“Saya sangka tugas hantar buku latihan ke bilik guru satu kerja yang
mudah, tapi saya kena tebalkan muka minta maaf dengan ustaz kerana ramai
yang tak bawa kerja sekolah. Saya sangka jadi penyokong pada hari sukan
tak perlu berlatih letih-letih di tengah padang, rupanya kena belajar
ayat sorak dan buat sepanduk. Saya cuma bercakap dengan Ihsan,
tengok-tengok kawan saya Suhaila marah tak bercakap seminggu.” Panjang
lebar dia menuturkan.
Mendengar penjelasan anak kecil itu, Sheikh tergelak besar. Beliau
tersedar akan hakikat yang mudah itu. Tidak ada pilihan hidup yang
senang atau sukar. Pilihan kecil atau besar, sama sahaja. Jadi mufti
memang susah, tapi jadi guru pun sama susah. Lebih penting apa yang
manusia buat dengan pilihan masing-masing.
Setelah sahabatnya pulang, Sheikh mengambil surat tawaran di atas meja.
Ayat dalam surat dibaca sekali lalu.
Saya menerimatidak menerima (potong mana tidak berkenaan) tawaran
pelantikan sebagai mufti Khalifah mengikut syarat-syarat yang
terkandung dalam surat Tuan bilangan SPA.M880805(GG-9) bertarikh 1
Mac Zaman Hadapan.
Sambil tersenyum Sheikh membuat garisan menggunakan pen, memadam pilihan
yang tidak dibuat. Perlahan beliau menyebut ayat yang selalu diucapkan
ahli jemaah.
“Moga Allah permudah.”
Share this novel