BAB 4 : CERITA II

Thriller Completed 5988

Adli terbangun daripada tidur. Mata digosok, mulut menguap.

Adli mahu sambung tidur namun secara tiba-tiba dia rasa mahu terkencing. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Punainya dikepit di antara peha namun kencingnya sudah tidak dapat ditahan.

"Weh, bangun weh. Teman aku gi tandas. Aku dah tak tahan ni," Adli goncang bahu Shah yang sedang lena dibuai mimpi.

Shah masih kekal tidur tanpa bergerak sedikit pun. Adli maki Shah. Dua orang lagi roomatenya tidur di bilik lain. Adli berlari keluar bilik.

Lantaklah sorang-sorang ke apa, janji dia boleh kencing dan sambung tidur balik.

Debuk!

Adli jatuh di atas lantai. Air kencingnya terkeluar sedikit.

"Kau ni kenapa?" Ijan kehairanan.

"Teman aku gi tandas. Nanti esok aku belanja," Adli berkata dan terus berlari ke tandas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience