SECOND

Short Story Completed 550

JACK menyuap Julia bubur. Hangat bubur itu membuatkan Julia makan dengan seleranya. Jack tersenyum kerana masakan Puan Marie dapat menambat hati Julia . Bau yang enak juga dapat menarik perhatian Julia kepada bubur yang dibawa oleh Jack itu.

Semasa mengunyah,Julia sakit kepala. Dia tidak tahan. Beberapa minit kemudian,dia pulih semula. Jack hairan melihat adiknya.

"Bubur ni..abang ke yang masak?" soal Julia secara tiba-tiba. Jack tersentak. Lantas,tersenyum. "Bukan,ibu yang masak." jawab Jack. Julia tersenyum.

Kelopak matanya seperti sedang berair. Jack mengesat air mata Julia menggunakan jari ibunya.

Kepala Julia kembali sakit. Jack hairan. Beberapa saat kemudian,barulah Jack faham. Julia akan ingat sekiranya kita melakukan hal lampau yang pernah dilakukan keatas dirinya.

Semasa mengesat air mata Julia tadi,Jack teringat sewaktu ayahnya meninggal . Jack pernah mengesat air mata Julia sebelum ini.

Jack tersenyum.

**

"Ibu." panggil Jack. Puan Marie hanya membuka telinga. "Baguslah,Julia sudah mengingati bubur ibu . Dan,pemergian ayah juga dia ingati." kata Jack gembira. Jack melabuhkan punggungnya di dada sofa.

Puan Marie yang sedang memotong bawang merah,segera duduk rapat disebelah Jack.

"Julia semakin pulih?"
"Nampaknya begitu."
"Baguslah.."

Puan Marie mengukir senyuman yang manis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience