"Qay, jom balik sayang". Aku cuba memujuk Qay buat kali terakhir.Melihat gelengan dari Qay membuatkan aku menghela nafas lemah.Aku tahu, bukan mudah untuk redha dengan semua yang telah terjadi.Apatah lagi Qay baru mencecah usia 3 tahun.Serba sedikit dia mula mengerti akan kehidupannya.
"Qay nak tahu sesuatu tak?". Aku menatap mata coklat miliknya.Persis warna yang sama seperti arwah mamanya.Qay sekadar diam.Sedia untuk mendengar apa yang bakal aku luahkan.
"Mama dan papa Qay tengah sedih tau sekarang, sebab anak lelaki dia dari tadi menangis je". Dapat aku lihat kesedihan dalam mata cantiknya.
"Yeke mama dan papa Qay sedih sekarang?". Soal Qay.Aku senyum segaris dan mengangguk, mengiyakan soalan Qay sebentar tadi.
"Jom balik sayang". Aku mula bersuara saat melihat bebola mata Qay kembali merenung pusara arwah Qayreena Alia dan Luzman Haniq.
"Okey mummy". Lega hati aku bila mendengar jawapan dari Qay.
Setibanya di rumah, aku terus tidurkan Qay.Dari pagi ke tengahari, Qay tak berhenti menangis.Aku cuba memujuk dan akhirnya aku berjaya.Hanya nafas lega yang mampu aku lepaskan.
"Qay mana?". Soal Marylyn, Ibuku.Dan aku menggelarkannya Umi.
"Qay tidur". Jawabku seraya menuangkan air kopi ke dalam cawan kaca untuk Abi dan Umi.
"Kamu betul-betul nak jaga Qay?". Soal Razak, ayahku.Mungkin Abiku tidak menyangka yang anaknya bakal senekad ini.Sayang betul May dekat Qay.Sememangnya aku sayang giler dekat Qay.
"Ha' ah, Abi jangan risau pasal pelajaran May, tinggal 3 bulan je lagi...takde hal". Laju aku menjawab.Risau-risau kalau Abi aku tak bagi keizinan jaga Qay.Tapi tak mungkin Abi aku tak bagi jaga, sebab hanya aku saja yang Qay ada.Qayreena dan Luzman tiada saudara yang lain kerana mereka berasal dari rumah anak yatim.
"Abi tak halang, lagipun siapa lagi nak jaga Qay.
Tapi kalau May exam nanti, hantar je Qay duduk dekat rumah Abi". Alhamdulillah, Abi izinkan aku jaga Qay.
"Takpe Abi, rumah Abi jauh sangat lagipun jiran tepi rumah ni ada, diorang awal-awal lagi dah tawarkan diri nak jaga Qay". Aku berkata seraya menayang barisan gigi putihku.
"Tak menyusahkan diorang ke?". Soal Marylyn.Aku sekadar menggelengkan kepala.Abi dan Umiku sekadar menganggukkan kepala tanda faham.
"Apa nama jiran kamu tu?". Soal Umi lagi.Aku tahu Umi risau nak lepaskan Qay di jaga oleh orang lain selain mereka.
"Dato Jack dan Datin Amy". Jawabku.Banyak budi yang Dato Jack dan Datin Amy curahkan padaku.Budi yang takkan pernah aku lupa sampai bila-bila.
"Abi dengan Umi nak tidur sini?". Soalku.
"Tak, kalau Umi dengan Abi tidur dekat sini, siapa yang nak masak makan malam dekat rumah? Adik perempuan kamu tu bukannya pandai masak". Umi menjawab sambil membebel.Aku ketawa kecil.Geli hati apabila teringatkan Lyna, adik perempuanku yang berusia 14 tahun.Aku waktu seusia dia, dah pandai tanak nasi, goreng telur dadar, mee goreng dan banyak lagi.Berkat hasil ajaran Umi.Si Lyna pula jenis berkepit dengan fone.Haderh!!
"Umi dengan Abi balik dulu, jaga diri baik-baik". Pesan Abi.Aku anggukkan kepala dan terus menyalami kedua kekura tangan orang tuaku.
"Bye". Aku melambai tanganku ke arah kereta Abi yang mula meninggalkan kawasan perumahan.
Seketika aku mula berfikir, mampukah aku menjaga Qay dengan baik? Mampukah aku memberikan Qay kasih sayang yang secukupnya?
Dan jawapan bagi soalan yang bermain dalam fikiran aku adalah...YA!!
Aku mampu jaga Qay dan aku juga mampu bagi kasih sayang yang secukupnya kepada Qay.Kasih sayang ibu juga ayah!!
Share this novel