Rate

BAB 4

Romance Series 6268

BAB 4
SAYUP-SAYUP kedengaran alunan piona dimainkan, menambahkan lagi suasana romantik di segenap ruang sederhana mewah itu. Di sudut yang lain kelihatan sepasang kekasih sedang menikmati makan malam mereka dengan tenang. Nampaknya, Hariz memang sengaja menempah seluruh restoran tersebut untuk mereka berdua malam ini kerana tiada siapapun di situ selain mereka berdua dan pekerja restoran tersebut. Hariz mencapai tangan Haryani apabila melihat kekasihnya itu ralit dengan makanannya. Mata saling bertentangan dan menggetarkan perasaan masing-masing.

“Kenapa?” Tanya Haryani hairan.

“Sedap sangat ke makanan tu sampai saya depan mata pun tak perasan?” Usik Hariz.

Haryani tersenyum, dia meletakkan garfu dan pisau ke samping. Dia tahu pasti Hariz mahukan perhatiannya. Tak pernah sekali disetiap pertemuan mereka Hariz tidak mengusiknya demi menarik perhatiannya.

“Takdak depan mata pun awak sentiasa dalam hati saya tau.”Ucapnya malu-malu. Dia jarang mengucapkan kata-kata romantik kepada Hariz.

Hariz hanya tersenyum bahagia, dia mengeratkan lagi tautan tangan mereka. Rasanya tidak mahu melepaskannya sampi bila-bila. Matanya tidak lekang dari meratah segenap wajah Haryani. Dia tahu tingkahnya ini akan membuat kekasihnya tersipu malu dan tidak tentu arah, dan dia tidak pernah jemu melihatnya.

Merona merah pipi Haryani. Wajahnya memang tak boleh menipu, jelas dia sedang malu. Tidak tahan dengan situasi ini. Segera dia berdehem bagi memecahkan kesunyian di antara mereka. Dia segera mencapai segelas air kosong bagi menghilangkan dahaga.

“So, bila awak ke Ipoh?”

“Malam ni.” Jawab Hariz perlahan. Dia kembali melepaskan tangan Haryani. Mood nya tiba-tiba hilang.

“Apa?! Kenapa awak tak cakap? Kalau saya tahu, saya tak setuju jumpa awak malam ni.” Haryani terkejut, matanya bulat memadang Hariz. Dia tidak suka Hariz memandu waktu malam, terutama sekali melibatkan perjalanan yang jauh. Dia risaukan keselamatan lelaki itu.

Hariz tergelak melihat gelagat Haryani. Dia tahu Haryani risaukannya. Dia suka itu, sekurang-kurangnya dia tahu kekasihnya peduli akan dirinya.

“Jangan risau. Saya cuma nak jumpa awak sebelum pergi, takut saya sakit rindu berhari-hari tak jumpa awak.” Usiknya sambil ketawa kecil.

“Eee... Mengada la awak ni. Bahaya tau drive malam-malam ni, dah la jauh. Kalau dekat takpa la. ” Bebel Haryani sambil mencubit lengan Hariz.

Hariz pantas menangkap tangan gadis itu, berada berdekatan dengan kekasihnya ini membuat hatinya sentiasa berdebar-debar tak keruan. Tangannya mengegam lembut jari-jemari milik Haryani, seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Wajah tenang yang dimilikki gadis itu sentiasa mendamaikan hatinya. Kalau boleh dia mahu menjadikan Haryani suri hatinya segera yang mungkin supaya dia sentiasa di sisinya.

Dia bukan tidak biasa dengan keadaan ini, tapi perasaan malu itu tidak boleh hilang biarpun sudah lama bersama Hariz. Haryani yang menyedari akan renungan tajam Hariz, mula rimas. Cepat-cepat dia mengalihkan wajahnya ke arah lain. Tapi Hariz lebih bijak, tangannya pantas menyentuh lembut dagunya dan mata mereka kembali bertaut.

“Awak jangan risau, insyaAllah saya selamat pergi dan balik. Tapi tu la, saya risau awak je. Takut rindu dekat saya siang malam.”

“Jangan nak perasan sangat la.” Balas Haryani sambil cuba mengelak dari sentuhan Hariz. Tapi tidak diendahkan lelaki itu. Haih, lelaki. Pantang ada je kesempatan, pasti tak dilepaskannya.

“Hariz, please.... Malu la orang tengok.” Dia merayu. Tapi hanya dibalas dengan tawaan lelaki itu. Dia resah. Rasa hati mahu saja dia lari, lari dari buruan mata nakal sang kekasih dan sentuhan lembutnya.

“Kenapa, tak suka? Mana ada sapa-sapa pun dekat sini. Kita berdua je.”

“Malu la cik abang oii. Kita ni bukannya nikah lagi. Tak manis orang tengok.” Tegur Haryani dengan muka cemberutnya. Tapi tingkah ini sebaliknya membuat Hariz semakin geram. Dicubit pipi gebu itu, kuat.

“Aww, sakit la.” Haryani mengusap pipinya.

“Haa, tahu pun sakit.”

Haryani tidak tahu untuk berbuat apa lagi untuk menghentikan perbuatan kekasihnya. Hariz orangnya keras kepala, lagi orang larang lagi dia suka. Baginya apa yang dia buat, apa yang dia inginkan mesti dimilikki dan dipatuhi.

Tiba-tiba, telefon bimbit Hariz menjerit minta diangkat. Dia mengeluh bila nama mamanya terpapar diskrin. Dia enggan menjawabnya, malas melayan mamanya yang pasti akan berleter panjang. Peluang ini diambil Haryani untuk melepaskan diri, dia segera menarik tanggannya dari genggaman lelaki itu.

“Kenapa tak jawab?” Soal Haryani.

“Tak penting pun, daripada saya layan mama baik saya layan awak. Lagipun malam ni memang saya booked khas untuk kita.”

Haryani hanya tersenyum. Terasa dirinya begitu dihargai. Dia bahagia berada disamping Hariz. Lelaki ini terlalu baik baginya. Ibu dan ayahnya sudah lama meninggal dan dia tidak memilikki saudara lain, jadi hanya ada rakan-rakannya dan Hariz saja tempat dia bersandar.

“Terima kasih Iz.” Ucapnya ikhlas, kerana Hariz sentiasa berusaha membahagiakannya.

“Saya yang sepatutnya ucap terima kasih dekat awak. Sebab awak sudi bersama dengan saya walaupun awak tahu perangai saya macam manakan? Degil. Saya buat semua ni sebab Saya cintakan awak.”

“I love you too.”

Hariz memperkemas tautan tangan mereka. Dia cintakan Haryani lebih dari dirinya. Dia takut andai suatu hari nanti Haryani tinggalkannya. Haryani adalah cinta pertamanya dan dia juga cinta pertama Haryani. Biarlah hubungan mereka ini adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun hakikatnya ada hal yang menghalang hubungan mereka. Hariz ingin berterus terang kepada Haryani hal sebenar, tapi dia tiada kekuatan untuk mengungkapkannya. Hariz risau jika dia memberitahu perkara sebenar hubungan mereka akan terjejas. Sebab itu dia memilih untuk merahsiakannya. Biarlah orang mengatakannya pengecut sekali pun asalkan Haryani tidak pergi meninggalkannya.

Telefonnya kembali berdering. Dia mengeluh lagi apabila nama mamanya tertera di situ. Mamanya pasti ingin dia segera ke Ipoh. Memandangkan mereka sudah menunggunya di sana. Pasti takut kalau-kalau dia melarikan diri dari pekahwinan yang diatur ini.

“Baik awak angkat, mana tahu ada hal penting.” Pujuk Haryani lembut.

“Tapikan...”

“Iz... Tak baik tau buat orang tertunggu-tunggu. Mana tahu ada hal penting.” Dia tahu Hariz berkeras tidak mahu menjawab panggilan itu. Tapi dipujuk jua lelaki itu.

“Ya la, ya la.”

Kedengaran suara mama sedang memarahinya. Sakit telinga dan sakit hati mendengarnya. Kalau diikutkan hati mahu saja dia memutuskan talian itu, tetapi bila mengenangkan rasa hormatnya pada mama, ditahannya juga.

“Okay, Iz faham. Nanti Iz baliklah. Bukannya jauh sangat Ipoh tu.”

“Ya... Okay. Bye, assalammualaikum.” Jawabnya lantas talian diputuskan. Dia menarik nafas lega.

“Datin ke?”

“Hmm.” Jawabnya ringkas.

“Oh... Datin sihat?” Tanya Haryani prihatin. Dia jarang mendengar khabar tentang mama dan papa Hariz memandangkan lelaki itu tidak suka membicarakan perihal orang tuanya. Haryani juga tahu mereka tidak sukakannya sebagai kekasih Hariz.

“Sayang, saya ajak awak dinner malam ni bukan nak cakap pasal atok ke nenek ke moyang ke? Saya nak cakap pasal kita je. Yang lain tutinggal dekat rumah je la.”

Haryani ketawa bila mendengarnya, terasa lucu pula bila melihat wajah mencuka Hariz.

“Jadi awak nak cakap apa? On this special night!”

Hariz berdebar-debar bila teringatkan tujuan utamanya malam ini. Dia dah nekad, malam ni dia akan melamar Haryani untuk menjadi isterinya. Dia tidak mahu masalah perjodohan yang telah diatur orang tuanya menghalang hubungannya bersama Haryani. Mesti pun salah seorang daripada mereka akan terluka.

“Yani, you know we have been in relationship for years and you should know that I really love you, right?”

Haryani hanya mengangguk. Entah tiba-tiba dia berdebar-debar pula dengan keseriusan Hariz malam ini.

“Apa yang awak akan buat kalau saya kahwin dengan orang lain dan orang itu kawan baik awak sendiri?” Tanya Hariz satu-satu, tak tertelan air liurnya bila bertanyakan hal itu. Dia ingin melihat reaksi kekasihnya. Dia tahu tak seharusnya dia bertanyakan soalan ini, tetapi dia terdesak.

Berkerut dahinya bila diajukan soalan yang baginya tidak masuk akal. Hariz kahwin dengan kawan baiknya? No way!

“Awak merepek apa ni? Tak mungkinlah.”

“Saya tanya je. Saya tahu benda ni takkan terjadi. Tapi saya nak tahu jawapan awak.” Jawab Hariz gugup. Wajahnya tiba-tiba pucat.

“Hmm...”

“Kalau saya la kan, saya lebih rela putus dengan awak. Dan lepaskan awak untuk dia je.” Jawab Haryani jujur. Rasanya ini jawapan yang terbaik dan masuk akal. Andai bukan jodohnya bersama Hariz dia harus terima walaupun itu hal yang paling menyakitkan. Tak mungkin baginya untuk menjadi orang ketiga dalam pernikahan kawan baiknya sendiri.

“Awak nak menyerah macam tu je? Macam mana dengan hubungan kita?” Soal Hariz lagi. Dia tidak puas hati dengan jawapan yang diterima.

“Kalau jodoh awak dengan kawan baik saya sendiri saya tak boleh buat apa. Saya bukan Tuhan yang boleh tentukan siapa jodoh kita. Kita hanya merancang, tapi Allah yang tetapkan.” Ucap Haryani tenang. Dia bukanlah ustazah yang pandai bab-bab agama sangat. Tapi dia tahu ajal, jodoh dan rezeki ditentukan Allah S.W.T.

“Bagaimana dengan poligami?” Tanya Hariz hati-hati, dia tahu topik ini sangat sensitif bagi kaum hawa dan tak semua orang boleh terima.

“Awak nak kahwin dua ke?” Tanya Haryani terus terang. Dia pelik dengan sikap Hariz malam ini, tak pernah lelaki ini menyuarakan tentang pernikahan apatah lagi poligami. Macam ada sesuatu yang disembunyikan saja.

“Ish, takdak la. Tanya je, saja nak dengar jawapan awak. Mana tahu one day saya nak kahwin lagi.” Usik Hariz sambil ketawa kecil.

“Jangan nak mengada. Berani awak buat macam tu dekat saya? Saya cincang-cincang awak baru tau.”

“Tapi poligami diizinkan dalam Islam. So, sekarang ni awak menentang hukum Islam?”

“Saya terima poligami tu dibolehkan dalam Islam dan awak bebas untuk mempraktikkannya. Tapi sebagai wanita, saya mahu diberi pilihan sama ada untuk berada dalam situasi itu atau tidak. Andai kata poligami itu memudaratkan untuk saya, lebih baik saya memilih untuk keluar dari perkahwinan itu sendiri.” Jawabnya serius. Eh, tiba-tiba malam ni terasa macam ustaz dan ustazah la pula.

“Maksudnya awak memilih untuk bercerai?”

Angguk Haryani, dia yakin dengan pilihannya.

Seperti yang diduga fikir Hariz. Mana ada perempuan yang rela bermadu. Kalau dia ditempat mereka pun dia tidak sanggup untuk berkongsi kasih. Hariz mengeluh lemah, kalau macam ni gayanya sampai bila-bila pun dia takkan mampu untuk berterus terang dengan Haryani.

‘Haih, tiba-tiba je dia tanya aku pasal ni? Hariz ada perempuan lain ke?’ Hatinya berbisik.

“Kenapa awak tanya macam tu? Awak ada perempuan lain ke?” Tanya Haryani gusar. Dia bimbang jika benar apa yang difikirkannya kerana dia tidak mampu untuk berpisah dengan Hariz. Lelaki ini sudah membuatnya terlanjur cinta dengannya.

“No! Takdak orang lain selain awak dalam hati saya. I love you so much, kalau boleh malam ni juga saya nak ajak awak nikah.” Soalan itu bagaikan menjerut tangkai hatinya. Perempuan lain? Tidak! Tiada seorang pun boleh mengantikan tempat Haryani dalam hidupnya.

“Dah awak tiba-tiba tanya soalan macam tu. Mana saya tahu kan?”

“Yani, saya milik awak sorang je, dan awak cuma milik saya.”

Tak tertelan air liurnya. Ya itu janjinya, tapi mampukah dia memenuhi janji itu? Kerana selepas ini dia akan menjadi milik wanita lain dan Haryani tak mungkin menerimanya. Wajah Haryani dipandang lama, Hariz tidak boleh membayangkan hidupnya tanpa Haryani. Tak kira, apapun yang terjadi lepas ni dia tak peduli. Haryani mesti menjadi miliknya.

“Yani, tolong janji dengan saya yang awak takkan tinggalkan saya walau apapun yang terjadi.” Ucap Hariz gusar. Dia mencapai tangan Haryani dan mengenggamnya erat.

Pada awalnya Haryani tidak mahu berjanji, baginya janji manusia terlalu mudah untuk dimungkiri. Tetapi setelah didesak berkali-kali akhirnya dia ia kan juga.

“Okay, saya janji.”

“Sumpah?”

“Ish, tak baiklah sumpah-sumpah ni. Kena makan sumpah baru tau.”

“Please. Saya perlu dengar sendiri dari mulut awak.” Hariz masih belum berpuas hati selagi Haryani tidak bersumpah untuk sehidup semati dengannya.

“Awak ni macam-macam la. Okay, dengar ni. Hariz Haikal Bin Dato Bahar, Saya Haryani Sazliana berjanji takkan tinggalkan awak walau apapun terjadi sebab awak cinta mati saya sampai bila-bila.”

Hariz tersenyum lega. Sekurang-kurangnya dia sudah berjaya mengikat Haryani dengan perjanjian ini. Mati hidup balik pun dia akan pastikan janji ini tertunai.

“Puas hati?”

“Terima kasih Yani! Saya takkan sia-siakan hidup awak, saya akan bahagiakan awak walaupun nyawa menjadi galang ganti.” Dia mengecup singkat tangan Haryani.

“Haryani Sazliana, sudikah awak menjadi isteri saya dan permaisuri hati saya selamanya?”

Terhenti seketika nafasnya bila terpandangkan kotak baldu berbentuk merah hati yang dikeluarkan oleh Hariz. Hariz tersenyum. Kotak itu dibuka! Sebentuk cincin bertatah batu permata berkilauan di depan matanya. Terpegun seketika dia. Matanya memandang Hariz tidak percaya.

Hampir saja air matanya mengali, tapi tangan sasa Hariz pantas menyekanya. Hatinya terlalu gembira, sukar untuk dia gambarkan. Hanya Allah saja tahu betapa dia gembira saat ini. Dilamar lelaki yang sangat dicintai adalah saat terindah. Tanpa dia sedari, tangannya sudah memeluk tubuh sasa Hariz.

“Terima kasih Iz, terima kasih...”

Tanpa menunggu jawapan Haryani, Hariz menyarungkan cincin tersebut di jari manis gadis itu. Sungguh dia turut gembira kerana gadis yang cukup dicintainya sudah menjadi tunangnya tanpa rasmi. Ini adalah satu-satunya cara untuk dia mengikat mereka berdua. Dia takut Haryani akan lari dari hidupnya, sebab itulah dia segera melamarnya.

Haryani menjarakkan tubuhnya dari Hariz, baru tersedar akan perlakuannya yang memeluk lelaki itu. Keadaan kembali tenang, matanya membelek cincin yang sudah tersarung di jari manisnya. Rasa bahagia menyelinap ke dalam dirinya, tidak sabar rasanya ingin menjadi isteri Hariz. Tapi yang menggusarkan hatinya sekarang ini adalah Datin Sofea dan Dato Bahar, orang tua Hariz. Sudah dia ketahui, mereka memang tidak suka padanya kerana dirinya hanyalah seorang yatim piatu.

“Macam mana dengan parents awak? Diorang okay ke?”

Pertanyaan Haryani menyebabkan suasana kembali sepi.

“Sayang, yang nak kahwin tu saya dengan awak bukan diorang, lantaklah diorang nak kata apapun lepas ni. Asalkan kita bahagia.” Tegas suaranya setegas pendiriannya. Tak kisahlah walaupun mama dan papanya tidak merestui hubungan mereka berdua, Hariz tetap dengan keputusannya untuk mengahwini Haryani.

“Tapi…”

“Shh… Saya taknak dengar lagi apa-apa alasan. Yang saya tahu sekarang ni, awak akan jadi isteri saya.” Jari Hariz pantas melekap pada bibir Haryani.

Tidak tergambar betapa gembiranya dia saat ini, hanya Allah saja yang tahu. Dia merasakan dunia ini miliknya, digenggam dan dipeluknya erat. Seolah-olah tidak mahu melepaskannya. Akhirnya mimpinya terlaksana. Dilamar oleh seorang lelaki yang cukup dia cintai, bagaikan bulan jatuh ke riba.

Hariz mencapai jari-jemari gadis kesayangannya lalu dibawa ke bibirnya Dia merenung mata teduh milik gadis itu. Dia seolah-olah sudah terlihat kebahagian yang bakal dia layari bersama gadis ini. Rasa gembira menyelinap keseluruh ruang tubuhnya.

“Cincin ini adalah tanda ikatan kita sebagai tunangan. Jadi jangan pernah tanggalkan cincin ni”

Haryani ketawa lucu dengan penyataan Hariz.

“Awak janji dengan saya Yani. Yang awak takkan tinggalkan saya walau apapun yang terjadi, dan awak hanya boleh cintakan saya seorang saja.”

Haryani hanya mengangguk tanpa niat membalasnya.

“Janji?!” Desak Hariz lagi.

“Ya, saya janji… Puas hati sekarang?”

Hariz tidak terkata apa lagi. Selepas itu Haryani mengajak Hariz pulang, dia risaukan Hariz yang akan ke Ipoh malam ini. Lagi lama mereka berada disini lagi lewat Hariz bertolak ke Ipoh, entah pukul berapa dia akan sampai. Hariz tidak membantah, dia juga rimas bila setiap kali mamanya menelefon. Lagipun dia sudah selesai menyatakan lamarannya, tiada apa yang dia perlu dirisaukan lagi.

Walaupun Haryani gusar dengan penerimaan Datin Sofea dan Dato Bahar, tapi dia tetap menerima lamaran ini. Satu hari nanti pasti hati orang tua Hariz akan terbuka untuk menerimanya. Malam itu, terasa sungguh panjang baginya. Malam yang telah melakar seribu kenangan yang cukup manis baginya. Dan tidak mungkin dia lupakan.

‘Ya Allah, aku bersyukur padaMu kerana telah memberikan seorang insan yang baik untukku’. Lafaznya dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience