BAB 1

Romance Completed 9705

Aku tidak tahu bagaimana perancangan masa hadapan aku yang akan tertulis nanti, tapi aku berharap aku dipertemukan dengan orang yang betul di sepanjang jalan mirae (masa hadapan) aku.

Aku adalah orang yang Kalau kau tengok aku ni, sah-sahlah aku ni bukan tergolong dalam kategori cantik jauh sekali lawa tahap melaram-laram dengan foundation tebal yang maha jadikan kulitkan flawless persis gadis korea. Ayu tahap perempuan melayu terakhir pun dah jauh panggang dari api. Kalau setakat pergi kuliah pakai baju kurung tu memang boleh dikatakan etika pemakaian la kot...

Tak kisah semua tu yang penting kawan2 aku kenal siapa aku dan tahu baik buruk aku...

Call dari umi memang buat aku sedikit terkejut. Selalunya bila time raya haji jarang sangat umi nak kasi balik tapi kali ni beria ia umi suruh aku balik.

Pelik..... umi kata nak discuss benda penting. Apa yang penting dan kalut sangat tu aku pun tak tahu. Ada orang datang rumah petik bunga agaknya... aku ke bunga tu??? Hahaha. Gatal tak pasal2 aku ni...

"Wawa. Kau balik ke?" Soalan dari Zack memang buat aku rasa malas nak habiskan air liur...

"Balik la. Raya kan???"

"Cuti dua hari je. Selalunya kau cakap umi kau tak kasi balik. Ni mesti kes rindu mak ni" bukan main lagi sengih dia. Nak cakap aku manja la tu. Tak layan la gurau mangkuk kau tu. Dulu boleh la kata aku manja. Sekarang ni dah dewasa tau... matang already....huhuhu matang la sangat.

"Berangan pulak!" Aku tersentak. Dah ke mana aku ni?? Koreakah??? Ahhh!!!! Tak layan korea. Geng nasyid je aku layan... sebut geng nasyid teringat pulak kat geng masjid dekat matrik aku dulu... orang lain duk gila kat jpp lain pulak kes aku ni. Minat kaki masjid .. hahahaha...

."berangan lagi minah ni. Kenapa balik???"

"Umi yang suruh balik. Pelik jugak selalunya dekat2 exam macam ni macam haram je kaki aku nak balik"

"Dalam 3 tahun ni. Seingat aku sekali je kau balik raya haji kan???"

"Amboi ingat...." aku mengerling zack yang sedang memandang tepat ke muka aku.

"Apa??? Aku ingat la. Sebab kau je yang tak join time korban. Melantak je lebih." Amboi. Dah sampai level perli aku ni . Aku just tak sampai hati nak tengok. Tu aje..... kecoh je mamat ni.

"Aku rasa ada orang masuk petik aku la...." ujar aku gusar. Nak bergurau je sebenarnya. Tapi bila fikir balik. Tak mustahil dan ketar jugak lutut aku kalau betul.

"Ada ke orang nak petik kau????" Soal zack pelik. Mentang2 aku tak lawa macam izzie dia. Ingat aku tak laku ke???

"Mana nak tahu. Bas aku dah sampai. Aku blah dulu"

"Ok. Take care. Aku gurau je tadi. Aku yakin yang jodoh kau jauh lebih baik dari aku" huhuhu. Tersentuh pulak dengan doa mamat ni. Harap2 ikhlas kerana allah la doa tu. Karang sebut saja tak sampai doa yang baik tu .

"Aku pun rasa macam tu! Bye!" Aku tersenyum senang bila zack buat muka. Aku pun apa lagi gelak sakan la. Sambil naik bas pulak tu. Bila naik bas. Bas dah penuh dengan orang. Tinggal satu seat je tepi lelaki pulak tu. Tepi budak yang aku benci sangat dalam unimap ni .poyo!!!! Player.... tapi takkan nak berdiri kut sampai johor. Patah kaki aku yang slim gila sejak study sini. Nak tak nak aku bergerak ke arah dia yang sedang khusyuk mendengar lagu.

Rasa macam dia ni hantu or bayang aku je. Mana aku pergi mesti aku nampak dia. Bosan betul hidup aku. Nasib baik aku je yang kenal dia. Dia ni tak kenal aku yang tak hot ni. Untung jugak. Boleh umpat dia sampai lunyai... hahhaha.. memang mulut jahat aku ni...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience