Hari ini genap 3 bulan aku berkampung di hospital, aku sudah pulih sepenuhnya. Banyak benda yang sudah aku lalui sepanjang aku berada di dalam hospital. Semasa minggu pertama... sejurus aku bangun dari koma. Seorang pegawai polis melawatku. Namanya ialah detektif arsyad. Dia bertanya kepadaku beberapa soalan. “Encik kamal,mengapa awak bersama mangsa pada malam tersebut?” Tanyanya kepada aku. Aku berdiam diri. Cuba untuk mengingat kembali peristiwa berdarah pada malam itu. Aku menjawab “saya mendengar bunyi teriakkan daripada mangsa tuan,lalu saya bergegas ke tempat tersebut”. Kata aku kepada detektif tersebut. “Boleh awak bagitahu saya, siapa dalang disebalik kes ini” Aku tidak berani untuk menyebut nama Haziq kerana aku tidak nampak muka konco konconya. Aku berkata “ saya tidak tahu tuan”
Lalu detektif itu berkata “baiklah kalau begitu”
“Pam!” Pintu wad ku ditutup. Dia berlalu pergi.”pin pin” bunyik teksi yang telah kutempah sebentar tadi. Kini aku menuju kerumahku untuk memikirkan bagai mana aku hendak menangkap si binatang itu!
Share this novel