Dazlina

Adventure Series 405

Hanya seekor anak kucing yang keluar. Ayulina berasa lega kerana yang keluar itu bukan White atau Black heritage. Dia membawa kucing itu pulang ke rumahnya. Dia terpaksa pergi lagi sekali ke kampung itu untuk membeli sedikit herba atau daun yang susah untuk di jumpa.

Dia terjumpa dengan seseorang perempuan yang sama umurnya di sebuah kedai. Disebabkan ketinggian dia yang tinggi di dilihat seperti kakak. Perempuan itu terlanggar Ayulina. "Maaf, akak." kata perempuan itu. Ayulina menarik perempuan itu ke dalam lorong yang sedikit gelap.

"Terima kasih kerana selamatkan saya." jawab perempuan itu. Sebenarnya dia dikejar oleh dua orang pegawal istana. "Kenapa kamu dikejar oleh pegawal itu?" tanya Ayulina. "Saya sebenarnya ingin lari daripada ayah saya." jawab perempuan itu. "Kenapa kamu ingin lari daripada ayah kamu?"tanya Ayulina." Saya tidak mahu tinggal di istana sahaja, tetapi ibu bapa saya menyuruh saya memakai baju yang berwarna cerah. Saya amat tidak suka memakai baju itu tetapi ibu saya tetap menyuruh saya memakainya pada esok hari, jadi saya terus keluar dari istana." jawab perempuan itu dengan nada bersungguh-sungguh.

" Nama kamu siapa?"tanya Ayulina." Nama saya Dazlina. " jawab Dazlina." Nama saya Dalina."kata Ayulina. Dia berada di Green heritage namanya perlu di tukar supaya orang lain tidak perasan siapa dia yang sebenarnya.

Wait for new chapter

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience