Rate

02

Short Story Series 2743

Haifa jalan terjengkit-jengkit menuju ke bahagian belakang luar kelas. Dia tidak mahu kehadirannya itu, dapat mengundang mata-mata classmatenya sendiri.

Dia sudah terlambat 15 minit pada waktu Miss Lily mengajar. Miss Lily paling pantang kalau ada anak muridnya masuk ke kelas lambat. Walaupun seminit dua.

Kerana beliau ialah seorang yang menepati masa. Always sharp. Itu sebab beliau selalu dinobatkan guru paling tegas di sekolah selepas guru Zack. Guru disiplin.

Haifa membuka sedikit pintu belakang dengan cermat. Kedudukan Kheiral yang berada paling belakang sekali terkejut kerana pintu itu boleh terbuka dengan sendirinya.

Haifa memberi isyarat kepada Kheiral supaya diam-diam. " Kau bising, standby kau balik ni. " Ugut Haifa dengan dua jari di bawah leher.

Nyawa-nyawa ikan kau kejap lagi.

Kheiral menganggukkan kepalanya tanda dia akan mengikut arahan. Siap di zipkan lagi mulutnya itu.

Dalam pada masa yang sama, Miss Lily boleh menegur orang depan Kheiral yang baru berbisik dengan kawan sebelahnya.

" Cabbie! Why are you talk in my class? You're so rude, Cabbie! Get out my class! Bring your partner together. I don't want to see you talking with your friend time i'm teaching after this. "

Muka Miss Lily apabila marah, akan bertukar kepada merah-merah jambu. Dengan kulit wajahnya asal putih bersih. Memang serupa macam badut la. Merah habis!

Haifa yang terdengar suara Miss Lily semakin dekat ke arahnya, dia sudah tergopoh-gapah mencari tempat untuk bersembunyi.

Mahu kemana dia selepas ini? Mana dia nak letakkan muka ini? Tidak! Aku tidak mahu kena denda berdiri di luar sepanjang habis masa~

Dengan lafas basmalah, dia menyorokkan tubuh badannya yang kurus itu kebawah meja milik Kheiral untuk sementara waktu ini.

Serta-merta mukanya Kheiral memerah kerana malu. Haifa? Dua kali ganda dia malu dengan diri sendiri. Nak jer dia hentukkan kepalanya dengan meja.

Malu dia tu, haiwan berbadan besar pun boleh muat untuk masuk.

Baru sahaja Miss Lily ingin menapak lagi ke hadapan iaitu bersebelahan meja Kheiral, tiba-tiba bunyi ketukan pintu kedengaran sederhana kuat.

" Come in! " Tegas Miss Lily memberi arahan.

Lalu seseorang lelaki bertubuh sasa masuk ke dalam kelas 3-B dengan berhemah.

Semua mata tertumpu ke arah pemuda tersebut. Tak terkecuali Miss Lily. Keadaan yang sunyi-sepi itu tiba-tiba bertukar menjadi hingar-bingar

Dengan peluang yang ada ini, Haifa segera keluar dari tempat persembunyian dan berlari ke tempat duduknya.

Aryna, ialah kawan baiknya selaku deskmatenya terkejut beruk dengan kehadiran Haifa yang datang secara tiba-tiba itu.

Aryna menepuk kuat dibahu kanannya Haifa. Haifa mengaduh perit lalu tersengih menayangkan barisan giginya yang putih itu.

" Apa sengih-sengih? Dah la datang tak beri salam. Ni kau masuk celah mana pula harini? " Perli Aryna buat rakan sebelahnya itu.

Haifa sudah lali akan perlian dari Aryna. Setiap kali dia terlewat datang, Aryna akan memerlinya dengan ayat itu.

" Kali ni dari belakang. Itupun hampir kantoi dengan Miss. Ada ke patut dia makin lama makin dekat dengan tempat aku sembunyi tadi? Gelabah gila aku time tu. " Haifa bercerita.

Aryna yang mendengar dengan khusyuk dan diakhiri dengan gelak kecilnya.

" Haifa-Haifa. Ada-ada jelah kau ni. Oh ya nak tanya ni. Asal kau lambat tadi? Bukan 5 minit kau lambat tapi dah dekat 20 minit, kau tau?! " Soal Aryna, ingin tahu.

" Ceritanya bergini.. " Haifa sengaja mengantung ayat sambil memandang atas.

Pandai-pandai la Aryna imagine ada awan atas kepala dia tu.

..

- flashback -

Sewaktu Haifa ingin menuju ke bilik darjahnya, tiba-tiba dengan tidak sengajanya dia telah terlanggar orang.

Dan di tangan orang itu pula ada banyak buku yang sedang dibawa.

" Sorry! Sorry! Saya tak nampak Encik tadi. Maafkan saya ya. " Tutur Haifa lalu mem bantu orang tersebut mencapai beberapa buah buku yang sudah mencecah lantai.

" Its okay. Saya yang sepatutnya minta maaf dengan Miss sebab terlanggar Miss tadi. Lagipun buku yang jatuh sikit jer ni. Tak banyak pun. " Ujar orang itu, kekok.

Haifa yang sedang menundukkan kepalanya sambil tangannya ligat mengutip beberapa lagi buku yang masih dibawah segera kepalanya diangkat untuk melihat muka pemilik suara itu.

Haifa terkejut dengan situasi sekarang. Terkejut plus tak sangka yang, orang yang dilanggar tadi ialah lelaki! Lelaki yang bukan mahramnya!

Haifa segera membaca zikir pendek.

" Miss? Are you okay? " Soal pemuda tersebut.

" Ha apa? " Soal Haifa balik.

" I'm asking you. Did you okay? Not rest well in home? "

" Ofcourse i'm okay. Why you asking to me like that? " Soal Haifa kepada pemuda itu.

" You look tired, sis. " Balasnya.

Mata Haifa terbuntang luas dengan perkataan yang terkeluar tadi dari bibir pemuda tersebut.

" What are you call me? Sis?! O-Mai-Got, bruh! I'm still young okay. It is my face like 'nenek tua' hm? Ergh! " Marah benar Haifa sehinggakan dia terus beredar dari situ.

Pemuda tersebut berlari mendapatkan Haifa dan..

•••
TBC

rate and comment please ~~
Daisyluv ;

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience