Chung Ha meluru masuk kedalam rumah.
"Chung Ha laju jalan.." tegur Jin.
Chung Ha mengabaikan Jin.Laju kakinya menaiki tangga.
Jin menuju ke pintu rumah.Jin terkejut lalu tergelak.
"Jimin kau main air ke..sampai basah kuyup ni.." gelak Jin.
"Kena lopak air tadi.." kata Jimin.
"Masuklah..aku buat air kejap.." kata Jin.
Jimin menghirup teh suam.
"Jimin..." panggil Chung Ha.
"Pergilah..adik aku panggil.." kata Jin.
Jimin berjalan kearah Chung Ha yang berdiri di anak tangga.
"Ya..kenapa...?" tanya Jimin.
Chung Ha menghulurkan tuala yang sederhana besar.
Jimin pelik.
"Kenapa bagi tuala ni..?"
"Lap rambut tu..." kata Chung Ha dan mencampakan tuala kearah Jimin.
Jimin menyambut.
Laju Chung Ha naik tangga menuju kebilik.
Jimin meletakkan tuala diatas kepalanya dan berjalan kemeja semula.
Jin memandang Jimin yang bertuala.
"Mana kau dapat tuala tu..?" tanya Jin.
"Adik kau bagi.." kata Jimin.
Mahu tak tersembur air didalam mulut.
"Chung Ha bagi..? amboi..korang ada apa apa ke ni..?" usik Jin.
"Mana ada..." Jimin duduk diatas kerusi.
"Mencurigakan..." kata Jin.
Chung Ha memeluk teddy bear miliknya.
Memikirkan kejadian tadi.
Pertama kali dipeluk lelaki asing.Kalau Jin dah biasa..ni lelaki yang tidak dikenali latar belakangnya.
Tapi hangatnya pelukannya.
Chung Ha menggelengkan kepalanya beberapa kali.
"Jangan Chung Ha..dia cuma bodyguard kau je..." kata Chung Ha.
Pintu bilik diketuk beberapa kali.
"Masuk..." Jimin menjengah.
Chung Ha terkejut namun cuba untuk cover reaksi wajahnya.
"Jin bagi.." kata Jimin dan menghulurkan segelas susu suam.
Malas pula nak bangun.
"Letak kat meja belakang tu.." arah Chung Ha.Jimin memanjangkan tangannya lalu meletakkan susu diatas meja itu.
Chung Ha memandang lengan Jimin.
"Pakai pun plaster tu.." kata Chung Ha dalam hati.
"Boleh ke kau ikut Chung Ha hari ni..? Aku nampak kau macam tak sihat je.." kata Jin.
"Tak apa..aku okay.." kata Jimin.
"Kalau ada apa apa call aku.." pesan Jin.
Chung Ha berjalan bersama Somi.Mereka diawasi oleh Jimin dari jauh.
"Somi aku nak pergi tandas kejap...teman aku.." kata Chung Ha.
Somi mengikut Chung Ha masuk kedalam tandas.
"Tunggu sini.." kata Chung Ha.
Jimin tunggu diluar tandas sambil matanya memandang sekeliling.Somi keluar dari tandas.
"Chung Ha mana..?" tanya Jimin.
"Ada kat dalam.." jawab Somi.
Hampir 10 minit Jimin dan Somi menunggu tapi Chung Ha masih tak keluar dari tandas.
"Saya check Chung Ha kat dalam.." kata Somi.Jimin memandang Somi yang masuk kedalam tandas.
Selang beberapa minit Somi keluar.Muka Somi panik.
"Jimin..Chung Ha kat dalam..." Jimin meluru masuk.Terkejut.
Pisau berada dileher Chung Ha.Chung Ha sudah mula mengalirkan air mata.
Jimin cuba mendekati Chung Ha.
"Jangan dekat..." jerit lelaki yang bertopeng hitam.
"Macam mana ni.." Somi mula gelisah dan takut.
"Lepaslah.." jerit Chung Ha dan mula bergelut dengan lelaki bertopeng hitam itu.
"Aku cakap jangan gerak.."
Melihat lelaki itu terleka..Jimin menarik tangan lelaki itu.
Lelaki itu terkejut.Pisau jatuh dari tangannya.
Kaki Jimin menendang pisau itu ketepi.
Lengan lelaki itu dipusing kebelakang.
"Lepaslah.."
Somi membawa Chung Ha keluar.
"Panggil pengawal keselamatan kat situ.." kata Chung Ha.
Somi meninggalkan Chung Ha lalu memanggil pengawal keselamatan berhampiran.
"Terima kasih Jimin..kau selamatkan nyawa adik aku.." kata Jin.
"Sama sama..." kata Jimin.
"Kau tahu tak siapa yang buat semua ni..?" tanya Jin.
"Tak...dia cuma cakap ada orang yng upah dia.." kata Jimin.
"Siapa yang upah..?"
Jimin menggelengkan kepalanya.
Share this novel