BAB 11

Horror & Thriller Completed 6441

‘’PETUNJUK’’

" Clues "

Mereka sekeluarga duduk semeja untuk menyelesaikan masalah itu. Mereka
berbincang dalam keadaan yang sangat takut. Masing masing menceritakan
pengalaman masing masing. Dan hampir kesemuanya ceritanya sama. Di mana.
Kelibat keluarga itu menundingkan jari ke arah satu.

Malam itu juga mereka pergi ke tempat tersebut bersuluhkan lampu picit
telefon Nely. Sedang mencari kawasan itu, tiba tiba Jefri menjerit.
Mereka panik. Rupanya Jefri berdiri di atas tanah yang berbonggol dan
tidak berumput. Situlah tempatnya.

Berbekalkan cangkul terbiar yang dijumpai, Basri menggalinya. Hampir 5
kaki. Mereka menjumpai sekujur badan manusia. Busuk. Dan sudah dikerat
kerat dengan rakusnya. Hampir reput mayat itu....

Sedang mereka buntu kerana tidak tahu apa yang mahu dilakukan tiba
tiba.... Nely rebah. Entah kenapa. Mukanya pucat.

Nely bangkit semula dengan perwatakan yang berbeza. Lia yakin yang sedar
itu bukan kakaknya.

"Dia.. yang membunuh aku... dia ..." Penjelasan itu mengejutkan
semua orang. "Siapa?" Tanya Basri. "Di hujung kampung.. Samad....."
Jelasnya. Terngiang di ingatan Basri. "Samad? dialah yang aku lihat
haritu,. berborak denganku dan seboleh boleh hendak aku keluar dari
rumah itu. Rupanya takut rahsianya terbongkar.... " Bermonolog Basri.
Selepas itu, Nely rebah. Nely disambut oleh ayahnya.

Dengan pantas, Basri menelefon salah seorang imam di masjid yang
mengambil masa 15 minit untuk tiba untuk datang ke rumahnya dan
menjelaskan apa yang berlaku..

Selepas sudah mengubati Nely. Polis tiba. Polis mengambil bahan bukti
dan saksi atas kematian salah seorang wanita mengandung yang hilang 10
tahun lalu. Samad, seorang penjenayah dan juga pencabul kehormatan Ann
Willi , gadis Amerika ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal.

Memecah keheningan malam apabila bergema suara "Thank you, for helped
me... and now.. this house is yours.." Nely dan sekeluarga hanya
tersenyum. Dan kiniereka boleh hidup bahagia.

Sebenarnya bilik yang tidak dibenarkan buka itu kepunyaan Ann Willi.
Segala barangnya ada tersimpan di dalam. Mereka mengemas barang
barangnya dan membakar atas permintaan keluarga Ann.

Mereka mula hidup bahagia. Sejurus kejadian itu. Mereka membuat kenduri
dan mengajak orang masjid berdoa akan kesejahteraan keluarga mereka.......

Kini, keluarga mereka lebih bertiangkan Islam yang sempurna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience