya dia gembira sebab kawan baik dia memang tak suka aku rapat sangat dengan Shady.

Pandangan aku kalih pada Shady, dari ekor mata aku lihat Jessica sudah berubah posisi, punggungnya duduk di atas riba Shady.

Aku mendengus tanpa menjawab pada soalan Addy, air kelat dalam gelas aku habiskan.

Rasa berbahang pula kat sini, badan aku angkat bangun tapi sekali lagi tangan Addy terpaksa melekat seperti gula getah pada pinggangku apabila aku berdiri seperti seorang gadis mabuk. Eh! Bukan memang dah mabuk ke? Tepuk dahi!

"Thanks again," ucapku sambil tertawa. Tak tahu berapa banyak kali aku ketawa malam ini. Ketawa dalam tangisan mungkin?

"Okay je, kau nak pergi mana?" soal Addy, tangannya masih memaut rapat pinggangku, takut aku terjatuh lagi dan lagi ke?

"Aku nak pergi restroom." Jeritku pada telinga Addy, "jom aku teman." Putusnya sambil memapah aku.

Bila kami berdua melepasi Shady, dia menghentikan langkah kami lalu mencerlung aku tajam. "Kamu orang nak pergi mana?" soalnya.

Eh sibuk je nak tahu mamat ini!

Baru Addy nak menjawab pada pertanyaan Shady... Jessica dah menyampuk, "soalan apa you bagi ini Shady, mestilah dia orang nak 'berseronok' kot." Diikuti dengan gelaknya. Shady kerut kening.

Rasa sebal dengan perangai Jessica, aku menarik lengan Addy. Kudengar Shady memanggil namaku namun aku tidak endahkan.

Apa Jessica ingat aku ini kemaruk sangat ke macam dia itu sampai nak tergedik dengan Shady. Si Shady pun satu melayan je pompuan gedik itu, kalau dah nama lelaki memang sapu habis!

Eh yang aku nak serabutkan kepalaku fikir pasal Shady ini kenapa?

Selepas melunaskan hajat aku menuju ke pintu keluar. Dalam lampu samar aku kecilkan lagi mata yang sudah sepet, tapi tetap pandanganku terlihat kabur. Kenapalah aku ini pandai sangat, saja nak tunjuk jaguh dengan Addy, dah dia offer nak tunggu aku kat luar ini tapi aku tolak. Sekarang kan dah terkebil nak cari jalan pulang.

Aku melangkah penuh berhati-hati bagi mengelak aku tersadung sesuatu. Terasa seperti ada kelibat seseorang yang berdiri berdekatan, kepala aku panggung ke arah pemuda itu. Dalam gelap aku dapat menangkap senyum tepinya terukir, aku makin cuak bila tangannya merangkul pinggangku.

"Aleesya... " bisik suara garau ke telingaku. Bulu tengkukku tiba-tiba berdiri seperti sedang mendengar lagu Negaraku.

Rangkulannya pada pinggang aku lerai cuba untuk menyelamatkan diri tapi tangan kekarnya lebih pantas. "Mama nak lari pergi mana? Tak rindu kat papa ke?" sinisnya. Dia masih lagi membahasakan dirinya dengan panggilan yang sudah lama aku lupakan.

"Lepaskan aku setan!" jerkahku tapi kata-kataku tidak diendahkan.

Dengan keadaanku yang sudah didominasi dengan alkohol mudah baginya mengheret tubuhku mengikut langkahnya.

Tiada sesiapa pun yang peduli pertelingkahan kami berdua, masing-masing sibuk dengan hal sendiri.

Apa yang aku harapkan di tempat seperti ini? Mungkin lagi banyak lelaki buaya dari lelaki budiman.

"Masuk dalam kereta Aleesya!" arahnya, badanku dia dorong masuk ke dalam kerusi penumpang. Namun tanganku menarik tubuhnya, sebelah lagi berpaut pada pintu.

"Aku tak nak! Lepaskan aku!" pintaku. Aku meronta untuk melepaskan diri tapi tubuh kekarnya menghalang pergerakanku.

"like I said before, you are mine you can't deceived me Aleesya!"

***

like I said before, you are mine you can't deceived me Aleesya!

Aku terbangun dari mimpi ngeriku. Tubuhku menggigil, tak tahu sama ada menggigil ketakutan atau pun kesejukan memandangkan penghawa dingin meniup terlalu kuat hingga menusuk ke tulang-belulangku. Peluh yang berkeliaran di dahi dan tepi telinga aku seka. Kepalaku terasa sakit akibat dari kesan alkohol yang kuat pada sistem badanku.

Belum sempat aku meneroka keadaan bilik ini, tiba-tiba daun pintu berbunyi. Jantungku bagaikan hendak gugur bila pintu terkuak dengan luas.

Wajah lelaki yang muncul dari muka pintu sangat familiar bagiku, pandangan kami bersatu. "Leesya?" suara husky membelah pendengaranku.

Bibirnya menggaris senyum menampakkan lesung pipit di pipinya. "Shady?" gumamku.

Shady menuju ke arahku lalu duduk di birai katil. Sempat mataku meneroka pada tubuhku, pakaianku semalam masih melekat rapat, keluhan lega aku lepas.

"You okay? Macam mana you rasa sekarang?" soal Shady, wajahnya penuh dengan kerisauan.

Tapi kenapa Shady yang ada dengan aku pula? Seingat aku semalam aku dengan si barua itu, entah apa yang dia nak dengan aku, aku pun tak tahu.

"Okay?" aku tidak pasti dengan jawapan yang aku berikan. "Macam mana I boleh ada dengan you? I kat mana ini? Apa jadi semalam? Mana yang lain?" soalku bertubi, mataku meliar melihat pada sekeliling, sempat lagi fikiranku memuji kemodenan perabot yang ada di dalam bilik yang luas ini. Cantik!

Senyum tepi Shady terukir, "hey! Bertenang okay. Tarik nafas dalam-dalam," beserta dengan demonstrasi dia tunjukkan, aku hanya mengikut arahannya. "Anyway you ada dekat rumah I, you selamat kat sini." Sambungnya.

"Yeke selamat? Lelaki zaman sekarang ni susah nak percaya, bajet alim tapi menggatal juga bila kena goda dengan pompuan seksi." Sinisku, bayangan dia berpelukan dengan Jessica masih terpasang di kotak fikiranku. Eh! Kenapa pula topik dia dan Jessica yang masuk ini.

Pandanganku angkat memandang wajahnya. Shady sudah tersenyum melihatku. "Macam lain je maksud you ini Leesya. I smell some jealousy here." Duganya dengan riak wajah yang sangat menyebalkan aku. Pipiku terasa merah.

Pandai sangat kau Aleesya! Sekarang Shady dah tahu kau cemburukan dia dengan si gedik itu. Kau suka kat Shady, kan?

Excuse me! Aku suka Shady? Takde maknanya la, aku dah ada Anaz kut. Lagi pun bukan taste aku adik-adik ini.

Lambaian pada wajahku membuat aku kembali pada realiti, ini semua fikiranku la ini bawa aku berteka-teki pula.

"Apa yang you tengah khayalan ini Leesya? You fikir pasal I ek?" tebaknya membuat mata aku jegil. Aku tak suka tengok senyuman sinisnya itu!

Apa dia ingat aku takde benda lain nak fikir ke selain dia?

"Betulkan you tengah fikirkan I?" namun soalannya aku tak jawab, tak penting kot. "I dengan Jessica takde apa-apa hubunganlah, semalam dia yang nak sangat ikut I walaupun I cuba mengelak berkali-kali. You pun I tengok sibuk je melayan si Addy semalam." Terangnya. Tiba-tiba senyuman kecil terukir di bibirku, tak tahu kenapa.

"I smell some jealousy here... " aku ulangi kata-katanya sebentar tadi. Shady juih bibir. Rambut serabaiku dia perbetulkan.

"Salah ke kalau I cemburu?" jawabnya jujur membuat aku telan liur. Ingatkan dia nak berdalih tadi, alih-alih aku yang kena balik.

Pandanganku terhenti pada tepi bibir Shady yang terlihat pecah, ada sedikit darah yang sudah kering. Dahi kukerut sebelum tanganku menyentuh tempat luka.

"Ouch!" hampir terbang nyawaku mendengar jeritan dari Shady. "Maaf." Tuturku dengan rasa bersalah.

Badanku angkat bangun, "Leesya... " pandangan aku kalih pada Shady. Tangannya sudah diawangkan, mata aku gulir ke atas, tanpa di arah aku tarik tangannya bagi membantu dia bangun dari katil.

"Ahhh!" jeritku bila aku rasakan tubuhku jatuh di atas badan kekarnya. Gelak Shady terdengar memenuhi ruang bilik.

Aku tahu dia sengaja menarik aku tadi itu yang sampai aku terjatuh.

"Shady!" rengekku. Dadanya aku pukul-pukul. Tawanya masih tersisa, tanganku dia kunci dengan sebelah tangannya. Pandangan kami bersatu, nafas masih lagi turun naik akibat tindakan agresifku tadi.

Pandanganku turun ke bibirnya yang merah. Lidahnya sedang membasahkan bibirnya yang kering membuat bibir itu tampak lebih seksi. Aku seakan terpesona hingga sukar aku larikan pandangan.

"Aleesya... " gumam Shady.

Pantas aku melarikan fikiranku yang sudah melencong jauh entah ke negara mana. Kepala dia angkat, membuat jarak kami semakin rapat. Liur kutelan.

Renungan matanya membuat degupan jantungku makin tidak keruan. Helahan nafasnya terasa pada wajahku sebelum dia dekatkan pada telingaku.

"Boleh tak kalau you bangun? You beratlah Leesya." Mukaku yang cuak tadi sudah merona, gelak Shady membuat aku tambah sebal.

"Maaf," mendatar saja tuturku sambil tubuh aku angkat bangun. Cepat-cepat aku betulkan skirtku yang sudah terselak ke atas.

Shady menopang berat badannya menggunakan siku, "I tak kisah pun kalau you nak baring lama-lama atas badan I, tapi perut I dah lapar. Kalau dah kenyang nanti kita sambung balik, okay?" kata-katanya itu sengaja nak kenakan aku.

Aku mengeluh. Mataku menangkap tangannya menahan pada kawasan tulang rusuk. Dahi kukerut.

"I berat sangat ke?" soalku, aku cuba menyentuh pinggangnya. "No Leesya," pinta Shady.

Dahiku sudah berkerut. Macam ada tak kena je ini.

"Kenapa ni Shady?" dengan wajahku yang penuh kerisauan, t-shirtnya aku selak ke atas. Dia cuba menolak lembut tanganku tapi bola mataku terdahulu menangkap tanda lebam pada badannya. Mataku membuntang.

Aku dapat rasakan tanda lebam itu berpunca kerana aku. Tangan Shady aku capai lalu cuba menarik badannya bangun. "Jom pergi klinik!" ajakku.

Shady menyekat pergerakanku, pandangan aku panggung padanya, wajahku sudah hairan.

"I okay, luka sikit je ni, no worry... Leesya, I'm sorry kalau semalam I ada dengan you semua ini takkan jadi," kesalnya.

"Are you sure? Macam teruk je I tengok," aku menaik nafas pendek sebelum membidas pada kata-katanya. "Don't be sorry buddy, bukannya salah you pun." Sambungku.

"But still... " jari telunjuk aku dekatkan pada bibirnya membuat kata-katanya terhenti.

"You ada aid kit?" soalku sekaligus mengubah topik perbualan.

Dahi Shady kerut, "I rasa ada kot kat dalam toilet, kenapa?" soalnya.

Tanpa menjawab pada soalan Shady, aku menuju ke bilik air... kotak bantuan berwarna putih yang ada di dalam kabinet aku keluarkan lalu kembali menuju ke dalam bilik, duduk aku rapatkan di sebelah Shady.

Pencuci luka, kapas dan balutan warna putih aku keluarkan dari kotak, Shady hanya memerhati setiap tingkahku.

Baru aku nak sapu ubat pada lukanya, dia sudah terjerit menahan pedih. Pandangan risau aku kalih pada Shady, "sorry."

Selepas selesai mencuci dan membalut lukanya, aku bersihkan semua perkakas yang telah aku gunakan.

"Thanks." Ujar Shady, kepala aku angkat melihat Shady sambil tersenyum kecil.

"Don't mention it! Dah Jom pergi makan... I lapar gilaaa!" rengekku sambil tangan menggosok-gosok perut yang berkeroncong hebat, nasib je tak mengeluarkan bunyi seperti selalu, kalau tak malu beb.

Shady senyum tepi membuat hanya sebelah saja lesung pipit yang kelihatan, "jom!" ajaknya sambil memaut tanganku menuju keluar pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience