BAB 3

Romance Completed 20808

Terkocoh-kocoh aku berlari masuk ke dalam kawasan sekolah bila sedar diri dah lewat. Kereta dah la letak dekat luar. Senang. Malas nak berurusan dengan pak guard sini. Bila dah sampai depan pejabat sekolah, aku terus masuk ke dalam. Mak kata tadi mak ada dalam pejabat. Maybe sini la.

Aku masuk-masuk je. Terpampang wajah mak yang sedang bergelak tawa dengan seseorang itu. Aku menghembus nafas lega. Mujur jumpa juga. Kalau tak haru juga nak cari kat tempat lain.

“ Mak.” Tegurku bila mak dan lelaki yang sedang membelakangi aku tu tiada tanda untuk berhenti.

“ Ha Lia. Sampai pun kamu. Ni mak nak kenalkan kamu dengan anak angkat mak.”

Aku menanti lelaki itu menoleh ke belakang. Masa ini jugalah mak nak kenalkan aku dengan seseorang pun. Tapi saat mata dia dan kami bertembung. Masing-masing terkejut besar terutama aku. Tapi dia nampak lebih tenang daripada tadi. Agaknya dia dah tahu kot siapa aku dekat kedai buku tadi.

“ Hai.” Sapanya dengan senyuman lebar.

Aku hanya mengangguk menerima sapaannya.

“ Mak ada beli buku dengan dia tadi. Dia jual buku. Kamu berdua berbuallah la dulu. Mak nak jumpa orang kejap. Lia nanti tunggu mak dekat kantin sekolah.”

Usai saja mak berlalu, aku terus menoleh ke arahnya. Dia keluarkan beberapa buah buku dan hulurkan kepadaku. Aku menyambut dengan hati yang berat. Aku tak ada hati nak beli buku. Tapi tengok tajuk buku macam menarik.

“ Awak. Awak kenal Rasullullah tak?”

Tiba-tiba dia menyoal. Aku yang mendengar pertanyaan dia tu rasa macam nak tumbuk muka dia je. Apa jenis soalan ni? Cara dia tanya macam aku tak kenal siapa Rasul tu. Dengan rasa geram aku jawab dia balik.

“ Eh. Awak boleh tak tanya soalan yang elok-elok sikit? Nak bagi laku pun carilah idea yang bernas sikit. Macam tak ada soalan lain dah. Hanya orang yang tak kenal agama Islam je tanya macam tu.” Balasku dengan sedikit kasar. Tapi masih rendahkan suara sebab duduk dalam pejabat kan?

Tiba-tiba dia ketawa. Aku yang tengok jadi pelik. Aku terus letak buku tadi di tapak tangan dia. Malas nak layan.

“ Awak ni garang la. Takut saya.”

Aku tersenyum sinis. Malas nak berbalah, aku terus keluar daripada situ.

“ Kalau dah takut jangan datang dekat. Pergi jauh-jauh.”

Aku terus membawa kakiku ke arah kantin sekolah. Seketika aku menoleh saat perasan ada seseorang sedang ikut belakang aku. Ternyata lelaki tadi dan seorang lagi lelaki. Maybe kawan dia kot.

Aku terus berjalan tanpa menghiraukan mereka. Sampai saja di kantin, aku terus ambil tempat. Belum sempat aku nak lepaskan lelah, kawan lelaki tadi datang dekat dan cakap sesuatu dekat aku.

“ Awak. Kawan saya nak kenal dengan awak.”

Aku tengok dia dengan renungan kosong. Aku hanya buat selamba dan terus pura-pura tengok skrin telefon. Nak makan tapi tak lapar lagi.

“ Kawan saya tu baik. Dia ikhlas nak kenal awak.”

Aku buat acuh tak acuh dengan kata-kata dia. Bila aku buat bodoh, dia terus pergi. Dalam hati sudah ketawa besar. Padan muka. Kacau aku lagi. Ingat aku nak sangat ke? No la! Dia tak tahu lagi aku ni janda anak seorang. Kalau tahu aku rasa dia akan lari. Hurmm.

“ Awak.”

Aku baru rasa nak bernafas. Dia sendiri datang pula. Tadi kawan dia. Aku tengok dia dengan pandangan kosong. Nak apa lagi?

“ Saya nak pinjam handpone boleh? Handpone saya hilang. Saya nak telefon pejabat saya.” Pintanya dengan wajah yang serba salah. Serba salah la sangat sedangkan? Ingat aku tak tahu kot dia sengaja nak pinjam handpone aku sebab nak ambil nombor aku. Ceh!

“ Tak payah guna taktik tu la. Saya dah tau apa yang awak nak.” Balasku dengan senyuman sinis.

Belum sempat dia nak bersuara, mak aku datang. Dia duduk di depan aku. Siap dengan senyuman dia mengajak lelaki tadi duduk makan bersama. Aku tengok mak dengan renungan tak percaya. Mak! Agak la nak ajak dia ni?!

“ Tak apalah makcik. Ada orang yang tak sudi nak makan dengan saya.” Balasnya dengan selamba.

Aku menggigit bibir. Sedar pun. Tapi ingatkan dia nak beralah dan pergi. Ternyata ada lagi.

“ Tapi makcik. Boleh tak saya nak minta nombor anak makcik ni. Niat saya ikhlas nak kenal dengan dia. Saya tak ada niat jahat pun. Saya dah minta tapi dia tak nak bagi.” Ujarnya separuh merayu dengan muka kesiannya lagi. alahai. Memang mak aku termakan la pujukan dia.

“ Lia. Kenapa tak bagi? Tak apa. Makcik boleh tolong.”

Aku menjerit dalam hati. Mak! Tidak! Aku tengok muka dia yang happy selepas dapat nombor aku tu. Bila pandangan kami bertembung, dia hantar jelingan puas hati. Aku pula merana dekat sini. Tak guna punya laki! Ish! Benci!

“ Saya pergi dulu ye makcik.”

“ Yelah.”

Sabar Lia. Sabar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience