Rate

Bab 2

Fantasy Series 14441

JACK mengesat bibirnya yang comot dengan darah. Dia baru saja selesai menghisap darah seorang wanita muda dalam lingkungan usia 30 lebih.
Aku terpaku disitu. Tak percaya dengan apa yang aku lihat. Aku yakin aku tidak bermimpi. Aku yakin ! Itu memang Jack! Lelaki yang aku jumpa tempoh hari. Sungguh.. aku tak mahu percaya apa yang aku lihat.
Hujung bibirnya comot dengan darah. Begitu juga kolar bajunya dan tangannya. Tubuh si wanita itu yang terbaring itu membuat aku hampir menjerit.
" Kau siapa hah..? " mengeletar suaraku kala itu. Lututku terketar-ketar.
Jack terkejut. Dia sendiri tak menyangka akan kehadiran gadis itu. Lebih teruk.. gadis itu melihat keadaan siapa dia yang sebenarnya.
"Halda ? Kau.. kau dah lama kat situ?" soal Jack tersekat-sekat.
Aku mengebam bibir.
"Aku.. macam mana ya.. aku nampak semuanya.. kau memang.. kau.. " bicaraku terhenti disitu. Aku tertelan liur bila Jack menghampiriku.
"Ya.. inilah aku. Aku bukan manusia. " ujar Jack perlahan.
Aku menggeleng. Terasa bodohnya aku bila mengingati kejadian tempoh hari. Aku mengundur ke belakang. Aku memandanh Jack dengan pandangan kosong.

"Jadi kau akan... kau akan hisap darah aku?" soalku lagi. Aku menelan liur.
Jack ketawa sinis.
"Ya. Aku memang nak hisap darah kau.. tak kesah siapapun kau." ujar Jack membuat aku bagaikan tak tahu mana nak tuju lagi. Berakhirlah riwayatku disitu.. mungkin.

" Tapi aku tak mampu berbuat begitu.. aku tak terdaya nak menyakiti kau." ucapan Jack membuat aku mengeluh lega. Hilang rasa takutku.
"Kenapa?" soalku pula.

"Aku sendiri tiada jawapan untuk itu. " balas Jack seraya mengesat darah pekat yang mengalir di bibirnya.
Aku diam. Bisu.

Aku diam saja mendengar cerita Jack. Aku rasa dia ni baik sebenarnya. Tapi dia dah bunuh ramai nyawa..

"Berapa banyak darah kau dah hisap?" soalku perlahan.
Jack tertawa sinis. Soalan apa pula...
"Susahlah nak jawab soalan kau tu.." ujar Jack pula.
"Macam mana kalau aku kata.. aku memang hidup dengan darah. Tanpa darah.. aku akan mati." tambah Jack lagi.
Aku mengangguk saja.
"Kau tak rasa kejam ke? Kau dah bunuh ramai nyawa.." ujarku lagi.
Jack tersinis.
"Aku vampire , Halda. Aku memang peminum darah." ujar Jack pula.
"Walaupun ramai nyawa terkorban?" soalku lagi.
Jack mengangguk. Aku mengeluh perlahan. Ya.. dia kan vampire. Mustahil lah tak minum darah. Vampire peminum darah..gilalah nak suruh mereka berhenti kan?
Aku mengebam bibir.
"Kenapa kau tak minum darah aku?" soalku lagi.
Jack angkat bahu. Tiba-tiba firasatnya dapat merasakan gadis itu tidak selamat terus berlama di situ.
"Halda.. kau patut balik sekarang." ujar Jack pula.
Aku mengerutkan kening.
"Kenapa?" soalku pula.
"Tak selamat lagi kau berada dengan aku lama-lama.. senja dah nak berlabuh.. bangsaku pasti akan berburu mencari mangsa." ujar Jack pula.
Aku mengangguk.
"Baiklah..aku pulang dulu."ujarku lalu berlalu pergi.
Jack mengeluh perlahan. Dia resah. Kenapa dia jadi begitu?? Dia sudah mula risaukan keselamatan gadis itu..
"Kau dah jatuh cinta dengan dia. " tiba-tiba Fendy muncul di sebelah Jack.
Jack mengeluh.
"Tak.. tak kanlah." Jack menafikannya.
Fendy tersinis.
"Dah tu kau suruh dia balik kenapa? Kau risau semacam pasal dia kenapa?" soalan Fendy membuat Jack terdiam
"Ya.. dia kawan aku." tipu Jack.
"Dia manusia..Jack. Sejak bila kau dah pandai berkawan dengan manusia?" sinis Fendy pula.
Jack mengeluh.
"Tak salah pun." ujar Jack pula.
"Ya.. tak salahlah bila kau dah jatuh cinta." ujar Fendy pula.
"Aku kata tidak ! Tak faham ke?" marah Jack bengang.
Febdy tersinis.
"Kau tak dapat tipu diri kau. Kau dah tersukakan dia. Seorang gadis manusia." ujar Fendy pula.
Jack mengalah. Ya.. benar. Fendy benar. Aku dah tersukakan dia.. jika tak kenapa aku tak bisa menyakiti dia langsing?
"Ya lah.. kau betul." keluh Jack perlahan.
"Jangan lupa yang kau tu vampire. Peminum darah. " ujar Fendy pula.
"Aku takkan hisap darah dia kaulau aku dah sayangkan dia. Itu janji aku." ujar Jack membuat Fendy tertawa sinis.
"Kalau mampu.. aku nak berhenti minum darah manusia." ujar Jack lalu terus beredar.
Fendy tertawa sinis. Memang gila....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience