BAB 9

Romance Series 1368

Ariel yang sudah berada di muka pintu berpaling melihat pada Shady, "yupe, ada apa Shaafiy?" namun riak wajahnya tidak senang dengan nada suara Shady yang terdengar kasar.

Aku seakan dapat membaca fikiran Shady, ini tak salah lagi dia mesti nak gaduh dengan Ariel.

Terus saja tangan Shady kugenggam membuat pandangannya dikalih pada tanganku yang berada di antara jari-jemarinya. Shady memandangku dengan keningnya dijongket sebelah, tanpa berkata aku hanya memberi isyarat mata sambil menggeleng kepala pada Shady dan berharap agar dia hentikan niatnya itu.

Keluhan kecil Shady lepas lalu menoleh ke arah Ariel, "lepas ni kau takyah nak ganggu Aleesya, kalau aku dapat tahu, siap kau aku kerjakan!" Shady cuba mengawal emosinya masa menuturkan setiap bait kata. Keluhan lega aku lepas.

Dari sini dapat kulihat riak wajah Ariel berubah kelat, mulut sengaja dia lopong dengan luas. Kalau ada lalat hinggap padan muka!

Gema tawa Ariel datangnya kemudian memenuhi segenap ruang kelas, terdengar keluhan kecil pada hujung tawa itu.

"Wow! Tenang Shaafiy!" Ariel hela nafas pendek, "Aleesya bukan awek kaukan? Dia tak cakap apa-apa pun, yang kau nak panas ni kenapa?" lantang bicara Ariel.

Aku terkedu, bola mataku terus berlari pada Shady. Muka Shady berubah merah, tanganku dia larikan lalu berdiri dari duduknya.

"Shady!" panggilku namun suaraku tidak langsung mematahkan langkahnya yang sudah menuju pada sasarannya, aku tahu kali ini dia nekad dengan niatnya itu. Senyum sumbing yang terukir di bibir Ariel lagi menambah marak api di dada Shady. Kolar baju Ariel dia rentap hingga membuat kaki Ariel terjongket sedikit.

"Tak kiralah aku ini pakwe Aleesya ke tak, aku cakap jangan kacau dia! Kau faham bahasa tak?!" bentak Shady, berombak dadanya mengawal amarah.

Sinis senyum Ariel, "kalau aku tak nak?" dia berhenti seketika melihat reaksi dari Shady, namun Shady hanya mengetap gigi dengan segala urat dawai yang ada di wajahnya keluar. Ariel menyambung lagi, "kau nak tumbuk aku? Hah! Tumbuklah! Apa lagi kau tunggu!" cabar Ariel, Shady mendengus kuat.

Aku makin cuak, dah nampak macam serius je bicara mereka berdua ini. Jangan sampai berlaku filem aksi sebentar lagi, sudah... tak hendak aku berlakon jadi heroin dalam cerita ini.

Aku berdiri dari dudukku membuat kerusiku yang berlaga dengan lantai menghasilkan bunyi bingit, arh lantaklah yang penting aku mesti hentikan dua musuh ini dari terus bersengketa.

Lengan Shady kutarik, "Dahlah tu Shady! Takyah gaduh macam budak-budak kat sini." Keluhan kecil aku hembus keluar bila tiada reaksi dari Shady. "You... lepaskan Ariel!" pintaku lagi.

Mataku menangkap bibir Ariel menggaris senyum bangga, Shady mengetap gigi lalu mengalihkan pandangan tidak puas hati terhadap permintaanku.

"What! You nak I lepaskan lelaki tak guna ni macam tu je?" kepala Shady kalih pada Ariel, "you sendiri dengarkan yang dia nak sangat rasa penumbuk I ini." Sambungnya sambil mencerlung Ariel tajam namun wajahnya sama sekali tidak menunjukkan sebarang reaksi takut.

"Dahlah itu Shady, jangan gaduh kat sini... please!" pujukku lagi. Shady mendengus, "okay fine!" akhirnya Shady akur dengan permintaanku, bibirku terus menggaris senyum kecil.

Kolar baju Ariel dia lepas kasar sambil menolak badan Ariel membuat tubuh itu terdorong ke belakang.

Ketawa Ariel terdengar memecah gegendang telinga. Baru aku nak lepas rasa lega, terpaksa batalkan niatku. Apa pula yang jadi kali ini?

Ariel betulkan kedudukan bajunya yang sudah senget-benget. Nafasnya turun naik menahan marah. Tangannya mahu merentap kolar baju Shady tapi Shady sempat menangkap lengannya.

Ya Allah, tak habis lagi ke perang dunia kedua antara dia orang berdua ini?

"Guys! Dahlah itu!" tempelakku membuat kepala mereka memanggung ke arahku. Anak mataku berlari pada Ariel, "you should go Ariel." Pandangan tidak berpuas hati beraja di wajah tegangnya. "Please!" selarku lagi. refleks tanganku mahu menolak dadanya tapi dihalang oleh tangan kekar Shady.

Ariel mencerlung Shady tajam. Pandangannya kemudian dia kalih padaku, tanpa mengatakan sesuatu dia keluar dari bilik ini meninggalkan aku dan Shady dengan pintu dihentak kuat.

Aku mendengus lalu mencerlung Shady tajam, perasaan marahku mula memuncak dengan perangai tidak matangnya ini.

"Apa yang you buat ini Shady!" dadaku makin berombak bila nafasku makin singkat.

"Seriously? You tak nampak ke dia cuma nak berseronok dengan you je Leesya." Selar Shady.

"Mana ada!"

"Leesya, you tahukan perangai Ariel itu macam mana, kalau boleh semua perempuan yang ada kat kolej ini dia nak sondol, takkan you nak backup dia!" nafas Shady hela, senyum tepinya terukir tapi nampak sinis. "Siap bergurau senda bagai, gelak-gelak, main-main hantuk kepala lagi, wow! Romantik! Sukalah you, lepas ini semua pelajar lain ingat you tengah bercinta dengan barua itu, kan!" sinis sindiran Shady.

"You pula apa, Shady? Selama ini I tak pernah halang pun you nak berkepit dengan perempuan lain. Walaupun pompuan itu playgirl ke kaki kikis ke mata duitan ke... tapi kenapa bila I you nak melenting?" tangan yang mula menggeletar aku genggam.

"Leesya... " nada suara Shady rendahkan, tanganku Shady gapai tapi aku rentap kasar. Pandangan aku alih dari melihat pada wajahnya. "Situasi kita berbeza Leesya, you jangan samakan. I cuma tak nak dia mainkan perasaan you macam mana dia mainkan hati perempuan lain. You tahukan yang I sayang you." Sambungnya.

Sayang? Hush! Tapi dok layan betina lain juga, itu namanya sayang? Dasar lelaki mulut manis! Eh yang aku nak meroyan tak tentu pasal ini kenapa pula?

"Tak sama?" gumamku sambil menggaris senyum sinis, "Enough Shady! I am not a child which is you need to babysitting me all the time! Lagipun you bukannya pakwe I!" tempelakku.

Riak wajah Shady terus berubah bila kulit cerahnya sedikit kemerahan. Bibir dia ketap lalu menunduk ke bawah sebelum dia mengambil begnya yang ada di atas mejaku. Aku tergamam seketika seakan baru tersedar dari mimpi. Apa yang aku dah cakap tadi sampai Shady terasa macam ini? Mulut ini, kenapa celupar sangat!

Aku cuma sakit hati bila tengok kemesraannya dengan Jessica tadi. Kenapa pula aku nak sakit hati? Shady masih solo apa? Suka hati dialah nak duduk dengan siapa sekali pun. Tapi yang aku tak puas hati bila turn aku dengan Ariel pandai pula dia nak naik angin. Tak adil! Argh! Serabut!

Bila tubuhnya melepasiku, sempat tangannya aku capai membuat langkahnya terhenti. "Shady, I tak maksudkan dengan apa yang I cakap tadi." Namun tautan tanganku pada tangannya dileraikan.

Aku yang tadinya dok memerhati tingkahnya kini melarikan pandangan pada wajahnya, "Shady... I'm sorry.... " tanpa mengendahkan bicaraku dia berlalu pergi meninggalkan aku sendirian.

Seminggu berlalu tapi batang hidung Shady pun tidak kelihatan, apatah lagi mesej mahu pun panggilan telefon darinya, memang takde. Kali ini dia betul-betul dah merajuk dengan aku.

Beberapa kali juga aku hampir nak menekan pada nombor telefonnya tapi aku batalkan niatku. Mungkin Shady perlukan masa untuk bersendirian atau pun mungkin juga hubungan baik kami sudah berakhir? Aku buntu!

"Kau betul ini Leesya tak nak ikut aku pergi Blue7?" suara Cacha mengembalikan aku pada dunia nyata. Entah sudah berapa puluh kali dia ajak aku pergi, selalu dia takkan memaksa begini.

Kepalaku menoleh ke arah Cacha yang sedang sibuk mencari pada koleksi baju singkatnya di dalam almari. Kulihat dia memilih baju sendat kuning yang berlengan panjang tapi pendek pula dibahagian perut, sengaja nak tunjukkan sixpack yang dia ada. Eh Cacha ada ke 6 ketul coklat itu? Ingatkan Shady je yang ada.

Shady? Hush! Kenapa nama Shady je dari tadi yang berkeliaran di dalam kotak fikiranku, aku dah gila bayang ke apa ini?

Kepala aku raup dibawa hingga ke rambut. Cacha yang sudah mengenakan skirt kembang warna hitam memandangku hairan.

"Kenapa dengan kau ini bestie?" aku menggeleng kepala, "Dah-dahlah itu tengok buku, aku yang stress tengok kau macam ini. Dah, jom ikut aku pergi buang bosan." Buku yang ada di hadapanku dia tutup lalu menarik tanganku.

"Aku takde mood la nak keluar berfoya-foya Cha." Jawabku malas namun terselit sindiran dalam gurauan.

Cacha mencerlung aku tajam dengan mata dikecilkan lagi. Bibir dia ketap, aku tersengih kecil lalu menyembunyikan senyum itu disebalik tangan.

"Amboi mulut kau Leesya! Ini bukan pergi berfoya-foyalah, ini release tension namanya. Dah cepat!" tempelaknya. Tanpa membantah aku menurut apa saja perintahnya, dia suruh aku berdiri, aku berdiri, dia suruh aku duduk dibirai katil, aku duduk, dia suruh aku pakai baju pilihannya, aku masukkan ke badanku.

Baju putih tanpa lengan, di hadapan singlet ini dihias dengan jalur lurus warna hitam melurut ke bawah, skirt pula jenis jeans warna hitam dipadankan dengan tali pinggang hitam. Boleh tahan citarasa si Cacha ini dalam pemilihan pakaian, nampak ragged sikit.

Bibir Cacha menggaris senyum bangga, "hah, kan comel macam ini, takdelah kau asyik pakai dress hitam kau itu je," mata aku gulir ke atas bila Cacha dah mula nak meriak dengan bakatnya yang tak seberapa itu.

Aku menuju ke meja belajar milik kami berdua lalu mengemas semua peralatan belajarku yang bertaburan di atas meja. Selesai mengemas, kanta lekap warna merah jambu bercampur dengan warna biru laut yang bercorak ala-ala galaksi aku tekap ke dalam anak mata yang berwarna hitam, sempat anak mataku berlari pada Cacha yang terlihat sibuk menggulung-gulung rambutnya pada besi berbentuk bulat. Rajin bebenar pompuan ini.

Bagi menambah seri wajah, aku kenakan solekan ringkas saja. Gincu dari Peripera ink velvet kod 5 aku sapu pada bibir mungilku lalu menyembur minyak wangi bercorak ladybird pada setiap nadiku.

Sneakers Gucci berwarna putih yang menjadi kegemaran aku sarung ke kaki manakala Cacha memakai kasut tumit tinggi. Walaupun dia sudah mengenakan kasut itu tapi ketinggian 1.68 kaki yang aku miliki ini Cacha masih lagi tidak boleh jangkau, mungkin dia dalam 1.58 m macam itu, aku pun tak pasti.

Tiba di Blue7... aku, Cacha dan teman lelakinya menuju masuk ke dalam. Bunyian muzik memecahkan halwa telinga, pandangan aku kalih ke atas pentas... terdapat budak band yang sedang khusyuk menghiburkan para pengunjung. Dari rupa paras dan cara mereka menuturkan setiap bait lirik lagu aku boleh katakan yang band ini berasal dari Filipina. Suara jangan cakaplah, memang power tapi mungkin belum ada rezeki mereka nak tembusi pasaran yang ada kat Malaysia ini.

Bila mataku menangkap wajah Addy terus senyumku terukir, pandangan aku kalih pada figura lelaki di sebelah Addy, terasa darah berlumba-lumba berlari ke wajahku sehingga panas wajah ini.

Bulat mata Shady mencerlung aku sebelum pandangannya dilarikan ke bawah. Aku tak tahu mengapa degupan jantungku tidak teratur bila mataku menangkap pada tubuh seksi wanita yang duduk rapat di sebelahnya. gadis inilah yang duduk kat sebelahnya masa kat dalam kelas kuliah tempoh hari. Tak silap lagi dia adalah Jessica bila dia mula gerakkan tangannya ke kiri dan kanan padaku, cepat tanganku bertindak balas membalas lambaiannya itu sambil bibir mengukir senyum tepi. Anak mataku meneroka pada gaun singkat warna kelabu miliknya, kerdipan yang terhasil boleh menyilaukan pandangan sesiapa saja yang memandang gadis gedik ini, mengalahkan pakaian budak band pun ada.

Jessica terlihat sibuk bercerita dengan jejaka idamannya itu, sesekali tangannya menjalar pada paha Shady, ingat tempat gelap macam ini aku tak nampak ke? Patut pun tak pandai nak cari aku selama ini, rupanya sibuk bercengkerama dengan pompuan ini.

Eh yang aku kisah sangat hal dia orang ini kenapa? Lantaklah dia orang nak buat apa sekali pun. Sibuk hal orang je kau ini Aleesya, jaga tepi kain sendiri sudah.

Tapi kalau tadi aku tahu Shady ada kat sini tak hendak aku ikut, ini semua salah Cacha sebab paksa aku! Tapi sekurang-kurangnya Addy masih ada, takdelah aku jadi anak bulan kat sini.

Addy hulurkan gelas jernih padaku, senyum kecil aku beri sebelum menelan masuk dengan sekali teguk air kelat yang ada di dalamnya. Terbuntang mata Addy melihatku sebelum kembali mengambil gelasku lalu di isi semula. Nak buat macam mana, tiba-tiba pula tekak yang tadinya tak haus terasa kering kontang.

Masuk gelas keempat, alkohol yang memasuki sistem tubuhku mula bertindak bila pandanganku kabur dan kepala seperti sedang masuk air, tersengihku bukan main lagi kalah Tokti sengih masa tengah tarik bahagian tinggi pada lagu.

Dari tadi Addy tidak leka dari melayani karenahku, nasib baik je Anaz itu pakwe aku kalau tak mananya Addy nak jadi bodyguard aku macam sekarang. Dahlah dia ini terkenal dengan sifat dinginnya, banyak juga gadis yang mencuba nasib nak tawan hati batunya tapi dia tolak mentah-mentah. Takkan dia ini gay kot? Ke dia suka dengan Anaz? Eh Anaz itu aku punya, aku tak nak dimadukan dengan Addy!

Kepala yang terasa berat membuat stability tubuhku tidak kukuh untuk berdiri dengan betul, nasib baik ada tangan yang menyambut tubuhku dari jatuh terjelepuk macam nangka busuk.

Senyumanku terus meleret pada mata bundar yang sedang memandangku tika ini. Dalam keadaanku yang sudah mabuk sempat lagi otakku memuji kekacakan wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience