Berjalan aku berseorangan didalam sinar bulan mengambang. Setibanya aku di suatu tempat didalam hutan, tiba-tiba “fushh” angin bertiup kencang. Perasaan aku mula berubah,aku menjadi paranoid tetapi tetap menunjukan ekspresi tenang di raut wajahku. Teringat aku pesan ibu “abang kalau abang tunjukkan yang abang takut kepada dia, dia lagi lagi suka dekat abang” aku tetap mengagahkan diri untuk terus berjalan. Sekali lagi aku dapat merasakan dua bola biji mata sedang memerhatiku. Aku menoleh kebelakang. Tetapi tiada siapa. Bergerak aku beberapa langkah.Alangkah terkejutnya aku apabila mendengar suatu jeritan yang sangat membingitkan dari arah depanku. Aku mengenali jeritan ini! Ini adalah jeritan siti! Bergegas aku menuju kearah jeritan tersebut. Sampai sahaja aku disitu... satu susuk tubuh yang berdiri tegak sedang memegang sebilah pisau lipat. Tak lain tak bukan! Haziq!.
Kekasih lama Siti!
Share this novel