BAB 1

Family Completed 525

Pada zaman hadapan, ada seorang Sheikh tinggal di kampung terpencil.
Beliau berkerja mengajar di sebuah madrasah kecil yang terletak di
pinggir kampung.

Ketinggian ilmu Sheikh membuatkan Khalifah pada masa tersebut menawarkan
jawatan mufti kepada beliau. Tidak mahu terburu-buru membuat keputusan,
Sheikh meminta masa sebanyak tiga hari untuk menjawab surat tawaran yang
diberikan, sama ada bersetuju atau tidak.

Hari demi hari berlalu namun Sheikh masih belum mempunyai kata putus.
Pada hari terakhir, seorang sahabat Sheikh datang menziarahi beliau
bersama anak yang masih kecil.

“Masih belum buat keputusan?” Tanya sahabat Sheikh setelah mendengar
dilema pilihan beliau. Anak perempuannya leka bermain congkak di sisi.
Bertanding melawan anak lelaki Sheikh.

Sheikh hanya menggelengkan kepala.

“Tak perlu terima. Ramai lagi calon yang layak. Umat tak rugi walau
sedikit pun.” Sahabatnya cuba memberi nasihat.

Benar. Ramai lagi calon yang lebih layak. Malah sudah layak bergelar
mujtahid mutlak pada usia muda lagi. Kudrat mereka pun lebih kuat.
Sheikh kini cuma orang tua sedang menunggu kubur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience