Pertemuan lapan mata

Romance Completed 3339

Capiq menghampiri Najjah yang sedang berdiri termenung.Ditolak oleh Mikael kerana takut peristiwa terjadi sekali lagi.Sya dan Najjah sememangnya terkejut dengan tindakan refleks Mikael.

"Kau takyah nak datang dekat dengan Najjah." ujar Mikael.Marah.Capiq sememangnya kesal.Saat itu dia tidak dalam keadaan sedar.Apa yang diingatnya sebelum itu, mereka semua sedang minum .Hanya air biasa. Namun, memanggil Najjah ke tempat sunyi itu sememangnya bukan ideanya.Dia hanya mengikut apa yang diperkatakan oleh kawan-kawannya.Semua sudah tahu bahawa Capiq ketika itu di bawah pengaruh ubat yang menyebabkan Capiq ingin berbuat demikian.Najjah bingung.Tidak tahu mahu berbuat apa.

"Najjah.Kau maafkan aku eh?Aku tak sedar masa tuh.Aku tak sengaja." ujar Capiq kesal.Suaranya merintih ingin memohon maaf.Najjah tidak memberi respond manakala Mikael dan Sya menjadi pemerhati. Najjah hanya berlalu.Ingin semuanya lenyap hilang begitu sahaja.Tidak ada lagi isu seperti ini yang bangkit.

"Dahlah Capiq.Kau jangan je dekat dengan Najjah lagi.Tah apa benda yang tak siap kau nak buat haritu , kau nak habiskan." sinis sahaja apa yang diperkatakan Mikael.Capiq meraup rambutnya kasar.Dia malu dengan mereka semua.

"Jom sya.Najjah dah kat depan dah tu" ujar Mikael ingin berlalu dan pergi dari melihat muka penyangak di hadapannya ini.Dia sememangnya faham keadaan Capiq tapi disebabkan perasaan sayang terhadap Najjah dia menjadi terlalu melindungi.Keputusannya semuanya terletak di tangan Najjah.Dia hanya menurut.

Capiq benar-benar kesal dengan bekas seniornya yang memasukkan 'racun' ke dalam minumannya semalam hingga dia cuba memperkosa Najjah.Ya Allah.Maafkanlah aku.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Setibanya Mikael di sebelah Najjah.Najjah berbicara.
"Mikael awak tak perlu lah nak buat sampai macam tu dekat Capiq.Kita semua tahu kan yang dia tak sedar masa tu.Dan Alhamdulillah saya pon selamat dan sihat walafiat sampai sekarang.Kita lupakan jelah semua tu." ucap Najjah jujur.Tak ingin menyimpan dendam.Sya hanya tersenyum menyokong tindakan Najjah.

Entah kenapa Mikael rasa semacam.Mikael agak terkilan.Ahh entahlah.Dia hanya mengiyakan kata-kata Najjah.Namun dalam hati,pedih tak terkata.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience