Rate

01

Short Story Series 2743

Di suatu pagi yang cukup indah. Bumi yang subur akan pokok-pokok ciptaan Allah.

Hari ini hari ahad, hari persekolahan sudah bermula setelah seminggu bercuti pada cuti penggal pertama awal bulan.

Tak lupa juga dengan seorang gadis berketinggian dalam ukuran 160 cm yang sedang tidur mati. Tak ingat dunia.

Sekarang jam menunjukkan 7.00 pagi. Dan sepatutnya gadis ini seharusnya sudah berada di sekolahnya.

Tiba-tiba dia, dikejutkan oleh suara serupa penyanyi Ella Rock itu. Nyaring habis!

" HAIFA NABIHA!! Bangun-bangun! Astaghfirullah halazim anak muda. Apa nak jadi ni? Bangunlah! " Abangnya, Halfian Nazrie yang telah mengejutkan Haifa tadi.

" Kenapa nak kena bangun? Lagipun awal lagi. Solat subuh berjemaah ke? Adik abc la minggu ni... " balas Haifa, dalam keadaan mamai.

Halfian menepuk dahinya apabila mendengar respon dari adiknya.

" Awal apa kebendanya kalau dah pukul 7.30? Cuti seminggu dah habis dik oi, "

Serta merta, Haifa bangun dari pembaringannya kepada duduk menegak.

" Apa?! Hari ini adik sekolah ke? Ya Allah! Abang!!! Adik dah lambat ni. Dah tepi-tepi, bagi adik lalu. " Ujar Haifa kelam kabut mencapai tualanya di birai besi.

" Cepat sikit mandi. Jangan berendam dalam tab mandi sudah. Abang tunggu dekat bawah! " Tutur Halfian sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik sederhana besar milik adiknya itu.

+

Selesai mandi, Haifa segera menyarungkan pakaian seragam sekolah di tubuhnya. Disikat rambutnya sebelum sehelai tudung disarungkan ke kepalanya.

Sebelum dia keluar, Haifa melihat sekali lagi penampilan dirinya di hadapan cermin. Setelah dia berpuas hati, lantas dia mencapai beg silangnya bersama handphone berjenama iPhone itu.

Lalu tingkat bawah dituju. Sebelum dia memakai kasut, Haifa telah ditegur oleh abangnya untuk bersarapan dahulu sebelum pergi.

" Abang. Hari ini abang tak ada class ke? " Soal Haifa dengan mulutnya penuh akan roti bersalut jem.

" Makan mana boleh bercakap. " Pesan Halfian kepada adiknya.

Haifa cepat-cepat menelan semua makanan yang berada didalam mulutnya itu.

Glup!

" Ada, tapi petang. " balas Halfian sambil jarinya ligat menaip sesuatu.

" Oh okay bye! Adik naik Pakcik driver jer harini. " Haifa memberi tahu akan itu kepada abangnya, Halfian.

" Tak payah! Pakcik driver awal-awal lagi dah keluar pergi pasar beli barang dapur. Naik abang sudah la. "

" Eh, macam mana abang tau ni? Adik tak tau pun. " Soal Haifa pelik.

" Memang la kau tak tau kalau time tu kau tengah terbongkang sedap tidur. Dah takyah banyak tanya lagi. Naik abang jer sekarang ni. " Ujar Halfian seraya mengambil kunci keretanya di atas meja dan dalam pada masa yang sama dia telah memerli adiknya.

Haifa yang mendengar kenyataan dari mulut abangnya itu terus dia mencebik geram.

Lalu kereta berlogokan lambang kuda, memecut laju keluar dari perkarangan besar rumah Banglo 4 tingkat ini.

Dalam masa 10 minit sahaja destinasi yang nak dituju sudah sampai.

Laju betul Halfian memandu. Pemenang lumba kereta peringkat Kebangsaan la katakan.

Di hadapan pintu pagar sekolah Galactic Fairview International High School sudah ramai students berlari-lari anak melepasi pintu pagar besar.

Haifa yang masih didalam kereta, tercungap-cungap mencari nafas yang tiba-tiba tersekat itu.

Apabila dirinya sudah stabil, dijelingnya Halfian setajam-tajam yang mungkin.

" Pahal? " Soal Halfian yang tidak berasa bersalah lansung dengan adiknya.

" Pahal abang kata? Boleh tak lepasni nak drive tu ingat orang sebelah. Nasib tak kemalangan tadi. Eish, abang ni! " Marah Haifa akan sikap Halfian sebentar tadi.

" I'm sorry. Mood nak racing tiba-tiba datang tadi. " balas Halfian, bersahaja.

Haifa memandang Halfian dengan pandangan tak percaya. " Apa? Racing? Kut ya pun nak racing, jangan ajak adik. Nak racing kat padang sana ha. Tak ada orang nak kacau... "

Bla bla bla..

Nampak tak mood membebel Haifa sudah datang? Sesungguhnya kalau Haifa membebel, sampai ke esok tak habis.

" Dah keluar sana. Lonceng sekolah dah bunyi. " Halau Halfian yang menyuruh Haifa keluar dari perut keretanya.

" Okay fine! Thanks hantarkan. "

" No problem, my dear. Belajar leklok. Membebel tu kurangkan, please. " Pesan Halfian dan diakhiri dengan gelak tawanya.
' Eee! Bencinya! Nasib la hang ni abang aku. Perasaan hormat tu still ada. Kalau tak dah lama aku piat-piat telinga tu biar kasi merah. ' Kutuk Haifa dalam hati.

Pintu kereta Lamborghini milik Halfian dihempas geram. Biar kasik tanggal. Tak tanggal pun sebernanya tu.

Sebelum abangnya membuka cermin kereta, baik Haifa larikan diri dulu. Haifa tau selepas ni dia akan dimarahi teruk oleh abangnya.

Masakan tidak, kereta itu ialah pemberian untuknya dari Daddy. Sempena hari dia mendapat kelulusan memandu. Bila Daddy tau akan hal itu, Daddy terus hadiahkan kereta berjenama mahal kepada dirinya.

Halfian Nazrie ; abang sulungnya Haifa. Berumur 23 tahun. Dan Halfian sekarang sedang melanjutkan pelajarannya di University Luar Negara. Tetapi harini dia akan berangkat semula ke Kota London. Meninggalkan Malaysia buat sekian kali.

•••

TBC

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience