"Awal kau datang.." kata Jin.Jimin sudah terpacak didepan pintu.
"Aku datang tepat pada waktu yang kau kata semalam..." kata Jimin.
"Ya lah...masuk kebetulan kau datang awal ni...teman aku breakfast.." Jin menarik tangan Jimin masuk.
"Kau makan ni.." Jin menghulurkan sekeping roti bakar kepada Jimin.
"Pilihlah apa yang kau nak...ada coklat..jem..peanut butter...semua ada.." pelawa Jin.
"Tak apalah..aku suka makan kosong je.." kata Jimin dan mengigit roti bakar itu.
Jimin memandang disekeliling rumah Jin.
"Hah aku lupa nak cakap...kau kan nanti duduk kat sini..so bilik kau aku dah siapkan..bilik kau sebelah bilik Chung Ha.." kata Jin.
"Cepatnya..aku belum kemas baju lagi.." kata Jimin.
"Tak payah nak kemas sangat...untuk hari ni kau pinjam baju aku dulu..esok baru kemas.." kata Jin lagi.
Jimin sekadar mengangguk.
"Mana bodyguard kau..." tanya Somi.
"Kat kolej dia tak ikut..dah lah Somi aku tak nak dengar nama dia kat kolej ni..." marah Chung Ha.
"Alah janganlah marah..." kata Somi.
"Chung Ha..." Chnug Ha dan Somi menoleh kebelakang.
"Ohh..Yonggi..kenapa..?" tanya Somi.
"Aku tak panggil kaulah..." Somi membuat muka masam.
"Chung Ha aku nak...." belum sempat Yonggi memghabiskan ayatnya Chung Ha memotong.
"Yonggi dah lah..kau tak penat ke asyik kacau aku je...Somi jom kita pergi dari sini..hujan dah menitis..tunggu masa je nak turun.." kata Chung Ha dan menarik tangan Somi.
"Kau tinggalkan aku Chung Ha..kau tunggu aku akan buat kau melutut pada aku.." kata Yonggi dan mengepal penumbuk di tangannya.
"Balik ni kita jalan jalan nak tak...lepas hujan ni best kalau kita minum hot chocolate kat cafe.." kata Chung Ha.
"Boleh je tapi..."
"Tapi apa..?"
Somi menunding jari ke seseorang.
"Bodyguard kau dah sampai..." kata Somi.
"Aishh...kenapa sampai awal sangat.." kata hati Chung Ha.
Jimin yang berkot hitam menunggu Chung Ha dihadapan kereta milik Jin.
Memandang Chung Ha yang baru keluar dari perkarangan kolej.
"Esok lah kita keluar..." kata Chung Ha dan berjalan kerah Jimin yang berdiri diseberang jalan.
Muka Chung Ha masam mencuka.
Tanpa melihat kiri dan kanan..Chung Ha terus melintas.
"Macam tak ada kerja dia ni..."
Sebuah kereta meluncur laju berdekatan Chung Ha.
Jimin segera melintas mendapatkan Chung Ha.
Jimin memeluk Chung Ha.Chung Ha terkejut.Kereta tadi lalu dijalan yang berlopak besar.
Splaasshhh......Chung Ha terkejut.
Belakang baju Jimin basah kuyup kerana terkena lopak air tersebut.
Jimin melepaskan pelukannya.
"Bahaya di sini.." Jimin memimpin tangan Chung Ha menuju ke kereta.
Chung Ha masuk kedalam kereta.Tapi matanya tidak berhenti memandang Jimin diluar tingkap kereta.
Jimin menanggal kot hitamnya lalu dikibas beberapa kali lalu kot itu disumbat kedalam plastik biru.
Jimin sekadar bertshirt putih yang sedikit jarang masuk ke dalam kereta.
Suasana didalam kereta yang sunyi.
Tiada bunyi...cengkerik pun malu nak bersuara.
Hachoo...Jimin terbersin.
Chung Ha memandang Jimin dihadapan.
"Dia demam ke..?" tanya Chung Ha sendiri.
"Nak balik terus ke rumah ke..?" tanya Jimin.
"Tak singgah farmasi sekejap.." arah Chung Ha.Jimin sekadar menganggukkan kepalanya.
Di Farmasi...
"Saya nak panadol 2...plaster 2.." kata Chung Ha.Ahli farmasi membungkus panadol dan plaster didalam plastik kecil.
"Kamsahamnida..." Chung Ha hanya senyum.
Jimin memadang lengannya.
"Macam mana boleh luka pula ni.." kata Jimin sendiri.
Chung Ha keluar dari farmasi lalu menghulurkan beg plastik tadi kepada Jimin.
"Apa ni..?" tanya Jimin pelik.
"Panadol dengan plaster..ambillah..dah hantar saya balik.." kata Chung Ha dingin.
Jimin tersenyum.
Share this novel