BAB 9 : CERITA IV

Thriller Completed 5988

Satu malam yang nyaman,tepat pukul 2 pagi, aku terasa ingin membuang air kecil. Ketika di asrama,kami tidur di atas katil double-decker dan aku dapat katil pada bahagian bawah..

Aku kejutkan kawan sekatil aku yang berada di katil atas untuk menemanku,
tapi,sedih. Dia sudah tidur nyenya tanpa menghiraukanku.

Mahu tidak mahu,aku terpaksa menggagahi langkahku untuk ke bilik air. Tandas dan Asrama bagi tingkatan 1 berada di blok berlainan tetapi ia rapat dan tertutup antara satu sama lain.

Lampu waktu itu terang benderang di koridor dan di dalam bilik air.Jadi,kurang sikit rasa takut.

Aku memasuki bilik air seperti biasa.

Bilik air itu sangat besar,memuatkan beberapa shower, banyak tandas,tempat basuh baju dan kolah mandi. Almaklumlah kami semua tingkatan 1 mandi di situ dan kami tinggal di asrama.

Tandas berdekatan dengan pintu utama bilik air. Jadi,senang untuk ke tandas..

Ketika sedang membuang air kecil,tiba-tiba aku terdengar bunyi orang memberus.
seolah-olah memberus baju.

Hairan aku, siapa yang rajin membasuh baju waktu itu. Sedangkan semua pelajar dilarang keluar dari dorm pada waktu sebegitu.

Fikiranku berkata,mungkin pengawas yang menjaga kami membasuh baju itu..

Selepas aku membuang air kecil,aku terus pulang ke dorm. Tapi,terasa anda benda menarikku untuk ke tempat basuh baju.

Aku dengan langkah perlahan ke tempat membasuh baju. Aku mengintai dari dinding.

Ya Allah!!

Aku ternampak satu lembaga sedang membasuh kepalanya.

Bayangkan dia cabut kepalanya dan basuh menggunakan berus aku
yang lebih menakutkan,muka kepala tu menghadap aku. Aku lihat dia menggunakan baldi aku!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience