Capiq

Romance Completed 3339

"Naj.Naj.Kau kena ikut aku." ujar Capiq yang baru tiba.Ya Allah dah kenapa dengan mamat nih tak pernah pulak sebelum nih dia cuba cakap dengan aku sekarang nak aku ikut dia pulak.Muka dia pulak pucat semacam je.Pelik.

"Nak pergi mana?" tanya ku biasa.Tidak tahu apa-apa dan tidak mahu tahu.

"Mikael.Mikael luka.Darah dia banyak keluar.Kau kena ikut aku." Terang Capiq.Aku.Aku tak sanggup tengok Mikael tapi kesiankan dia.

"Dah takpayah fikir banyak.Ikut aku je." Ucap Capiq seraya menarik lenganku untuk mengikutnya.Di dalam hatiku, aku berdoa semoga Mikael tak apa-apa.

Setibanya aku di tempat Capiq membawaku.Aku pelik.Mana Mikael?Kenapa sunyi je nih?Betul ke kat sini? Sebab cam sunyi sangat je.

"Capiq.Mikael mana?" tanya aku gusar.Capiq hanya membelakangi ku.

Dengan tiba-tiba muncul lagi dua orang kawan Capiq.Tapi aku tak pernah nampak.Mereka tersengih-sengih.Dan Capiq masih tidak bergerak.

"Kenapa cari Mikael.Kitorang dua kan ada ?" kata seorang daripada mereka.Seorang lagi cuba berjalan ke arah belakangku.Tiba-tiba aku dipegang kejap.Aku tak tahu nak buat apa.

"Korang nak buat apa ni?Lepaslah.Capiq!Tolong aku!!Korang nak buat apa nih?"tanya ku.Sambil air mata mengalir.Kemudian barulah Capiq memandang wajahku.Mendekatiku.Dibelai wajahku dengan jarinya.Ya Allah jijik aku dengan dorang tiga nih.Kenapa Capiq jadi camnih.

" Tolonglah lepas!!!Tepilah."marahku namun tak terdaya untuk berbuat apa-apa.Mereka tidak mengendahkan kata-kata ku.

"Tolong!!!Sesiapa tolong!!!"jeritku.Salah seorang bertindak menumbuk perutku.Sakitnya Ya Allah.
Aku terduduk.

" Sayang jangan bising ye? Aku nak happykan kaulah ni.Mikael buat kau nangis .Aku gembirakan kau okay?"Ujar Capiq diikuti tawa.Sya terdengar jeritan Najjah semasa hendak ke tandas.Lantas mencari Mikael.

"Capiq tolonglah.Jangan..Kau nak buat apa!?!"tangisku semakin kuat dek ditumbuk dan ketakutan.

Sya yang mencari Mikael terus menarik Mikael dari orang ramai setelah melihat kelibat Mikael di auditorium. "Mikael.Mikael kau kena tolong aku .Najjah dalam bahaya."kata Sya.Mikael terkejut.Apa jadi dengan Najjah?Ya Allah.

"Najjah kat mana?Cepat.Kita kena tolong dia."ujar Mikael walaupun tidak tahu apa yang telah terjadi.Tujuannya hanya satu iaitu selamatkan Najjah.

Capiq terus menyentuh meraba kulit Najjah.Najjah rasa kotor dan malu.Ya Allah hantarkanlah sesiapa yang boleh selamatkan hambaMu ini.

"Sayang cari Mikael ye?.Aku yang suka kau dah berapa lama ni kau tak pandang pulak?!" pekik Capiq.Tiba-tiba Capiq bersuara lembut , sekejap-sekejap menjerit tak tentu pasal.

Mikael dan Sya yang hampir dekat dengan mereka terdengar pekikan Capiq lalu mempercepatkan langkah.

Ditarik sehingga koyak separuh baju Najjah.Capiq ketawa.Najjah jadi malu.Sungguh malu.Kawan Capiq yang lain hanya memegang kedua-dua tangan dan kaki Najjah sambil memerhati dan tersengih.Najjah dibaringkan.Sebelum Capiq sempat berbuat apa-apa yang lebih teruk nama dia diseru.

Dia telah ditumbuk sebelum sempat melihat siapa yang memanggilnya.Dua lagi rakannya terus melarikan diri sebaik saja perbuatakn mereka kantoi.Sya yang turut serta terus mendapatkan Najjah dan menangis.Kesian dengan kawannya.

Mikael membelasah Capiq kerana mengacau dan menyentuh Najjah.Bajunya ditanggal lantas dibaling ke arah Sya dan Najjah.

"Sya pakaikan Najjah baju nih."tegas Mikael.Sya hanya menurut.Najjah hanya menangis sejak tadi tidak melarang mahupun mengiyakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience