Rate

06

Short Story Series 2743

Sudah sebulan masa berlalu...

Hubungan antara Haifa dan Izz tak secara langsung sudah rapat seperti mereka sudah lama kenal antara satu sama lain. Padahal tidak.

" Haifa. Balik class tambahan sila tunggu aku dekat tangki air atas bangunan blok D please. Urgent. " - Izz

Satu kertas bertulisan pesanan di letakkan didalam pencil case milik Haifa.

Haifa yang kebetulan yang mahu naik ke kelasnya semula untuk mengambil duit belanja ketika waktu rehat, tak secara lansung dia membuka zip pencil casenya kerana terdapat lubang kecil seperti ada orang yang cuba membukanya.

Haifa merenung sekali lagi tulisan tersebut dengan dahi berkerut seribu.

" Tiba-tiba jer mamat ni. Buang tabiat ke apa? " ujar Haifa lalu dia memasukkan helaian kertas itu kedalam poket baju kurungnya.

Selesai itu, dia berlalu ke kantin sekolah semula kerana dia tidak mahu kawannya, Aryna, yang menunggu dirinya terlalu lama.

+

Habis waktu sekolah...

Haifa segera mengemaskan barang-barangnya yang sudah berselerak di atas mejanya sendiri dengan kadar segera.

Izz Thaqif sudah hilang sejak 5 minit lepas. Haifa sendiri tahu yang sejak dua menjak ini, dia perasan akan perubahan dalam diri Izz.

Moody semacam. Kalah perempuan badmood.

Aryna tiba-tiba datang menyerpa di belakang Haifa. " Fa! "

" Mummy! " Dengan tidak sengajanya Haifa telah terjerit melatah. Habis satu kelas senyap dan lepastu memasing kembali balik asal.

" Asal kau tergesa-gesa ni? Dari tadi aku perhatikan kau. Kau okay tak? " Soal Aryna, prihatin.

" Aku okay. Sorry babe, I have to go now. Someone want to see me. See you, bye! " Ujar Haifa dengan diakhiri flying kiss.

Aryna yang masih kebingunan hanya melihat Haifa dari jauh sahaja sehinggalah bayangan gadis itu hilang dari pandangan.
Lalu dia menapak keluar dari kelas untuk pulang kerumahnya menaiki kereta drivernya.

+

Kreakkk!

Haifa mengeluarkan kepala kecilnya itu untuk melihat Izz dari sebalik pintu ini.

' Okay, dia ada. ' Hatinya berkata.

Haifa berjalan setapak demi setapak menuju ke arah Izz Thaqif dengan perlahan. Dia tidak mahu yang lelaki itu terbangun dari tidurnya di sebabkan dirinya.

Haifa sudah berdiri betul-betul belakang susuk tubuh Izz; bahagian kepalanya.

" Izz. Kau okay tak? Kenapa kau nak jumpa aku ni? " Haifa menyoal dengan ton intonasi nya yang masih terkawal.

Izz Thaqif yang terdengar akan suara seseorang, segera dia mencabut earphonenya.

Sepasang mata coklat milik Haifa itu direnung seketika sebelum dirinya sudah bangun dari baring.

" Duduklah. " Arah Izz kepada Haifa dan Haifa hanya menurut sahaja.

" Asal ni? Kau okay? Kalau tak ok ceritala dengan aku ni. " Ujar Haifa, prihatin.

Izz Thaqif mengambil nafasnya terlalu dalam. Sehinggakan Haifa boleh dengar hembusan nafas itu dengan kuat.

' Aku boleh bau yang kau ada masalah. '

" Macam serious jer tu. " Tutur Haifa selepas 5 minit kemudian.

" Kenapa orang lain tak suka lihat kita senang? Kenapa mesti nak control life orang lain sedangkan dirinya terumbang-ambing? Kenapa weh kenapa? "

Akhirnya suara emas Izz Thaqif keluar juga tetapi agak sedih.

Haifa mencari anak mata kawannya itu untuk mencari lagi jawapan pelbagai soalan yang berada didalam kepalanya.

Haifa masih keliru dan buntu. Apa mesej Izz Thaqif yang cuba untuk sampaikan itu?
" Sorry Izz. Aku masih blur sekarang ni. What's it? Problem besar ke? " Soal Haifa lagi.

Riak muka Izz seperti terpaksa untuk meluahkannya.

" Sokay Izz kalau taknak share. Aku fah-- "

" No, Haifa! Aku kena luahkan juga sebab aku tau kau seorang pendengar masalah seseorang dengan setia. Lagi pula kau orang pertama yang akan dengar masalah aku. So, please, Jangan hampakan aku. " ujar Izz Thaqif, bernada sedih.

Haifa Nabiha sudah diselubung dengan rasa bersalah terhadap rakan lelaki nya itu, Izz Thaqif.

" Okay. Ceritalah, Izz. Mana boleh aku bantu, insha-Allah aku bantu. " balas Haifa sudah melabuhkan tubuhnya bersebelahan Izz Thaqif dengan jaraknya dalam 5 cm.

" Ceritanya begini.. "

+

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience