Rate

Bab 3

Fantasy Series 14441

Fendy yang baru pulang terkejut melihat Jack terbaring lesu di sofa. Wajahnya pucat.

"Woi.. jangan cakap kau langsung tak minum darah beberapa hari ni !" Fendy mencengkam bahu Jack.
Jack mengerang kesakitan. Dia tak mampu menolak tubuh Fendy kerana seluruh tenaganya sudah tak tersisa.
Fendy merengus. Dia mencapai botol yang berisi darah dan dituangkan ke mulut Jack. Ada sebahagiannya tumpah ke dagu dan bahagian dada baju Jack.
Jack terus memegang botol itu dan meminum serakus yang mungkin. Sudah lama dia menahan diri tidak menyentuh botol itu.
Barulah tenaganya kembali pulih. Dia bangun seraya mengesat sisa darah yang tertumpah di dagunya.

" Teruk kan? Sebab perempuan tu aku jadi begini." ujar Jack sinis.
Fendy menggeleng. Susah.. kalau dah terjerat dengan perasaan begitulah jadinya.
"Kau memang dah tergilakan perempuan tu. Cinta pandang pertama." ujar Fendy lagi.
Jack tersenyum sambil membayangkan bagaimana gadis itu mengesat darahnya yang menitis di bibirnya tempoh hari. Comel betul.. Terbayang pula senyuman gadis itu yang amat manis baginya.

"Aku akan lindungi dia sedaya upaya aku. Fen.. kau tahu? Aku takkan lepaskan dia. Dia milik aku sekarang." ujar Jack mabuk cinta.
Fendy tertawa sinis.
"Jangan lupa..Jack.. Kau vampire dan dia manusia. Hubungan kalian adalah terlarang." ujar Fendy lagi.

"Tapi apa aku boleh buat? Aku tak nak lepaskan dia begitu saja. Tidak sama sekali." ujar Jack lagi.
Fendy mengeluh. Dia kenal sangat temannya itu. Ya.. keras kepala. Dia kata A.. A juga lah. Tak boleh membangkang sama sekali.
"Suka hati kau lah." ujar Fendy malas lalu berlalu pergi.


***************

SEPERTI biasa aku selalu balik lewat malam. Kali ini pun aku balik sorang diri. Walaupun sering Sara nasihatkan jangan pulang lewat sorang diri,aku tetap degil. Vampire baik. Mungkin. Jika tak.. kenapa Jack tidak mengapa-apakan aku?
Oh.. cakap pasal dia.. aku akui..dia hensem.
Ada iras Kim Woo Bin gitu.. Tapi sekejap ada iras Kris pula. Macam-macam... muka korea gitu. Hensem..

"Jalan sorang lagi?" tiba-tiba Jack muncul di sebelahku secara mengejut.
Hampir terkeluar jantungku kala itu. Ish.. dia ni. Mengejutkan je.
"Jack.." aku melemparkan senyuman pada dia.
Senyumanku dibalas mesra olehnya.
"Kau suka sangat balik sorang-sorang. Bahaya tau." ujar Jack lagi.

"Apa yang bahaya..?" soalku pula.
"Vampire." ujar Jack serius.
Aku ketawa kecil.

"Aku tak takut dengan kau lah.. Lagipun kau baik." ujarku pula.
"Tak. Aku ni lain. Tapi vampire lain pasti akan menjadikan kau mangsa mereka. Tak semua vampire tu baik." ujar Jack lagi.
Aku mengerutkan kening.

"Kenapa? Kenapa kau tidak?" soalku pula.
Jack mengeluh.
"Dahlah.. jangan cakap pasal tu lagi. Aku teman kau balik jom." ujar Jack lagi.
Aku mengangguk saja. Bertuahnya.. vampire hensem teman aku balik..
Tiba di pagar rumahku, aku menoleh memandang Jack.
"Terima kasih sebab temankan saya balik." ujarku pada Jack.
Jack hanya mengangguk.
" Sama-sama. Jaga diri." pesan Jack lagi.
Aku senyum mengangguk kemudian terus masuk ke rumah.

"Haaa.... Siapa mamat tadi tu?" sebaik aku masuk ke dalam rumah, Sara menyerangku dengan soalan itu.
Aku hanya tersenyum.
"Kawan je." sahutku ringkas.

"Ya ke kawan? Siap hantar sampai ke depan rumah pula tu.. Mesti kau ada sembunyikan apa-apa dari aku ni.." tebak Sara pula.
Aku mengeluh.
"Suka hati kaulah.. Tapi kami kawan je." ujarku lagi.

"Hensem lah! Macam ada iras Kim Woo Bin gitu.. Muka pun putih melepak.. Aduh.. hensemlah,Halda!" ujar Sara teruja.
Aku tersinis. Putih melepak..? Semestinya.. dia kan vampire.Kalau Sara tahu..mesti habis aku disoal ni..Tak pa lah.bisikku dalam hati.
"Hmm.. yalah." aku terus berlalu pergi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience