Di padang

Romance Completed 3339

Aku berlari dan berlari seterusnya bersembunyi di padang berhampiran kafeteria.Aku cuba menahan rasa perit dengan duduk sambil memandang keindahan ciptaan Allah.

"Najjah." Panggil Sya.Dengan dada yang teruambing-ambing menahan sesak di dada akibat mengejarku.Aku akhirnya mengalirkan air mata.

"Najjah." panggil Sya lembut.Terus menghampiriku dan memeluk ku erat.Tangis ku semakin kuat.

"Shuhhh.Ceritalah kat aku .Apa dah jadi?" Sya cuba menenangkan ku.Aku mengesat air mata namun mata tetap ingin mengalirkan permata-permata kaca ini.Mikael yang dari tadi mengekori Najjah hanya diam menyaksikan Najjah menangis dari jauh.Kenapa Najjah menjauh ?

"Mamat tu.Mamat tuh nama Mikael.Dia hmm bukan dia .Aku yang bodoh sebab sukakan dia terlalu awal.Dia baik dengan aku dengan mak aku kata dia nak bercinta dengan aku.Tapi rupanya tuh semua tipu.Dia tipu aku .Dia tak jujur." Aku dah tak sanggup nak cakap apa-apa .Biarlah air mata yang menceritakan segalanya.Mikael yang memerhati sedih kerana membuat Najjah menangis.

"Apa maksud kau dia tipu?Dia cakap dengan kau ke?"Sya bertanya lagi.Rasa ingin tahunya memang tinggi.Aku memeluk Sya erat lagi.

" Aku..aku nampak dia dengan Erin dekat belakang pentas Harmoni.Berdua je.Erin aku nampak memang dah suka kat Mikael.Yelah Erin pun cantik.Aku tak sanggup nak tengok terus aku lari."luahku.Aku melepaskan pelukan dan mengusap muka perlahan.Mikael terkedu.Najjah lah orang yang menjatuhkan kain rendang itu.

"Dahlah Naj.Jangan sedih lagi kay.Cukup lah Afiq lukakan hati kau dulu."ujar Sya tiba-tiba.Najjah hanya tersenyum dan memandang ke langit.Tidak ingin lagi bercakap mengenai perkara tersebut.Mikael menumbuk tingkap yang berada di tepinya.Kesal.Darah mengalir.Namun tidak dihiraukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience