BAB 7

Horror & Thriller Completed 6441

" Persoalan yang menjadi tanda tanya "

Hari ini. Hari khamis. Jefri berseorangan di rumah. Basri, Salmah,
Nelly, dan Lia keluar untuk menguruskan sekolah baru. Sekolah Jefri
sudah selesai berurusan. Sekolahnya sekolah kerajaan. Semuanya pelajar
lelaki. Jefri ((nerd boy ever)) seperti biasa membaca buku, menyambung
bacaan " The Old House "
Cerita itu menceritakan tentang rumah lama yang ditinggalkan dan
mengandungi pelbagai peristiwa seram. Seram menjadi genre kegemaran Jefri.

Jefri gelak gelak kerana merasakan bahawa cerita yang dibaca tidak masuk
akal kerana menceritakan tentang cermun yang diconteng oleh lembaga
hitam, bermata merah, contengan yang bertulis "Im here don't be scared
"... Sungguh, Jefri tidak percaya akan kewujudan "benda" lain. Selakan
yang seterusnya, buku itu menceritakan tentang kerusi merah yang
bergerak sendiri. Lagilah Jefri tidak percaya.

Sebenarnya, buku itu dia dapat di belakang villa yang baru dia duduki
itu. Dia temuinya ketika awal awal tiba di villa itu. Dia nampak buku
lama yang sudah berhabuk di tepi dinding rumah itu. Apa yang paling
menarik minatnya untuk membaca, buku itu ditulis dengan tangan.

Tiba-tiba..
"Banggg!!" Bunyi pintu depan dihentam kuat. Jefri melulu keluar bilik
dan pergi melihat tetapi tiada yang pelik. Semuanya berkeadaan seperti
biasa. Dia terus ke biliknya dengan perasaan yang bercampur baur.

Dia sambung baca buku usang itu dan tiba tiba jantungnya berdegup
kencang, dia ternampak ayat di buku itu yang tertulis.. "Do you hear
that? That loud sound? Come from your front door. Do you hear that?
Ha..ha..ha.. "

Jefri tertanya tanya kenapa isi buku itu sama dengan apa yang dilaluinya
sekarang. Suatu yang misteri. Menjadi persoalan dan tanda tanya kepada
diri Jefri.

Jefri mencampakkan buku itu ke dinding dengan kuat sehingga sehelai
helaian buku itu terkoyak. Jefri mengambil helaian yang terkoyak dan ada
sesuatu tertulis iaitu "Dont afraid, you'll see me one day...
ha..ha..haa"

Jefri menjerit ketakutan. Dia tutup mukanya dengan tangan di penjuru
bilik. Di sebalik ruang jari jemarinya, dia lihat sosok tubuh seorang
perempuan yang sarat mengandung, bajunya dipenuhi darah. Bila dialihkan
tangan, hilang terus wanita itu. Jefri menggigil. Menggigil ketakutan
dan kesejukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience