BAB 3

Romance Series 7732

"Eh May, kamu dah balik dari kampung ye?". Terkejut aku apabila di tanya soalan sebegitu dari jiran sebelah.Eh, setahu aku jiran sebelah Dato Jack dengan Datin Amy.Bukan ke diorang dekat luar negara? Baru seminggu lebih.Takkan hantu yang tegur? Pantas aku menoleh ke arah suara yang menegur.

"Eh aunty, awalnya balik...bukan ke lagi 4 hari baru aunty balik?". Soalanku di balas dengan senyuman manis darinya.Inhatkan hantu dah tadi.

"Aunty rindu kamu dengan Qay, sebab tu balik awal". Argh, akhirnya ada jugak teman untuk berborak nanti.Dah 4 hari aku hanya berborak dengan Qay.Borak apa pun aku tak tahu, tak ingat.

"Ouh, so sweet aunty". Kataku seraya menayang muka minta penampar.Tapi kalau Datin Amy tengok, mesti dia puji aku comel bila buat muka macam tu.

"Mana Qay?". Soal Datin Amy. Ni mesti rindu dengan anak aku.

"Ada dekat dalam, kejap ye...Qay!!". Laungku dari luar.Bergegar taman rumah bila dengar suara kuat aku.

"Ish mummy ni, tak sakit tekak ke?". Soal Qay sedikit marah.Mungkin aku kacau dia tengok cerita ultraman.

"Tu, TokAmy panggil". Kataku seraya menunjukkan jari telunjukku ke arah Datin Amy.

"TokAmy!!". Laju Qay berlari mendapat Datin Amy.

"Ya Allah Qay, rindunya TokAmy dekat kamu". Datin Amy mencium lembut pipi gebu Qay sehingga Qay menggeliat kegelian.

"Jom main dekat rumah TokAmy". Bunyi perkataan 'main' terus Qay setuju.

"Aunty jagakan anak May kejap ye, May nak masak..kejap lagi Qay nak makan". Lega aku bila Datin Amy anggukkan kepalanya tanda setuju untuk menjaga Qay sebentar.

"Qay jangan nakal". Pesanku dan di ikuti anggukan oleh Qay.

"Zack, tolong belikan mama cili padi dekat kedai depan sana". Laung Datin Amy dari dapur.

"Okey ma". Jawab Zack seraya menggosok lembut rambut Qay.

"Daddy keluar beli cili kejap okey?". Zack bangkit dari duduk.

"Okey daddy". Amboi kau Qay, dah ada daddy lupa mummy ye? Bertuah punya anak.

"Laki mana pulak yang keluar dari rumah aunty tu?". Soalku aneh.Nak cakap anak, Datin Amy tak ada bukak mulut pulak pasal ni.Argh, lantaklah!!

"Assalamualaikum". Aku memberi salam dari luar rumah.

"Waalaikumusalam". Qay tukang jawab.Tersenyum aku dengan telatah Qay.Kadang baik tak boleh nak bawak bincang, kadang nakal dia boleh buat orang pening.Tapi apa-apa pun aku sikit pun tak menyesal.

"TokJack dengan TokAmy mana?". Soalku seraya mengintai di segenap ruangan rumah.Sunyi je.

"TokJack keluar, TokAmy pulak tengah masak dekat dapur". Petah Qay menjawab.

"Aunty, May dengan Qay balik dulu". Laungku kuat.Aku ni jenis malas nak bergerak.Jadi aku laung jelah dekat ruang tamu ni.HAHA.

"Yelah, hati-hati". Tersengih aku mendengar respon dari Datin Amy.Ingatkan tak dengar.

"Jom sayang, kita balik". Aku menggendong Qay di atas belakangku. Aku suka memanjakan Qay begitu.

"Mummy, dekat rumah TokJack dengan TokAmy ada daddy handsome". Tiba-tiba Qay bersuara.Aku terhenyak.

"Daddy? Bila masa pulak aku kahwin?". Gumamku perlahan.Cukup sekadar aku sahaja yang mendengar.

"Dahlah, lupakan". Arahku tegas.Pening pulak aku fikirkan 'daddy handsome' yang di maksudkan Qay tadi.Ke lelaki yang keluar dari rumah Datin Amy tadi? Tengok belakang lelaki tu aku dah boleh agak yang dia bukan calang-calang orang.Mesti kacak nak matikan? Eh, kenapa aku tiba-tiba jadi gatal ni? Arg bodoh!!

"Ma, Qay mana?". Soal Zack.Balik je, Qay dah takde.Dahlah Datin Amy tengah memasak dekat dapur.Mana tak risau.

"Mummy dia dah datang ambik tadi". Jawab Datin Amy seraya memandang anak lelakinya tunak.

"Zack la, lambat sangat keluar..kalau tak boleh tengok bidadari tadi". Kata Datin Amy seraya menumpukan kembali pada kerja memasaknya tang tertunda.

"Bidadari? Mama ni, ada-ada je". Zack sudah mula ketawa.Melihat wajah mamanya yang tidak terlorek sedikit pun senyum, Zack terus terdiam.

"Ma, Zack keluar ambik angin kejap ye". Kata Zack seraya atur langkah keluar dari ruangan dapur.

"Bidadari? Wujud ke?". Soal Zack perlahan.

"Qay nak makan dekat luar". Rengek Qay dari tadi.Aku mengeluh lemah.Budak ni, kalau tak penuhi permintaan dia memang tak sah.Kejap lagi menangis lah.

"Okey fine, kita makan dekat luar". Putusku.Angkat pinggang dan air oren menuju ke luar rumah.Nasib ada meja kecil dekat luar.Kalau tak duduklah dekat atas rumput.

"Daddy handsome". Suara Qay kedengaran ceria saat menyapa seseorang.

"Jantan mana yang lapar nak jadi daddy Qay ni?". Soalku garang seraya mengintai di balik langsir.

"Mak kau kacak nak mati". Liur aku bagai nak keluar dari mulut tau.Nak cakap handsome tak handsome.Kalau macam ni lah, jadi suami aku pun aku sanggup.

"Eh kau May, gatalnya..ingat, tiada siapa yang berjaya rebut hati kau..kekalkan tempat terbaik kau". Aku menasihati diriku sendiri.Nak keluar ke tak? Keluarlah.Kalau aku tak keluar pun, anak aku akan paksa.

"Qay, ni makan". Kepala Zack automatik memandang wajah cantik manis aku.Huhu.Tergoda ke? Haha sebal kau May!!

"Bidadari". Aku tengok mulut lelaki tu macam sebut sesuatu tapi aku tak dapat nak dengar.Perlahan sangat.Lagipun jarak aku dengan dia jauh giler kut.

"Dia datang". Aku mula cemas apabila dia melangkah masuk ke kawasan rumah aku.Ish, pergi..pergi..per..

"Hy". Tegurnya.Aku terpana.Suara dia macam model yang aku minat.Oh, my god!!

"Hy". Balasku seraya menyuap nasi goreng ke dalam mulut Qay.

"I Zack, you?". Alah, 'you' 'I' pulak.Tak boleh ke 'saya' 'awak'?.

"Saya May". Jawabku.Bukan salah pun dia nak tahu nama aku kan?

"I single!!".

"So?". Soalku acuh tak acuh.Dah buang tabiat ke tiba-tiba cakap yang dia single?

"Awak mesti single jugak, kan?". Soal Zack kembali.Ya, aku single sebab aku tak suka lelaki.Apatah lagi mamat buaya macam kau.Buaya ke lelaki dekat depan aku ni? Nampak macam, YA!!

"Kalau saya single, apa salahnya?". Kitorang saling berbalas soalan.Kau nak main sangatkan, sekarang tu main dia.Kau ingat aku macam perempuan gedik dekat luar sana ke? Sekali tengok kau dah tumbang? Eh, ni May Ezryna la.

"Ada peluang I kan?". Peluang apa pulak mamat ni? Sebal betul aku layan si Zack ni!!

"Qay, jom masuk". Arahku tegas.Daripada aku layan mamat puaka ni, lebih baik aku masuk dalam rumah.Layan je cerita ultraman Qay.

"Ala mummy, Qay nak main dengan daddy handsome". Rengek Qay.Aku menghela nafas keras.

"Berani awak bahaskan diri awak daddy erh?". Marahku seraya mencerlung tajam anak mata biru Zack.Bukan marah macam, bla bla tu.Marah manja jer.Lembut-lembut gitu.Sempat lagi aku memuji mata biru Zack.Cantik.Mata je, tuan dia pergi lelong tepi jalan ye.May, jahatnya kau!!

"Kenapa?". Soalnya kedengaran seperti mengejek aku.

"Kalau saya kahwin nanti, Qay nak panggil apa dekat ayah dia nanti? Mestilah daddy jugakkan...kalau dah awak dia panggil daddy, ayah dia nanti takkan Qay nak panggil dadih?". Jawabku panjang lebar.Fuh, bijak jugak aku menjawab kan?HAH.

"Bakal suami you ada dekat depan mata you sekarang, takyah susah-susah nak fikir panggilan ke ape ke". Jawabnya seraya mengenyitkan mata kanannya kearahku.Ey, geramnya aku.Ada ke dia cakap dia bakal suami aku? Mintak di jauhkan bala ini daripada aku YaAllah.

"Awak? Bakal suami saya?". Soalku seraya menghambur gelak besar.Aku gelak bukan sebab lawak, tapi nak tutup malu.

"You gelak, maknanya you suka". Terus mati gelak aku yang kuat tadinya.

"Tak hingin saya". Terus mati senyuman Zack yang tadi terukir megah di bibir nipisnya.

"Qay, kalau daddy jadi ayah Qay...boleh?". Mak aih, dia guna anak aku? Kurang asam betul.

"Boleh, Qay suka sangat". Jawab Qay gembira.Aku bulatkan mataku ke arah Qay yang sudah mula terloncat riang.

"Dengar tu, anak you pun suka I jadi ayah dia". Dasar playboy.Mana aci main kotor macam tu!!

"Apa kata awak pergi mengorat anak dara depan sana, saya ni janda". Tipuku.Walhal aku masih anak dara.Suci cuci lagi, okeh bebeh.

"Jandalah I suka, banyak pengalaman". Bisiknya ke telingaku.

"Ey gatal". Lantas aku bangkit berdiri.Tak senang duduk aku kalau ada mamat puaka depan aku ni.

"Qay jom masuk". Arahku tegas.Lagi tegas dari tadi.

"Alaa". Qay mula menayang muncung panjang.Aku tak hirau.Yang aku tahu, aku nak lari daripada mamat mata biru yang ada depan aku sekarang.

"Bye, jangan lupa mimpikan I a.k.a bakal suami you malam nanti". Laung Zack sedikit kuat.

DUM

Pintu rumah aku hempas dengan kuat.Nasib tak tercabut je.Aku geram la dengan mamat tu.Dahlah puaka, playboy, gatal merenyam pulak!!

"Terkejut Qay". Kata Qay seraya mengurut lembut dadanya.

"Sorry sayang, mummy geram sangat dengan daddy handsome Qay tu". Sengaja aku tekankan perkataan 'daddy handsome' di hadapan Qay.Aku nak sindir anak aku.Nak tengok macam mana reaksi dia.

"Apa kata mummy kahwin je dengan daddy handsome". Cadang Qay.Terbeliak terus bijik mata aku.Aku kahwin dengan Zack? Oh my, jangan nak buat perangai la Qay sayang!! Aku nak sindir anak aku, tapi anak aku sindir aku balik!! Kau memang kalah May.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience