BAB 9

Family Completed 6639

Entah mengapa kakak melayannya sebegitu kejam sekali. Hatta dia tidak pernah sekali pun menyakiti kakak.

Pukul? Sekali pun dia tidak pernah buat pada kakak. Tapi kakak, bukan sahaja pukul malah sepak pun sudah menjadi suatu hobi baginya.

Bila ditanya ibu, kenapa kakak memukul dan menyepak Nurul Qaireen, pasti ada sahaja jawapan yang mampu diberikannya untuk mengelak dari terus dipersalahkan. Dengan sikap Nurul Qaireen yang hanya mendiamkan diri, lagi bertambahlah keyakinan ibu dengan apa yang kakak perkatakan itu.

“Adik malaslah nak bertengkar dengan akak. Dah, tepi sikit. Adik nak naik.” Nurul Qaireen menolak lembut bahu kakaknya. Qaisarah membulat mata. Lantas lengan Nurul Qaireen dipegang. Kuat dan kasar.

“Sakitlah akak!” Nurul Qaireen mengaduh.

“Berani kau tolak bahu aku!” Dipulas lengan Nurul Qaireen sebelum ia dilepaskan.

“Apa yang bising sangat ni?” Soal Puan Auliya yang tiba-tiba muncul di hujung anak, di bawah.

Sebentar tadi, Puan Auliya ada mendengar suara seseorang mengaduh kesakitan dari arah tangga. Lantas dia berjalan menuju ke arah datangnya suara itu. Sebaik sahaja tiba di tangga, dia melihat Nurul Qaireen dan Qaisara. Tatkala itu, Qaisara sudah melepaskan pegangan tangannya pada lengan Nurul Qaireen.

“Adik ni… dia tolak kakak tadi. Nasib baik kakak sempat paut lengan dia. Kalau tidak memang tergolek jatuhlah kakak… dekat bawah sana.” Qaisara memuncungkan bibirnya.

Nurul Qaireen menoleh ke arah Qaisara. Direnung wajah itu. Lalu dia mengeluh. Seperti yang dijangka. Itulah cara Qaisarah membela diri. Bijak dan licik.

“Dah. Masuk bilik. Lewat malam dah ni.” Arah Puan Auliya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience