Istana Green Heritage

Adventure Series 405

Mereka masuk ke dalam istana. Dazlina menceritakan serba-sedikit tentang istana itu. Istana itu diberi nama 'Green Heritage Castle'. Dazlina dan Ayulina masuk sebuah bilik. Tiba-tiba, mereka terjumpa dengan raja dan puteri raja di dalam bilik itu.

Raja memarahi Dazlina kerana tidak mahu mewarisi ibunya dengan memakai gaun. Dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana dia tidak selesa untuk memakainya. "Mengapa kamu tidak mahu memakai ini?? Lagi pun cantik apa baju ini..." kata raja.

Dazlina telah mendengar kata-kata itu berpuluh-puluh kali. Dia tak dengar apa yang ayahandanya berkata. Dazlina lebih suka pakaian gelap seperti merah, biru tua dan hitam. Ibu bapanya tidak suka akan warna gelap itu.

Kemudian, Ayulina memotong perkataan raja dengan berkata "Ikut sahaja apa yang dia hendak nanti mungkin lebih teruk perangainya." kata Ayulina tanpa emosi. "Mengapa kamu menyibuk dalam hal ini dan siapa benarkan kamu masuk ke dalam istana ini?" tanya raja.

Dazlina marah dengan kata-kata itu. Ayahandanya marah dengan perangai anaknya itu. Mereka saling marah-memarahi kecuali bondanya." Tiada jawapan jika ibu bapa tidak memahami anaknya sendiri."kata Ayulina."Entah-entah kamu lebih teruk daripada apa yang kamu katakan tadi" jawab raja dengan tegas.

Ayulina termenung dengan kata-kata itu. "Saya tidak dapat bayangkan muka ibu bapa saya kini."kata Ayulina." Mengapa kamu tidak dapat melihat muka ibu bapa kamu kini? "tanya Dazlina." Sebab ibu bapa saya.... sudah tiada. "jawab Ayulina.Dazlina, raja dan puteri terkejut dengan kata-kata Ayulina itu. Kata-kata itu membuatkan mereka sedar bahawa membentukkan sebuah keluarga itu mungkin sukar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience