BAB 7

Romance Completed 9705

"Naik atas dulu, layan hang pa ni buat sakit otak je." Aku meninggalkan mereka berdua yang masih lagi bergaduh padahal dah tua bangka semuanya.

"Angah, kenapa ni?" Soalan umi buat aku hairan. Kenapa pulak dengan aku?

"Kenapa mi?" Soal aku hairan.

"Tak suka ya dengan pertunangan ni?" Yang ni bukan hairan tapi terkejut. Kenapa tiba2 je umi nak tanya ni. Karang aku jawab tak umi pulak yang masuk hospital.

"Suka la umi, cuma angah tertanya.tanya entah macam mana la perangai tunang angah ni. Garang ke? Sweet ke?" Aku memeluk bahu umi erat. Walaupun bukan itu yg mengganggu aku tapi tu pun salah satu benda yg terlintas dalam otak kecik aku ni.

"Hujung minggu nanti dia lunch kat sini, dia minta izin umi dan walid nak bawak keluar angah. Katanya nak angah kenal dia" aku kecut lagi. Tapi macam kelakar pulak. Nak suruh aku kenal dia dah tu dia tak nak kenal aku ke? Cakap macam dah kenal aku lama.

"Angah ikutkan je"

Akhirnya saat yg aku risaukan sampai jugak, hari ni aku akan jumpa dua face to face.yg aku boleh tahan lama berdiri depan cermin ni kenapa? Nak kata make up pun takde. Nervous kut. Sebaik kaki aku melangkah keluar dari bilik memang nak pengsan terkejut bila terpandang wajah ceria tunang aku yg sedang berbual dengan umi dan walid. Hati aku ni, rasa semacam dua macam jantung je macam baru lepas pecut 100m. Cintakah ini ya Allah.??? Sebaik matanya memandang anak mataku, rasa nak pitam pun ada. Kenapa rasa macam handsome semacam je. Banyak macam betul aku ni.

Sebaik terpandang aku dengan ramah dia merendahkan sedikit badannya dan memberi salam dengan senyuman. Ni dah macam cerita salam cinta.

"Angah!" Terkejut aku bila adik menepuk bahu aku lembut. Lembut ke? Untung tak jatuh je kalau tak sia2 je aku pakai baju kurung hari ni.

"Sakitla mangkuk!" Aku mengetap bibir menahan geram tapi adik aku ni tersengih dengan muka tak berdosa dia.

Selesai makan tengahari kami menaiki kereta berdua je. Ke kawasan tasik yg dkunjungi orang rmai. Nasib baik hari ni macam mendung sikit dan berangin kalau tak naya la panas2 pakai baju kurung.

Dari turun rumah sampai sekarang krik krik je yang aku dengar. Aku takkan mulakan perbualan walaupun selama ni aku aku jenis mulut becok. Banyak cakap punya orang ni.

"Terima kasih" aik. Tu je yang tunang aku nak cakap. Tapi kenapa pulak?

"Tak terucap rasanya syukur saya ke hadrat ilahi kerana buka hati awak terima saya yg serba kekurangan ni" aku tersengih. Amboi ayat rendah diri sampai cecah rumput tapi aku anggukan je ikutkan hati nak je aku cakap poyo.

"Siapa saya nak tolak ketentuan Allah. Entah apa yg ada pada saya buatkan awak melamar sya" cewah. Ayat budak baik ni.orang kata ayat tak boleh blah.

dia tergelak halus sambil membetulkan duduknya lalu bersandar pada bangku sambil berpeluk tubuh. Mungkin sebab aku suka dia jadi aku rasa dia handsome sangat ni.

"Saya tak sebaik ini sebenarnya dalam bertutur, harap awak dah sedia nak kenal saya dengan lebih dalam. Harap awak tak kecewa bila awak mengenali saya yg sbenar nanti"

jujurnya cakap. Tapi betul sangat la apa yg dia cakap. Tak kenal maka tak tahu. Kan???

"Saya risau awak yg lari nanti bila knal siapa sya sebenarnya" aku dengan dia macam nak cakap benda yg sma tapi cara penyampaian dia tu lebih baik dari aku. Dia gelak lagi. Kali ni nampak sangat cute aku dah agak yg aku ni sebenarnya dah terjun dalam gaung angau baik brek dulu bila dia dah jadi husband aku nanti nak angau ke. Gatal ke. Dah boleh la.... halal... hahaha...

"Sya rasa sya dah knal awak" ye la tu. First time kut jumpa dah kenal aku? Ayat poyo nak mampus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience