LAST

Short Story Completed 550

JULIA dibawa oleh Puan Marie dan Jack pulang kerumah. Julia melihat luas rumah itu. Dia seakan tidak percaya jika itu adalah rumahnya.

"Julia,mari kita sarapan." ujar Puan Marie. Julia menggeleng laju. Dia tidak mahu makan kerana pihak hospital sudah memberikan Julia sepinggan roti.

"Kalau begitu,mari kita beranjak ke bilik kamu." ujar Puan Marie. Bilik? Adakah dia mempunyai bilik? Puan Marie merentap lengan Julia .

JULIA kagum melihat biliknya. Dia tidak rasa bahawa itu adalah bilik tidurnya sendiri. Sungguh penuh dengan gambar idola nya. Puan Marie hanya tersenyum.

**

"Petang nanti ibu nak masak apa ya.." soal Puan Marie sendiri. "Lebih baik ibu masak masakan yang selalu ibu beri pada kami semasa ada ayah. Nanti ingatan adik cepat pulih." sergah Jack.

Puan Marie hanya terkejut semasa Jack datang. Jack cukup tersengih sehingga menampakkan giginya yang putih.

*
* *

"Julia? Julia?" panggil Puan Marie. Dia tahu bahawa Julia pasti berada didalam biliknya. "Mana Julia,Jack?" soal Puan marie. Jack menggeleng.

"Tunggu. Bukan dia dibilik nya?" soal Jack. Puan Marie menggeleng. Setibanya mereka dibilik Julia,Puan Marie terkejut. Julia menuliskan sepucuk surat buat mereka.

KEHADAPAN,IBU DAN ABANG..

JULIA MINTA MAAF SEKIRANYA MEMBUATKAN IBU DAN ABANG SUSAH. JULIA LAHIR DIDUNIA MEMANG UNTUK BERSAMA KELUARGA TERSAYANG JULIA. AKAN TETAPI,PADA SUATU HARI..JULIA PASTI AKAN PERGI,BUKAN? JADI..JULIA MEMINTA DIRI UNTUK KELUAR DARI RUMAH INI.

YANG BENAR,
JULIANA

Selepas membaca surat itu,Puan Marie hairan. Mengapa dia perlu lari daripada rumah sekiranya masih ada keluarga disisi yang mahu menemani nya?

Hanya jendela yang terbuka luas menemani mereka dibilik Julia.

**
2 TAHUN KEMUDIAN..

"Hello,Encik." Haley mengetuk bilik Jack. "Ya,masuk." Jack bersuara. "Kita ada pekerja baru yang akan menggantikan tempat saya,bukan?" soal Haley. Jack mengangguk. "Dia sudah sampai,kah?" soal Jack lagi . Haley membuka mulut. "Ya,dia berada diluar."

"Bawa dia jumpa dengan saya." arah Jack. "Mari,masuk." pelawa Haley mesra. Gadis itu masuk dan duduk tepat didepan Jack.

"Ju..Julia?" Jack bersuara. Dia termanga. Gadis itu mirip Julia. Ataupun,dia memang Julia?

"Ya,saya Encik Jack. Macam mana Encik Jack boleh tahu saya Julia?" senyum Julia. Walaupun dia tahu bahawa dia sudah tidak mengingati Jack lagi.

"Saya terima awak menjadi setiausaha saya." kata Jack. Dia tersenyum. Pasti dia sudah tidak berdaya untuk mengingati ibu dan aku.

( T A M A T )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience