"Terima kasih..." kata Chung Ha.
"Untuk..?" Jimin tak mengerti.
"Sebab selamatkan saya..balut luka saya ni.." kata Chung Ha.
Jimin menoleh kebelakang memandang Chung Ha.
"Dah tanggungjawab saya...lagipun keluarga Jin keluarga saya juga..." kata Jimin.
"Risaulah kat adik aku.." kata Jin.
"Hyung..kalau risau call je.." kata Jungkook.
"Tapi baru je aku sampai sini...takkan nak call...jatuh muka aku..macam tak berenggang dengan adik sendiri.."
"Call adik je..bukannya sesiapa pun..takkan lah sampai jatuh muka..."
gelak Jungkook.
"Kau tak faham...malaslah cakap dengan kau.."
"Nak ke mana..?" tanya Chung Ha.
"Keluar kenapa nak ikut..?" tanya Jimin.
"Tak nak..." Chung Ha menuju ke bilik.
"Okay.." Jimin berlalu menuruni tangga.
Chung Ha mencebik.
"Bukan nak pujuk pun..suruh ikut.." kata Chung Ha geram.
"Saya kira sampai 3 kalau tak turun tinggal..1,2..." jerit Jimin.
Laju Chung Ha mendapatkan Jimin.
"Ingat tadi tak nak ikut.." kata Jimin.
"Saja je ikut..bosanlah duduk rumah.." kata Chung Ha.
"Ni nak pergi mana...?" tanya Chung Ha dan melihat disekitar jalan yang dikelilingi hutan.
"Ikut je.."
"Dah sampai.." Jimin menarik brek kereta.
Chung Ha keluar dari kereta.
"Jimin-ah kau dah sampai marilah masuk.." jerit Hoseok.
Jimin menarik tangan Chung Ha yang masih terpinga pinga melihat sekeliling yang dipenuhi hutan.
"Aku ingat kau tak mahu datang..ya lah sejak dah tinggal kat rumah Jin hyung..lupa aku kat sini..." kata Hoseok dan meletakkan dulang berisi 3 cawan jus oren dihadapan Jimin dan Chung Ha.
"Kau kenal Jin..."
"Siapa tak kenal..dia kan worldwide hensem...bersepah gambar dia kat bilik adik aku..lagipun terserempak dekat cafe tempoh hari..." kata Hoseok.
"Mana adik awak..?" tanya Chung Ha tiba tiba.
Jimin memandang Hoseok.
"Adik saya dah lama tak ada..." kata Hoseok sedih.
Jimin mengurut belakang Hoseok.
"Mian..saya tak tahu.."
"Tak apa..benda dah lama.."
"Awak ni siapa...dari tadi tengok asyik berkepit je dengan Jimin...?" tanya Hoseok.
"Dia Chung Ha...adik Jin.." kata Jimin.
"Chung Ha..?" Hoseok terus menarik tangan Jimin jauh dari Chung Ha.
"Wae.."
"Aku rasakan..dia lah target Suga.."
"Maksud kau..?"
"Nanti aku jelaskan.."
Hari sudah pun gelap.
"Aku balik dulu lah.." kata Jimin.
"Gomawo.." ucap Chung Ha.
Hoseok menarik tangan Jimin.
"Awak masuk dalam kereta dulu.." kata Jimin.Chung Ha hanya menurut.
Apa yang dia cakap dengan Hoseok tu agaknya...macam serius je..
Kenapa aku tak boleh dengar...
Muka Jimin menunjukkan reaksi risau..sesekali memandang Chung Ha didalam kereta.
"Apa yang awak cakap dengan Hoseok tadi..?" tanya Chung Ha.
"Tak ada apa.." kata Jimin.
Chung Ha mula menguap.
"Kalau mengantuk tidur je lah...lama lagi ni nak sampai kat rumah.." kata Jimin.
"Saya belum mengantuk lagi.." kata Chung Ha.
"Suka hatilah.."
Selang beberapa minit....
"Kata tak mengantuk...ni siap berdengkur lagi..." brek kereta dinaikkan.
Akhirnya dah sampai.Tak jauh pun sebenarnya.
"Nak kejut ke...lena aku tengok..tak sampai hati pula.." Jimin keluar dari kereta.
Pintu rumah dibuka.
Jimin mengendong Chung Ha masuk kedalam rumah.
Perlahan menaiki tangga.
Nasib baik badan Chung Ha ringan.
Pintu bilik Chung Ha dibuka.
Jimin terkejut.
"Apa dah jadi dengan bilik ni..?"
Share this novel