BAB 4

Romance Series 7739

Hidup aku hari-hari tak tenteram sejak kemunculan mamat puaka tu.Siapa? Si Zack la, siapa lagi mamat yang aku gelar puaka.Ekeleh korang ni!!

"Hy May". Tegur Zack.Aku yang kusyuk menyiram bunga berhenti dengan serta merta.

"Hy, mamat puaka". Aku perlahankan suara saat menyebut 'mamat puaka'.Tak gila aku nak sebut kuat-kuat.Mahu kena terajang dengan Datin Amy.

"Apa you panggil I tadi?". Soal Zack seraya mendekatkan telinganya ke arah muka aku.Sebetulnya ke mulutku.Nak je aku menjerit di tepi telinga dia.Sekarang aku masih waras.Buatkan dia pekak, teraniaya aku di buatnya.

"Mana ada, saya cakap hy je". Nafiku.Dia tersenyum gatal.Hah, dah mula dah perangai gatal dia.

"I tahu, mesti you panggil I future husband right?". Terbuka mulut aku saat mendengar jawapan loyar gila dari dia.Future husband? What the hell.

"Awak ni takde kerja lain ke?". Bengang aku bila berhadapan dengan Zack.Naik menggelegak darah aku.Kalau ada darah tinggi memang dah hospital tempat aku sekarang.

"Takde, kerja I mengorat you je". Acuh tak acuh jawapan yang di beri olehnya.Korang tengok.Macam mana aku tak naik angin.Jawapan dia selalu buat aku rasa nak cekik je mamat puaka depan aku ni.

"Gila". Kataku seraya berlalu masuk ke dalam rumah.Nasib baiklah Qay tengah layan cerita upin ipin dia.Kalau tidak, mati aku kena sindir dengan budak umur 4 tahun.Apatah lagi si Qay berpihak belah daddy handsome dia.Sekali tengok dah tahu yang Qay berharap bahawa ayahnya nanti ialah Zack.Mamat puaka nilah.

"Cute". Puji Zack walaupun aku sudah hilang dari pandangannya.Aku cakap dia gila kut.Patutnya dia balas, kau gila.Ni, cute? Huh!!

"Assalamualaikum". Aku memberi salam dari luar rumah Dato Jack dan Datin Amy.

"Waalaikumusalam bidadariku". Argh, aku ingatkan Dato Jack yang jawab salam.Tapi anak dia.

"Ada apa datang sini? Nak mengorat I jugak ke?". Soalan yang di lemparkan oleh Zack, benar-benar membuat aku panas.Sabar May, sabar.Dugaan, nak buat macam mana kan?

"Eh, kalau awak tu handsome macam Kim Seok Jin kumpulan bts takpelah jugak...ni muka pun macam jin marobbuka". Sesedap mulut je aku mengutuk Zack.Tapi aku tengok Zack sekarang lagi handsome dari mamat korea, tapi takkanlah aku nak puji depan-depan.Mahu terbukak lubang hidung dia.

"Eleh, you sebenarnya nak cakap yang I lagi handsome dari dia kan? You can't deny it". Amboi, aku baru je puji dalam hati pun dah berlagak.Apatah lagi aku puji depan-depan.

"Dah, saya datang nak hantar puding roti ni, bukan nak datang mengorat awak". Aku hulurkan bekas yang mengandungi puding roti di depan muka Zack.Dia mengambil seraya tersenyum manis.

"You buat?". Soalnya.Aku anggukkan kepala sekali.Memang aku yang buat.Tak sia-sia ambil resipi Umi aku minggu lepas.

"Thanks, I janji I akan habiskan". Katanya.Aku mencebirkan bibirku.Hoi, itu untuk Dato Jack dengan Datin Amy.

"Jangan habiskan, bagilah uncle dengan aunty rasa jugak puding roti tu". Pesanku.Dia termalu sendiri.Kalau ye pun puding roti aku tu sedap, janganlah lupa mak dan ayah.

"Saya balik dulu, Assalamualaikum". Usai memberi salam, terus aku angkat kaki pergi.Malas aku nak duduk lama dengan mamat ni.Buat aku pening je.

"Waalaikumusalam".


"Qay bangun". Aku kejut Qay.Lama sangat dia tidur, dah nak masuk pukul 6 petang.

"Hmm". Qay mengumam halus.Tak suka kalau ada orang kacau dia tengah tidur.Mimpikan Zumina ke tu? Uhuu.

"Qay bangun". Kejutku buat kali kedua.Akhirnya dia mengalah.Bangun dalam keadaan mamai.

"Dah pergi mandi". Arahku.Dia masih lagi diam di atas katilnya.Tengah kumpul nyawa katakan.

"Nanti siap kumpul nyawa, pergi mandi ye". Pesanku di ikuti anggukan olehnya.Aku tak pasti masuk ke tidak apa yang aku bicarakan ke dalam lubang telinga dia.Malam ni jawapan dia tak tidur lah.Sebab petang dia dah tidur.Aku jugak yang kena teman dia tengok cerita kartun kegemaran dia.Tapi takpelah, kartun pun best jugak.Waktu aku seusia Qay, kartun kegemaran aku adalah kartun yang tiga sekawan tu.Aduh, aku tak ingatlah.Boy macam tulah dekat belakang.

*****

Aku mengeluh lemah.Malas rasanya nak pergi ambil Qay dekat rumah Dato Jack dengan Datin Amy.Seketika kedengaran seseorang memberi salam dari luar.

"Assalamualaikum".

"Waalaikumusalam". Jawabku sehabis lembut.Apabila aku selamat membuka pintu, terus lebar senyuman si dia.

"Lembutnya suara you". Komen Zack.Aku yang dengar rasa nak terajang biar sampai di angkasa lepas sana.

"Nak apa datang sini?". Soalku malas.Ingatkan nak tolong hantarkan Qay, rupanya...

"Qay, dia mintak tolong saya ambilkan mainan ultraman dia". Jawab Zack.Aku anggukkan kepala sebelum teringat yang dekat rumah aku ni, mana ada mainan ultraman.Ada pun, transfomers je.

"Hehs, awak jangan nak temberang sangat, Qay mana ada mainan ultraman". Kataku seraya menjelingnya tajam.Agak-agaklah nak menipu pun.

"Erk, takde erh? Tadi Qay cakap mainan ultraman, takkan I salah dengar?". Aku cebirkan bibir.Cakap jelah yang kau datang nak mengorat aku.Ceh kau May, perasannya.

"Saya rasa awak patut korek tahi telinga awak tu". Sindirku.Dia tergelak.Wau mantap dia punya gelak.Seksi siut!! Eh May, sedar sikit.Wake up.

"Meh jelah, mainan apa pun". Pintanya.

"Tunggu sini". Kataku tegas.Aku tak giler lagi nak bagi lelaki bukan mahram masuk rumah aku sesuka hati.

"Ye bidadariku". Rasa nak cair tahi telinga aku dengar perkataan 'bidadari' dari mulut mamat ni.

"Jangan masuk". Aku masuk ke dalam rumah kembali tanpa menutup pintu utama.

"Mana mainan robot Qay ni?". Soalku.Dah sekeliling ruangan bilik, aku duk pusing-pusing.Tak jumpa-jumpa.

"Hoi robot, kau keluarlah". Gumamku dengan nada bengang.Susah betul nak cari harta milik Qay.

"Hah, jumpa pun kau...memang nak suruh aku baca mentera dulu baru kau nak keluar kan? Menyusahkan aku betul, nasiblah kau ni kesayangan anak aku..kalau tak lunyai kau". Aku berleter kepada objek yang tidak bernyawa.Kemudian aku gelak.Ada ke patut aku salahkan robot comel ni, patutnya salah aku.Cari pakai mata bukan kepala lutut.

"Wey, mamat puaka dekat bawah..alamak macam mana boleh lupa ni". Laju aku keluar dari bilik Qay.Sikit je lagi aku nak tergolek macam nangka busuk dekat tangga.

"Awak masuk kenapa?". Soalku.Zack senyum.Aku marah, yang kau senyum tu pahal?

"You lambat sangat". Menjawab!! Berani betul mamat ni masuk rumah aku tanpa minta keizinan dari tuan rumah.

"Nah, ni robot Qay". Aku hulurkan robot transfomers.Zack sambut dengan senyuman yang tak pernah hilang dari bibir seksinya.

"Dah, balik". Halauku.

"Bye". Zack melangkah ke arah pintu, dan aku mengikuti jejaknya dari belakang.Tetamu kenalah hormat kan? Walaupun tetamu itu hantu sekalipun.Tiba-tiba langkahnya terhenti dengan mengejut.Aku juga sama berhenti, tapi entah di mana silap sampai aku terpijak skirt aku sendiri.Aku hilang imbangan dan..

PAP

Aku jatuh menyembah lantai.Yang aku aneh, tak pulak sakit.Dia rasa macam kenyal.Rasa macam...
Membulat mata aku saat melihat Zack yang turut sama terlentang di lantai.Patutlah aku tak rasa sakit, rupanya mamat ni yang menjadi alas untuk aku.Mata kami saling bertentang antara satu sama lain.Entah kenapa, hati aku rasa berdebar sangat.Aku tak pernah rasa berdebar macam ni sebelum ini.

"Astaghfirullah, apa yang kamu berdua buat ni!!". Satu suara menyentakkan aku dan Zack.Bingkas aku bangun dari terus menghempap badan sado Zack.Malu hanya Allah sahaja yang tahu.Aku angkat muka, nak tengok jugak siapa yang kacau daun.Kau May, dah kenapa? Gila ke?

"Aunty Zu". Lemah aku bersuara.Gerun jugak aku tengok mata tajam dia yang menikam anak mata aku sekarang.Aku lupa, mesti dia nak datang ambil resipi puding roti yang dia pernah minta.

"Kamu berdua tahu tak apa yang kamu berdua buat? Tak malu ke?". Soalnya kuat.Sampai bergegar ruangan rumah.
Dato Jack dan Datin Amy juga turut sama tersentak.

"Apa yang bising tu, bang?". Soal Datin Amy seraya bangkit dari duduk.

"Jom bang kita pergi tengok, risau saya". Kata Datin Amy di ikuti anggukkan oleh Dato Jack.

"Sebenarnya aunty Zu dah salah faham". Aku cuba menerangkan perkara sebenar.Sah, lepasni nama aku akan naik sebagai perempuan murah dekat bandar IndahSari ni.Bukan aku tak tahu, mulut aunty Zu ni ibarat tempayan.

"Aunty nampaklah apa yang kamu berdua buat tadi". Kata aunty Zu.Masih lagi dengan nada kuatnya sedari tadi.

"Apa yang bising-bising ni?". Celah Dato Jack.

"Diorang berdua ni buat hal tak senonoh". Tuduh aunty Zu.Aku dah penat nak terangkan dekat mak cik mulut tempayan ni.Aku maafkan kau mak cik walaupun tuduhan tu berat sangat aku nak terima.

"Zack, May...apa yang terjadi sebenarnya?". Soal Datin Amy.Qay yang tadi di dalam dukungan Dato Jack mula berpindah ke dalam dukungan aku.

"Sebenarnya ma, tadi Zack datang nak am..". Baru separuh jalan Zack buka mulut, tak semena aunty Zu laju mencantas.

"Takyah nak reka-reka cerita sangat, mengaku je yang kamu berdua dah buat perkara tak senonoh". Habiskan ayat terus dia angkat kaki berlalu.Dato Jack dan Datin Amy bengang dengan perangai tak berapa nak siuman aunty Zu.

"Perangai tak pernah nak berubah". Marah Dato Jack apabila kelibat aunty Zu hilang dari pandangan.Sejujurnya Dato Jack marahkan aunty Zu bukan kitorang.

"Kamu berdua dah tempah nama dekat bandar IndahSari ni". Tegas Dato Jack bersuara.Aku sekadar menunduk.Nasib baik uncle Jack dengan aunty Amy kenal perangai aku, kalau tak memang mampus aku.

maybe tak lama lagi akan ada sedikit perubahan :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience