Ayulina tinggal di dalam hutan. Rambutnya hitam tapi ada sedikit berwarna biru. Kehidupan yang sedikit sukar. Ibu bapa tiada di sisinya. Dia dikenali sebagai Blue heritage. Kakaknya hilang kerana pergi tempat yang sedikit semak di dalam hutan.
Ayulina berada di dalam sebuah rumah sedikit kecil dan terpencil di dalam hutan supaya White heritage tidak dapat mengetahui dia. Ayulina orang yang berat mulut kadang-kadang menjadi bermuka dua tentang perkara yang benar. Dia tidak pergi ke sekolah seperti orang lain. Dia telah lapan tahun, dia tidak pergi ke sekolah bermula lima tahun lagi.
Pada pagi Ahad dia pergi keluar daripada rumah untuk ke bandar Green heritage. Nama telah bertukar menjadi Dalina. Dia pergi ke situ untuk membeli barang dapur seperti arang. Dia memakai pakai penutup muka dan topi supaya orang lain tidak dapat mengetahui dia. Dia mengecat rambut yang berwarna biru kepada warna hijau. Jika ia tidak menukarkannya dia akan tertangkap dengan White heritage yang ada di situ.
Selepas selesai membeli barang dia terus pulang ke rumah dengan pantas. Sepalas itu dia keluar semula untuk memburu haiwan yang boleh menjadi sarapan untuk dia. Dia pergi ke sebatang sungai yang berdekatan dengan rumahnya. Dia membawa pemanah untuk mempertahan diri. Pemanah itu telah ditinggalkan olah bapanya. Semasa dia berada di sungai, dia terdengar bunyi yang agak pelik dalam semak.
Please wait!!!!
Share this novel