BAB 6

Family Completed 6639

“Jangan! Kamu tidak boleh ikut jejak langkah Daddy kamu.” Cepat-cepat Puan Auliya memintas kata-kata Nurul Qaireen. Waktu ini, mukanya tampak cemas dan takut. Namun, perubahan wajah itu tidak disedari oleh Nurul Qaireen.

Berkerut dahi Nurul Qaireen saat mendengar kenyataan Puan Auliya. Dia keliru dan pelik. Hati dan juga minda kini mula tertanya-tanya. Kenapa ibu melarangnya untuk mengikut jejak langkah ayah?

“Tapi kenapa?” Soal Nurul Qaireen dengan harapan kekeliruan yang mula timbul dapat dirungkai secepat mungkin.

Pertanyaan itu membuatkan Puan Auliya kelu untuk terus berbicara. Sejurus itu, dia menghela nafas.

“Kamu tidak perlu tahu kenapa dan mengapa Mummy bertindak begitu. Cukuplah kamu tahu Mummy tidak suka anak-anak Mummy ambil bidang itu.” Puan Auliya merendahkan suaranya. Ada sesuatu yang mengusik kalbunya kini. Jiwanya sebak bila diungkit perihal itu. Lantas dia berpaling membelakangi Nurul Qaireen. Tangan pula dibawa bersilang di dada.

Untuk melupakan sesuatu yang telah berlaku, ianya terlalu sukar untuk dilakukan oleh Puan Auliya. Kejadian itu benar-benar buat dia mengalami ketakutan dan trauma yang sukar dibendung. Kehilangan, sesuatu yang sukar untuk diterima. Dia cuba tanamkan sifat redha dalam diri tetapi hati kecilnya masih lagi mendesak, masih lagi mempersoalkan mengapa perlu dia yang dipilih untuk menerima semua ujian ini.

Nurul Qaireen tidak berpuas hati dengan jawapan ibu sebentar tadi. Dia yakin ada sesuatu yang cuba ibu sembunyikan daripada pengetahuannya. Jadi dia perlu cari tahu tentang perkara itu.

“Tapi adik ada hak untuk tahu kenapa Mummy begitu melarang. Mesti semua ini bersebab. Dan semua sebab itu, adik perlu tahu. Cuba Mummy beritahu adik…” Kata Nurul Qaireen dengan intonasi suara memujuk.

“Cukup! Mummy tidak mahu cakap lagi tentang semua ini. Keputusan Mummy tetap sama.” Jelas sekali kini Puan Auliya tidak lagi mampu dipujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience