FIRST

Short Story Completed 550

Aku merentap tangan ibu. "Ergh.." kataku perlahan. Aku tak tahan. Kenapa badanku menggeletar. Aku tertanya-tanya. Mataku berkedip-kedip melihat ibu yang sedang menangis melihatku. Aku tak dapat berdiri mahupun duduk. Akhirnya,aku hanya melihat satu lorong yang gelap.

**

"Doktor,macam mana keadaan Julia?" soal Puan Marie. Doktor hanya tersenyum tawar. "Beginilah,puan. Mungkin Julia dalam keadaan yang baik. Tapi,tak dengan memorinya." ujar si doktor.

Puan Marie mengangguk faham. "Boleh saya berjumpa dengan dia?" soal Puan Marie. Doktor mengangguk setuju.

Tap-Tap

Bunyi yang menunjukkan seseorang sedang datang kesini. Julia memandang pintu wad nya.
'Tok,tok.' bunyi ketukan. Julia hanya mendiamkan diri.

"Julia,ada seseorang hendak berjumpa dengan awak." kata jururawat. Julia memandang wanita itu. Akhirnya,mengangguk.

"Julia,sayang." ujar Puan Marie.
Julia memandang wajah Puan Marie .
"Kau siapa?" soal Julia. Hati Puan Marie hancur.

"Julia,ini ibu." ujar Puan Marie. "Aku tak kenal kau. Lebih baik kau keluar." arah Julia. Berderai air mata Puan Marie . Julia langsung tidak mahu melihatnya.

**

"Ibu!" jerit Jack. Puan Marie memandang anak sulungnya. "Mana Julia?" soal Jack. "Didalam.." jawab Puan Marie. Dia memegang sapu tanganya. Dijahit khas oleh Julia kepadanya sempena hari lahir Puan Marie.

"Julia." ujar Jack. Julia mengangkat kepalanya.
Kali ini,Julia berasa tidak tenteram. Siapa saja yang memasuki wad nya ini? Dia tidak sedap hati.

"Apa?" soal Julia. Jack memandang nya dengan mata sayu. Hatinya tak kuat memandang adik bongsu nya itu. Cukup,membuatkan Jack bisa menangis.

"Julia ingat,apa-apa tak?" soal Jack.
Julia menggeleng laju. "Wanita diluar sana tu..Ibu kita. Saya pula,abang awak. Mudah untuk difahami,bukan? Jadi,tolonglah ingat semula." Jack menggenggam tangan Julia. Julia tidak mengerti .

Jack melihat mata Julia yang memandang dirinya secara keliru dan hairan. Jack melepaskan keluhan nya. Berat sekali dugaan ini.

**

"Cik Julia tunggu disini sebentar,ya? Saya akan panggilkan pelawat,cik." ujar si jururawat. Julia mengangguk perlahan...

"Julia!" jerit seseorang. Julia hanya memusingkan kepalanya. Jack. Jack sedang membawa sebuah kotak berwarna putih.

Jack duduk rapat disebelah Julia.

"Kenapa datang lagi?" soal Julia. Jack tersentak. "Kenapa cakap macam tu? Saya kan abang awak. Mestilah hari-hari kena teman awak." ujar Jack. Dia mencuit hidung Julia . Julia memberi reaksi. Dia hanya mampu tersenyum.

Jack membuka kotak yang dibawanya tadi. Yang berisi kenangan sewaktu bercuti ataupun barangan mainan yang sudah lama tidak digunakan.

Jack mengambil anak patung milik Julia yang sudag koyak dibahagian telinga. Sebelum sempat mengambil patung itu,mata Jack singgah pada sekeping gambar lama. Ikutkan hatinya,memang dia tiada simpan gambar ini.

Hatinya bak dicucuk pabila melihat gambar Puan Marie dan Encik Gary. Ayah mereka. Sudah lama meninggal akibat kemalangan. Pada masa itu,memang susah mahu merelakan orang tersayang pergi.

"Gambar siapa tu?" soal Julia perlahan. Jack mengangguk. "Ayah." balas Jack seringkas itu.
"Ayah? Siapa?" soal Julia lagi.

Jack menggeleng. Dia masih belum tahu. Tak mengapa. Banyak masa untuk dia membetulkan memori nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience