"Ahh...." Adli lega sebaik sahaja air kencingnya meluru laju ke dalam jamban.
Pili air dipulas. Punainya dibasuh dan seluar kembali dizip. Adli baru sahaja mahu tutup pili air apabila secara tiba-tiba kedengaran seseorang melangkah masuk ke dalam tandas.
Bunyi tapak kaki itu perlahan dan kemudiannya berhenti di hadapan tandas Adli. Air masih lagi mengalir, membunuh sunyi yang menghurung tandas pada waktu pagi ini.
"Ijan, kau ke tu?"
Tiada maklum balas. Ada bayang-bayang kelihatan di luar tandas. Adli teguk liur. Dia kemudiannya tundukkan kepala perlahan-lahan, cuba untuk tengok adakah Ijan yang berada di luar melalui sebuah lubang kecil yang terdapat pada pintu tandas.
Adli mendekatkan mata ke lubang. Apa yang dia lihat hanyalah warna merah menyala.
Secara tiba-tiba, bulu romanya meremang. Adli bangun dan terus tutup pili air. Dia kemudiannya intip sekali lagi melalui lubang.
Alangkah leganya Adli apabila melihat Ijan berada di luar tandas, berdiri menghadap dinding. Kemungkinan besar dia sedang membaca contengan-contengan di dinding.
Share this novel