“Sebelum balik sekolah kita masuk bilik guru jumpa Cikgu Fauziah dan Cikgu Mustafa , boleh?”. Aku mencadangkan dengan suara yang masih terkedu kerana dimarah cikgu. Itu adalah kali pertama dan terakhir aku berhadapan dengan cikgu dalam keadaan yang begitu dingin.
Setelah selesai sesi persekolahan, aku dengan yang lain pun masuk ke bilik guru dengan harapan Cikgu Fauziah menerima kata maaf daripada kami. Pada asalnya kami begitu malu, kerana telah menjadi perhatian banyak guru pada ketika itu. Namun apakan daya, mereka adalah guru yang kami harus hormati.
Alhamdulillah, Cikgu Fauziah menerima maaf kami, tapi mukanya masih sinis mungkin masih tersisa kesalan buat kami. Apa yang paling penting selepas peristiwa itu, kata maaf senantiasa kami utarakan dalam banyak hal yang masih boleh kami toleransi mengenainya.
Usai SPM pun kami masih menyantuni Cikgu Fauziah , Cikgu Mustafa , Sumayah h dan Fatin selayaknya manusia berhubung dengan manusia. Tidak sedikit pun tersisa dalam hati untuk membenci mereka, namun apa yang mereka lakukan sebelum ini sudah cukup banyak menjadi pengajaran buat kami.
Bahawa setiap kesilapan yang kita lakukan, masih ada peluang untuk dibaikpulih. Dengar-dengar juga hubungan antara Fatin dan Sumayah h itu setakat sekolah menengah sahaja. Sekarang mereka sudah menjadi lebih baik daripada sebelumnya, bahkan kejayaan mereka lebih hebat daripada aku yang hanya memegang skrol diploma.
Share this novel