“Tapi betullah cikgu, cikgu tak tanya dengan Sumayah h sendiri ke, dia dah buat apa dengan Fatin? Wei Sumayah h, asal kau diam je haa!” spontan mulut Qurratul mengeluarkan kata, sedangkan dia berada dekat dengan Cikgu Fauziah . Aku sangat kenal Qurratul , dia seorang pendebat di sekolah kami, mana mungkin dia akan duduk diam dalam sebuah kebenaran.
“Kau diam Qurratul , cikgu tak habis cakap lagi dengan Farah” ujar Cikgu Fauziah sampai telunjuknya menunding ke kepala Qurratul .
Sumayah h duduk tertunduk, entah menyesal atau gembira kerana kami sedang dimarahi ibunya. Fatin pula acah menangis tanpa suara.
“Cikgu sangat terkilan dengan apa yang korang buat pada anak cikgu, sekarang ni macam mana? Khabar buruk mengenai anak cikgu sudah tersebar satu sekolah, malu taw cikgu, cikgu nak letak mana muka cikgu, Farah”
Aku masih diam daripada berkata apa-apa. Kemana agaknya keberanianku pada saat itu. Secara tiba-tiba, mataku berkaca, degupan jantungku kencang. Cikgu Fauziah masih merenungku dengan tajam tanda bencinya sudah mulai membuak.
Andai dia tahu siapa yang bersalah, sudah pasti dia sendiri akan menyesali kerana memalukan kami sebegitu. Tapi aku sangat yakin, mana mungkin seorang ibu tidak mempercayai anaknya meskipun kesilapan yang dilakukannya itu jelas salah dan melanggar syara’.
Khabar yang mengatakan Sumayah (anak cikgu Fauziah ) dan Fatin (Anak Cikgu Mustafa ) telah melakukan hubungan yang terlarang itu telah tersebar satu sekolah. Kononnya kami sekawan berlapan yang membawa fitnah itu ke dalam sekolah, sehingga menjadi buah mulut semua cikgu dan murid-murid.
Ada cikgu yang menyokong kami, bahkan ada juga yang memalingkan muka daripada kami semua.
“Jika inilah balasan yang kalian buat untuk cikgu, cikgu pasrah, tapi mohon bersihkan kembali nama baik Sumayah h, kamu tidak tahu sejauh mana dia menyimpan perkara ni daripada cikgu, sampai satu tahap cikgu sendiri kena berhadapan dengan kamu semua” ujar Cikgu Fauziah jelas lalu meninggalkan kelas.
Suasana kelas pada ketika itu ibarat sebuah bangsal buruk yang tidak berpenghuni. Sunyi sepi tanpa suara. Aku perlahan mengorak langkah untuk mencari tempat dudukku. Mataku malas untuk melihat dengan jelas, aku duduk termenung.
Adakah aku dan kawan-kawan aku yang sepatutnya dipersalahkan tentang perkara ini? Kami hanya membawa satu kebenaran, bahkan kami sama sekali tidak pernah terniat untuk hebahkan khabar yang tidak manis itu. Ianya tersebar sendiri kerana jelas apa yang mereka lakukan itu satu kebatilan.
“Kita minta maaf je lah dekat Cikgu Fauziah , even bukan salah kita pun” secara tiba-tiba suara Siti kedengaran.
“Betul juga tu Siti, alang-alang nak dekat Exam dah ni, aku tak mahulah ilmu yang aku dapat tak berkat, yang penting kita dah minta maaf, itu adalah yang terbaik kita boleh buat setakat ni”. Disokong pula oleh Anis.
Share this novel