Rate

Bab 1

Fantasy Series 14441

Banyak cerita tentang kewujudan mereka tersebar di kaca tv, majalah, surat khabar, radio dan bermacam-macam lagi. Mengingatkan penduduk bumi berjaga-jaga dengan golongan peminum darah ini.

Aku dah jemu dengan cerita ini. Jika benar ada.. di mana mereka? Mengapa aku tidak pernah bertemu mereka pun ? Ah.. Vampire wujudkah? Jika ya.. dimana mereka..? Mungkin. Mungkin memang ada, cuma aku tak pernah tahu.
" Halda ! " namaku dipanggil.
Aku menoleh. Sara mendekatiku sambil tangannya membawa surat khabar padaku. Dia meletakkan surat khabar itu di depanku.
"Kau kena baca ni.. You must read this !" ujar Sara begitu teruja. Oh ya.. dia ni peminat fanatik golongan vampire. Yalah.. katanya spesies vampire ramai yang hensem.. macam Edward Cullen gitu.. Yeah.. hahaa.. childish kan? But i know her.. dia ni satu-satunya sahabatku yang setia menanti akhbar-akhbar tentang vampire.
Aku mengeluh.
" Arh.. balik-balik pasal vampire. Kejam sangatkah vampire tu?" soalku menyatakan rasa tak puas hati dengan artikel yang aku baca itu.
Sara mengangguk.
"Spesies vampire ni sama macam kita manusia ni juga.. Ada jahat ada baik.." ujar Sara lagi.
"Yake.. tahu sangat dia kan.." ujarku pula.
Sara tersengih.
"Mestilah.. well.. ini Sara laa.. peminat fanatik vampire." ujar Sara pula.
"Elok la tu.. kang carilah vampire buat suami.. haa" ujarku lalu terus berlalu pergi.
Sara mencebik.
"Ewah dia... tak caya sangat tentang kewujudan vampire kan.. nantilah ada juga kau bercinta dengan vampire.." omel Sara sendiri.


***********

MALAM itu aku balik lewat. Hampir pukul 10 malam. Kerana ingin menyiapkan tugasaku, aku balik lewat sikit ke rumah sewaku. Mujur juga rumah sewaku tak berapa jauh. Entah mengapa malam itu aku begitu berani mengambil keputusan untuk jalan kaki saja pulang ke rumah sewaku. Nak suruh Sara ambik mungkin dia dah tidur pula..
Aku mempercepat langkahku. Rasa takut pula jalan seorang diri dalam kepekatan malam. Teringat akhbar-akhbar yang menyiarkan banyak kes orang kena bunuh dengan vampire. Ah..kenapa waktu ni juga aku nak ingat semua tu?? Tolonglah...
Berjalan punyalah berjalan, tiba-tiba aku ternmpk kelibat seorang jejaka sedang duduk tersandar pada sebatang pohon. Aku hairan. Apa pula dia buat kat situ?
Tanpa rasa ragunya.. aku menghampiri jejaka itu.
"Hey.. kamu buat apa kat sini? Tak takut ke?" soalku pula.
Jejaka itu memandangku tak berkedip. Alamak...hensemnya.. aduh.. dahlah putih melepak. Mata dia pula kebiru-biruan begitu. Macam kacukan orang putih pun ada.
"Malam macam ni.. bahaya tau kat luar macam ni.." ujarku lagi.
Jejaka itu tidak menyahut. Dia hanya mengangguk lemah. Ya..dia kelihatan tidak bermaya.

"Kau sakit ke? Kau sakit apa ni..?" soalku pula.
Jejaka itu menggeleng.
Aku baru perasan kolar bajunya ada kesan darah. Kenapa pula dia ni berdarah bagai?? Hujung bibirnya juga ada titisan darah. Agaknya dia sakit tenat kot...
Aku mengeluarkan sapu tanganku.
"Kamu muntah darah ke ni.. " spontan aku mengelap bibirnya yang ada kesan darah itu.
Jejaka itu menolak lemah tanganku. Sejuk saja tangannya.
"Eh.. kamu ni tak sihat kan sebenarnya?" soalku lagi. Namun seperti tadinya..setiap soalanku dibiarkan tanpa jawapan.
Dia hanya menggeleng. Aku pelik. Bisu ke apa..?

"Siapa nama kamu?" soalku pula.

" Jack. " kali ini barulah Jack menyahut.
Aku mengangguk.
"Kamu tahukan bahayanya apa kalau kamu duduk kat luar macam ni malam begini..?" soalku pula.
Jack menggeleng.
"Apa yang bahaya..?" soal Jack pula.
"Lah... vampire !" ujarku separuh berbisik.
Jack tersinis. Bahaya apanya dengan bangsanya sendiri?
"Kamu ni kenapa? Muntah darah pula tu.. tengok kolar baju kamu tu..comot dengan darah.. kamu sakit ya..?" soalku lagi.
Jack menggeleng. Gadis ni comel lah. Naif sangat..vampire pun tak kenal ke? Tolonglah.. aku vampire..bisik Jack dalam hati.

" Kau patut balik. Malam macam ni.. mereka akan berkeliaran mencari mangsa." serius nada suara Jack.
Aku bingung. Dia cakap pasal apa ni?
"siapa mereka?" soalku pula.
Jack mengeluh.
"Vampire." sahut Jack perlahan.
"Baliklah. Bahaya perempuan macam kau ni kat luar sini.." ujar Jack pula.
Aku mengeluh.
"Kamu pula?" soalku.

"Aku akan balik juga nanti. Aku tak pa pa.. Kau baliklah." suruh Jack pula.
Aku mengangguk.
"Betul ke ni??" soalku lagi.
Jack mengangguk.
"Okeylah..aku balik dulu." ujarku pula.
"Tunggu.. apa nama kau?" soal Jack pula.
Aku tersenyum mesra.

"Halda." sahutku lalu berlalu pergi.
Jack memerhatikan saja gadis itu pergi sampai hilang dari ingatan. Mindanya terus bermain - main wajah gadis itu. Halda.. tidak henti hatinya menyeru nama itu.
Dia akui.. gadis itu terlalu naif. Entah kenapa dia tidak langsung mampu menyakiti apatah lagi menjadikan gadis itu mangsanya. Ada satu rasa menghalang dia berbuat begitu. Rasa apa? Entahlah.. tapi satu rasa yang aneh sekali..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience