BAB 7

Family Completed 6639

“Mummy tetap tidak akan izinkan kamu sambung dalam bidang itu.” Titik keputusan daripada Puan Auliya. Cukuplah sekali ia berlaku, tidak untuk kedua kalinya. Dia tidak sanggup menghadapinya lagi.

Seraya itu juga, Nurul Qaireen bangun. Dia berdiri memandang ibunya. Ibu masih berkeadaan seperti tadi, berdiri membelakangi dirinya.

“Kalau Mummy tetap dengan keputusan Mummy… adik pun akan tetap dengan pendirian adik. Adik akan tetap nak ambil bidang itu!” Kata Nurul Qaireen nekad lalu berlari meninggalkan ibunya. Dia tidak mahu lagi bertikam lidah dengan Puan Auliya. Bimbang nanti disebabkan bicaranya, hati ibu akan lebih terguris.

“Nurul Qaireen!” Sebaik mendengar kata-kata Nurul Qaireen, Puan Auliya pantas berpaling. Namun belum sempat dia meneruskan bicaranya, kelibat Nurul Qaireen sudah semakin menjauh dan akhir hilang di sebalik tiang.

Baru sahaja Nurul Qaireen mahu mengangkat kaki untuk mendaki anak tangga, tiba-tiba langkahnya terhenti apabila telinganya menangkat suara lantang Puan Auliya yang kedengaran sedikit melaung. Dia berhenti dari terus menapak. Berselindung di balik dinding yang menjadi penghadang kedudukannya dengan Puan Auliya.

“Kalau itulah keputusan kamu, terpulang pada kamu. Buatlah apa yang kamu suka. Tapi kamu kena ingat, segala perbelanjaan dan yuran pengajiaan kamu nanti, Mummy tak akan tanggung. Pandai-pandai kamulah cari semua itu.” Laung Puan Auliya. Bicaranya kedengaran seperti satu ugutan. Hanya itu yang terlintas di fikirannya untuk menghalang tindakan Nurul Qaireen.

Puan Auliya kembali duduk di kerusi. Dia termenung. Fikirannya kini berpusar memikirkan Nurul Qaireen. Anak itu kini sudah berani menentangnya. Entah apa yang mendorongnya untuk dia bertindak sebegitu.

Puan Auliya meraup wajahnya. Nafas direngus kasar. Fikiran mula berserabut. Hati mula bercelaru. Kebimbangan mula menjengah.

‘Adik, andai kamu tahu sebab mengapa Mummy begitu melarang kamu… ikut jejak langkah Daddy kamu, pasti kamu tidak akan berbuat demikian. Tapi Mummy tidak dapat memberitahumu tentang semua itu. Ini semua demi keselamatanmu.’ Rintih hatinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience