BAB 9

Romance Completed 20808

Keesokan harinya, aku bangun dengan senyuman walaupun dalam hati rindu sangat dengan Haslan. Agaknya sekarang dia tengah buat apa ya? Lepas subuh aku terus ke dapur untuk buatkan sarapan. Tapi sebelum tu sempat lagi aku pergi jenguk anak-anak.

Aku membuka pintu bilik anak-anak. Tersenyum aku saat melihat mereka tidur dengan nyenyak. Terima kasih Ya Allah. Sesungguhnya mereka anugerah terbesar dan terindah dalam hidup aku. Terima kasih kerana pinjamkan mereka untuk aku.

“ Mama.”

Aku tersedar saat terdengar suara Balqis yang baru bangun itu. Aku pantas mendukungnya lantas memberikan kucupan pada pipinya.

“ Awalnya anak mama bangun. Lapar ye sayang?”

Kakiku terus dibawa sehingga ke dapur. Balqis didudukkan di kerusi sementara aku menyiapkan sarapan. Bila dah siap aku letakkan atas meja. Dan aku menyuap Balqis. Sedar tak sedar dah pukul 9 pagi. Razman dan Hafiz belum bangun lagi. Lamanya tidur.

“ Sayang tunggu sini ye. Mama nak gerak abang-abang kamu.”

Pantas aku meninggalkan Balqis dengan makanannya. Tapi baru saja aku nak naik atas, pintu rumah tiba-tiba diketuk. Selepas menyarungkan tudung, barulah aku membuka pintu. Dan aku terkejut bila buka-buka ja pintu dah terpampang sekuntum bunga mawar.

“ Maaf. Ini untuk puan. Saya tolong hantarkan je.”

Terpinga-pinga aku dibuatnya. Selepas posmen tadi pergi, aku kembali menutup pintu. Bunga tadi dibelek sampai aku jumpa kad kecil. Belum baca lagi dah tahu siapa pemberinya. Aku tersenyum lagi.

I miss you dear. Take care. ~Your love~

Aku mencium bunga-bunga itu dengan hati yang senang. Abang. I miss you already. Bila abang nak balik?

“ Mama! Telefon bunyi!”

Suara Razman mengejutkan aku. Dengan bunga tadi aku bawa naik ke atas dan menyambut telefon yang Razman beri. Dengan nafas yang tak sekata aku menjawab panggilan tersebut.

“ Helo. Assalamualaikum.”

“ Waalaikumussalam. Boleh saya bercakap dengan Puan Adelia Zahra?”

“ Ya. Saya yang bercakap. Siapa di sana?”

Hati aku dah tak tenteram. Balqis yang ada di dapur tadi pun dah berdiri di sisi aku. Razman dan Hafiz pun sudah sedar dan duduk depan mata aku. Masing-masing mempamerkan reaksi ingin tahu.

“ Harap puan banyakkan bersabar. Maaf tapi saya terpaksa maklumkan kepada puan juga.”

“ Kenapa encik?”

“ Suami pun baru lepas kemalangan dan keadaan dia sangat parah.”

“ Astagfirullah!”

Terus terlepas bunga tadi daripada peganganku. Air mataku terus menitis laju saat mendapat berita itu. Balqis dah mula merengek. Hafiz pula dah menunjukkan reaksi ingin menangis. Manakala Razman kelihatan resah.

“ Puan? Harap puan bersabar.”

“ Abang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience