BAB 5

Romance Completed 9684

"Kau student matrik selangor gak ke???" Soal aku terkejut. Saja nak bertanya benda yang aku dah tahu sangat dah.

"Ya la. Kalau tak takkan aku kenal kau najwa iman. Wawa kan?" Ni lagi hantu terkejut. Dia tahu nama aku full name pulak tuh.

"Kau nama apa?, macam mana kau tahu nama aku?, aku pelik sangat sekarang ni"

"Kau tak kenal aku? Aku jpp la kat sana"

"Really? Ketua ke?"

"Tak lebih tak kurang la" ceh jawapan berkias.

"Sorry!, tak ingat. Tak berminat dengan jpp. Tapi macam mana kau kenal aku?"

"Ada program yang kami buat. Then kau sertai tapi bila bab kemukakan cadangan kau yang banyak cakap siap gaduh dengan kami lagi"

aku ingat lagi benda tu. Gila tak ingat aku sorang je tapi tak sangka ramai yang jadi penonton glamour sehari .

"Bukannya dengan kau pun"

"Memang la tapi aku memang ada kat situ nak pengsan gelak sebab pendebat wakil negeri pun frust tak boleh lawan kau punya speech. Nak pengsan aku gelak." Dia ni!!! Lagi nak ungkit tu kenapa. Malu dosh hari tu memang sengaja cari penyakit hari tu.

"Aku Azim" aku dah tahu la. Aku angguk je bila dia memperkenalkan dirinya yang cukup terkenal dulu sekarang pun tiada bezanya dulu jpp sekarang mpp pulak. Untunglah badan ada ciri2 pemimpin.

"Aku sekuliah kau. Kau tak perasan ke selama ni?" Hari ni baru nak tanya ke? Dah dua tahun kat sini.

"Tak pulak, ramai kut dalam lecture hall"

Azim yang mendengar jawapan aku hanya tersenyum lalu membuang pandang ke luar tingkap. Banyak betul bohong hari ni.

"Best ke jadi mpp?" Soal aku pula. Serba salah pulak bila dia diam macam tu. Apa kata buat kawan borak mana nak tahu boleh ngam ke. Tak kenal maka tak tahu wei! Entah2 takde la teruk macam orang kata.

keluhan berat dilepaskan sebelum menjawab soalan aku.

"Apa yang bestnya, banyak yang nak kena tanggung yang kat dunia ni tak payah cakap la esok2 depan Allah nak jawab apa." Aku memang terkejut dengan jawapan mamat ni.

"Dah tu jadi jugak kenapa?" Soalan berani mati ni.

"Atas permintaan ramai, masa jadi mpp banyak yang kena jaga. Nak jadi diri sendiri pun susah. Kalau salah sikit mesti kena teruk nanti" aku menelan liur. Aku la salah seorang yang suka cakap yang teruk2 dulu. Aku selalu sangat cari salah dia dulu tak pernah nampak baik dan bermanfaat pun. Sedangkan semua program dia handle berjaya kut.

"Sorry, bunyi macam aku mengeluh je. Susah nak cari orang yang faham aku. Asyik nak cari silap aku ada la" rasa macam telan batu je. Tepat sangat batang hidung aku ni

"Takpe. Aku ni dulu anak buah kaunselor.. tempat yang sesuai nak luahkan perasaan. Kalau nak suruh aku jadi pendengar. Then im gonna be the good one. Kalau nak suruh aku bagi komen then ill give the best one"

Lepas je hari tu memang aku dah banyak lepak dengan dia. Selalunya kat cafe sebab kami ni sama tak suka study kat tempat senyap sangat macam library. Kawan2 aku pulak tak sekepala dengan aku bila bab ni. Memang cari patah kaki bila lepak dengan budak hot tapi niat aku betul kut. Just nak belajar dan memang kami belajar selain dari belajar dah takde lagi aktiviti lain kami berdua. Yang lain kalau aku dengan dia mesti ada orang lain sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience