Pada malam tersebut para pelajar diminta untuk menghadiri suatu aktiviti iaitu “jungle tracking”.Aku amat tidak gemar dengan aktiviti ini kerana aku memang takut dengan kegelapan. “Arhggggg bencinya aku dengan program ni” teriak seorang lelaki yang berpakaian serba hitam. Sham. Seorang pelajar yang kaya tetapi degil. Siapa tidak kenal dengan si kaki pukul ini. Ada saja masalah yang nak dibuatnya. Kami tiba di sebuah hutan yang tidak jauh dari tempat penginapan. Kami diberi arahan supaya kalau terlihat atau ternampak “benda” jangan tegur dan terus berjalan. Kami harus kembali ke garisan pemulaan pada pukul 3 pagi. Seorang seorang pelajar dilepaskan masuk kedalam hutan. Tibalah giliranku untuk masuk. Aku susuli langkahku dengan ayat allah moga dilindunginya selalu. Masuknya aku didalam, aku dapat merasakan seolah-olah ada satu pandangan yang memerhati gerak geriku.aku terus berjalan tanpa menghiraukannya.aku hanya membawa 2 lampu suluh dan satu pek biskut.
Share this novel