BAB 2

Short Story Completed 238

“Tahu soal anak dia dengan anak Cikgu Mustafa tu?” tanyaku ingin tahu.

“Haa, kau duduk bawah ni je, sebab Qurratul , Anis, Siti, Nora dengan Nina ada kat atas, Cikgu Fauziah sedang cari kau tu dalam kelas, aku mohon sangat kau jangan naik, Cikgu Fauziah naik marah sebab kau tuduh anak dia lakukan hubungan tak bermoral tu” pujuk Zila menggigil sambil memegang erat kedua tanganku.

“Aku tak tuduh lah Zila, kita hanya nyatakan perkara yang benar kan?” Jawabku diikuti tatapan kemesraan untuk aku tenangkan gelabahnya yang kian membuak.

“Aku mohon sangat jangan Farah” sekali lagi ketakutannya masih belum redah.

“Aku naik dengan kau, aku tak buat salah lah, kenapa aku nak takut pulak? Dah anak dia memang lakukan hubungan songsang tu, jomlah naik” ajakku berani namun ternyata berhadapan dengan seorang guru yang kau begitu sayangi mulai membencimu adalah sesuatu yang sangat berat untuk aku terima.

Aku pun tarik kuat tangan Zila kerana enggan untuk naik bersamaku. Dengan langkah yang berat aku gagahkan juga. Aku begitu percaya dengan kata-kata ‘berkata benar meskipun pahit’, itulah prinsip yang aku simpan dalam diriku.

Langkahku kian perlahan saat kaki kecilku sikit lagi menghampiri pintu kelas. Aku melihat kawan-kawanku dalam kelas ada yang berdiri dan ada yang duduk membuat kerja mereka masing-masing. Tapi tidak seperti hari-hari biasa, suasana pada ketika itu sangat tegang, setegang besi yang menahan jambatan pulau pinang yang terus kukuh menampung ribuan kereta yang lalu.

Di depan pintu kelas aku melihat Qurratul sedang berdiri entah menghadap siapa sambil tertunduk. Siti tertunduk di atas meja, Anis sedang menangis teresak-esak seperti kena pukul orang, di sisi lain aku melihat Nora dan Nina sedang khusyuk menatap meja mereka seperti sedang menyesali sesuatu.

Semakin aku dekat menghampiri Qurratul , aku terpanah dengan satu susuk tubuh yang aku sangat kagumi berdiri dihadapannya sedang membelakangiku, Cikgu Fauziah . Guru yang sangat aku sayangi dan kagumi sejak tingkatan satu sehinggalah sekarang, beliaulah guru matematikku yang membuat aku begitu menyukai subjek tersebut, orangnya sangat baik malahan sangat prihatin.

Sepantas kilat bahunya seperti punya mata menyedariku berada di belakangnya, lalu dia hadapkan badannya kepadaku.

“Haaa ini seorang lagi ketua sudah datang” Sebut Cikgu Fauziah dengan lantang sehingga seisi kelas boleh mendengarinya.

Aku masih terpaku tidak mampu untuk mengungkapkan sebarang kata. Bukan kerana aku takut, tapi aku masih menghormatinya selaku guruku selama beberapa tahun yang lalu.

“Apa salah cikgu dengan kamu semua, sampai hati kamu tuduh anak cikgu lakukan perkara yang tidak senonoh tu”. Sambung Cikgu Fauziah lagi dengan nada yang sedikit tinggi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience