BAB 10

Romance Completed 20808

Setahun kemudian…

“ Sadaqallahul azim…”

Sesudah bacaan Yaasin dibaca, aku mengambil bunga-bunga dalam bekas lalu taburkan di atasnya. Sesudah itu air disiram agar tanah itu menjadi basah. Selepas giliran aku, aku serahkan pula pada Razman. Aku melihat dia dengan hati yang sebak. Dia paling rasai kehilangan orang yang dia sayang. Dua kali dan kali ni benar-benar melukakan hati dia. Tabahlah nak. Semua ini pasti ada hikmahnya sayang.

“ Mama. Papa dapat tengok kita dari atas kan?” Soalan Hafiz membuatkan aku ingin menitiskan air mata. Tapi aku tahan dengan mengukirkan senyuman.

“ Ya sayang. Papa dapat tengok. Sayang nak cakap apa?”

“ Hafiz nak cakap Hafiz sayangkan papa.”

Aku mengangguk kecil lantas meraih tubuh kecil itu ke dalam pelukan aku. Razman yang melihat hanya tersenyum hambar. Dia dah nampak matang dan boleh berfikir dengan sendiri. Dia faham perasaan aku dan adik-adik dia. Sekarang dia bagaikan pendorong adik-adik dia.

“ Dah. jom kita balik. Along. Bawa mereka ke kereta.” Arahku lembut.

“ Baik mama.”

Sebaik sahaja mereka berlalu, aku kembali menoleh ke arah kubur arwah. Ya. Tepat 27.4.2014 di mana aku mendapat panggilan bahawa dia telah kemalangan. Malam itu juga dia disahkan meninggal dunia di sana. Siapa yang tak sedih bila dapat tahu suami meninggal. Dia satu-satunya orang yang aku paling cintai selain anak-anak. Sampai aku rasa nak give up dan jadi tak tentu arah.

“ Lia. Jom kita balik.”

Aku tersenyum sipi. Aku jadi tak tentu arah sampailah dia hadir. Time tu memang aku dah nekad tak nak kahwin lain sebab hanya arwah saja yang terletak dalam hati ini. Tapi disebabkan permintaan tokwan aku dan melihat sikap dia yang sangat caring tu membuatkan aku mematuh untuk terima dia. Dikala aku perlukan sokongan dan hilang pendorong. Dia datang.

Abang. Saya datang bawa anak-anak dengan suami baru saya. Abang tahu tak? Lepas kepergian abang, saya bagaikan mayat hidup. Mujur ada anak-anak yang sentiasa sokong saya. Abang. Walauapapun yang terjadi, abang tetap tersemat dalam hati saya. Khas untuk abang. Abang. Saya pergi dulu. Saya akan datang lagi lepas ni. Assalamualaikum abang.

“ Jom.”

Aku memaut tangannya lalu berjalan meninggalkan kawasan kubur itu dengan hati yang pilu. Abang. Doakan saya bahagia. Abang. Doakan agar ini jodoh sebenar yang disampaikan Allah.

“ Lia.”

Aku menoleh ke arahnya. Senyuman kecil aku hadiahkan.

“ Terima kasih sebab sudi terima abang walaupun time tu Lia dah tak nak terima sesiapa lagi.”

Aku membalas tatapannya seketika sebelum menggariskan senyuman. Ammar Irfan. Itulah nama lelaki yang mengembalikan semangat aku dan anak-anak.

“ Abang. Sepatutnya saya yang kena ucapkan terima kasih sebab masih sudi terima saya even kisah saya penuh dengan derita sebelum ni. Kadang-kadang saya terfikir juga. Saya ni tak berhak bahagia ke sampai terpaksa lalui perpisahan buat kali kedua. Tapi sampai satu saat, saya sedar. Semua ini ujian buat saya. Tanda Allah sayang saya. Dan saya sedar mungkin kali ni… abang adalah jodoh sebenar-sebenarnya yang disampaikan oleh Allah untuk saya. Even lambat abang hadir tapi saya dah cukup bersyukur.” Luahku dengan penuh keikhlasan.

Dia memaut erat tanganku. Dia tersenyum lantas menoleh ke arah anak-anak yang berada dalam kereta sebelum menoleh kembali ke arahku.

“ Abang tak kisah fasal kisah silam Lia. Yang penting masa depan Lia. Dan masa depan kita semua.”

Tangannya dibawa ke perutku yang makin menampakkan rupa itu. aku tersenyum kecil. kandunganku dah berusia 4 bulan. tak lama lagi Balqis akan dapat adik baru.

“ Maybe sebelum ni Lia ada pernah kata Lia tak nak rasa bahagia lagi dengan mana-mana lelaki. Lia nak bahagia dengan anak-anak ja. Tapi kini, jujur Lia mengaku yang Lia bahagia hidup bersama dengan abang.”

Terus tubuhku ditarik ke dalam pelukannya. Hatiku berasa sedikit tenang bila dia memeluk aku.

“ Itu namanya takdir Lia. Takdir hidup Lia bersama dengan abang.”

Pelukan terlerai dan aku membuat anggukan kecil. Dia mencuit hidungku pula. Aku tertawa kecil dengan telatahnya.

“ Papa! Mama! Cepatlah!” Jeritan Hafiz mengejutkan kami.

Kami saling berbalas pandangan lantas menoleh ke arah Hafiz.

“ Okay. Kami datang!”

Selepas itu kami saling berbalas pandangan semula lantas tertawa kecil.

“ Jom lah kita. Nanti merengek pula Balqis tu. Sudi ke Lia ikut abang?”

Dia siap menghulurkan tangannya persis seorang Romeo. Aku tertawa lantas menyambut hulurannya itu dengan senang hati.

“ Sudi sangat my prince. Jom.”

Akhirnya, kami berpegangan tangan menuju ke kereta. Dalam hati bersyukur kerana semuanya dah kembali seperti biasa. Aku juga bersyukur dengan anugerah kali ini. Ya Allah. Aku tahu semua ujian-ujian ini kau tujukan buat aku. Dan aku tahu sebab ujian itu aku jadi lebih tabah. Terima kasih Ya Allah. Aku menerima segala ketentuan pun dengan hati yang terbuka dan tenang, terima kasih kerana memberi ku dugaan, itu maknanya KAU masih merindu dan mengingatku Ya Allah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience