Rate

Bab 1

Romance Series 2254

"Wei, esok kau ada cadang nak kemana-mana, tak?" Tiara menjawab dengan spontan 'tiada' kerana dia sudah set mind pada minda dan esok untuk merehatkan diri, selepas penat berkerja selama seminggu ni. "Baguslah, kalau begitu temankan aku esok untuk bertemu seseorang ini". " Siapakah gerangan itu?" Tiara senyum sinis kepada Permata sedang malu itu.

"Adalah, mana boleh beritahu rahsia aku tetapi esok kau teman lah your best friend, please?" Permata membuat muka manja berharap Tiara bersetuju untuk menemani dia pada hari esok.

"Okey, Aku teman kau tetapi ada satu syarat" Permata terus setuju tanpa memikirkan apa yang mahu dipintakan oleh Tiara dan dia harus fokus pada ucapan Tiara supaya tidak ada salah faham antara satu sama lain. " Sepanjang aku keluar dengan kau pada hari esok, kau kenalah belanja aku, boleh tak? Itu je syarat pada esok" Tiara tersenyum lebar setelah Permata menerima syarat yang telah ditetapkan. "Okey, esok di mana kita mahu bertemu mereka?".

"Tempat kita selalu lepak bersama? Agak2 kat mana?" Tiara berfikir lalu menjawab dalam bahasa lain. " That place, we're not spend time one place at one time. We always going everyplace we like, but we're always spend time at shopping mall. My answer is shopping mall, right?". " Of course, tomorrow we're go shopping Okey?" Tiara Dan Permata gelak dengan cara percakapan mereka yang tiba-tiba jadi diva sekejap.

" Tapi esok, aku hantar kamu ke tempat shopping dulu tau? Aku kena hantar dokumen yang dijanjikan dengan pengurus atasan,boleh?" Tiara mengangguk lalu berkata tanpa berfikir panjang " lepas hantar borang tu, jangan nak selok-belok ke tempat lain dan jangan lama sangat, tau?" Permata setuju terus.


Esok di pasar raya besar Mall, dimana cik permata kita ni masih atas kasur ke?Hantar aku pukul 9 dan sekarang sudah pukul 10 sudah sejam aku berada disini dan berdiri di pintu masuk pasar raya besar ni lebih baik aku jadi pengawal kat sini bawa pistol huyung-hayang sana sekejap mungkin dapat gaji ganti pengawal.

Ah, lebih baik aku fikirkan perut aku yang sudah memainkan lagu rock yang tahap kritikal sangat ni, terlintas fikiran pulak nk makan donut sementara menunggu Cik Permata ni.

Dalam kelam-kabut aku boleh pulak terlanggar sisi badan lelaki tanpa melihat wajahnya, lalu aku terus meminta maaf kepada dia tetapi dalam masa yang sama lelaki itu berhenti dan meminta maaf kepada aku jugak. "Maaf, ini salah saya sebenarnya" aku mencuri tengok wajahnya walaupun sekejap. "Baiklah" lelaki itu menjawab dengan sopan. Wah, muka hensem! Ini salah aku bukan salah dia harap faham. Selepas meminta maaf kepada lelaki itu, Tiara terus beredar dan berjalan ke kedai Big Apple's. "Woi Zarif termenungkan apa tu?" Nada yang tinggi telah mengejutkan dia daripada termenung jauh.

"Takpelah aku berdiri tegak selama setengah jam lebih disini daripada aku masih dibuai mimpi indah di atas katil, pukul berapa nk sampai ye, Cik Firdaus?" Firdaus mencebik sekejap lalu berkata " Kata-kata kau boleh tahan ye, cuba terus- terang kau nk mengata aku, kan? Maaf lah memang salah aku sebab salah makan semalam. Sekarang sakit perut pun dah lepas, lega rasanye" Zarif tergelak kecil dan teringat sesuatu. "Kau jangan termenung lagi, cepat call dia" Firdaus terus bertindak dengan membuat panggilan seseorang itu. "Hello, Assalamualaikum awak ada kat mana sekarang ni?" Jantung Firdaus berdegup kencang.

"Saya ada di parking kereta ni". "Nak saya jemput awak tak?". Zarif sengih kepada Firdaus. "Boleh jugak, awak maaf tau saya kena tutup panggilan dulu kawan saya call ni. Maaf ye" Firdaus faham. "Sokey, angkatlah panggilan kawan awak tu mesti kawan yang nk teman awak kan?". "Yep, ok bye. Assalammuailaikum". "Waalaikumussalam" Firdaus memandang muka Zarif yang berkerut dahi. "Cop! Bukan panggil biy sayang?" Senyum Zariff. "Err, hihihi. Zarif, aku kena jemput dia kat parking kereta. Kau tunggu aku dekat Big Apple's sana tau" Firdaus terus beredar.

Firdaus...Fridaus... terlalu gementar untuk hari ini dan terlalu bersemangat, berusaha lah ye! Aku kena kesana apa yang dia katakan tadi dan maksudnya aku akan bertemu semula dengan gadis tadi lalu dia memikirkan sebelum masuk ke kedai. Di Big Apple's, Tiara sedang duduk di meja sambil mengunyah donut yang sedap dan membuat panggilan seseorang. "Hello Assalamualaikum Tiara, kau kat mana?". "Waalaikumussalam, aku ada di kedai Big Apple's sambil melahap donut yang enak ni". "Kau memang sengaja kenakan aku ke? Maaf lah tadi aku terkandas dalam sesak tadi maklumlah aku ikut laluan orang pergi kerja tak terfikir pun akibat lalu tadi. Maafkan aku sekali sebab tak angkat panggilan kau tadi sebab silent moodkan telefon aku ni. Maaf sangat-sangat tau". "Panjangnya kau berkata, aku cuma nak tau kau hidup je bukan perkara ni. Cepatlah datang, aku tak selesa kat sini sorang2" Tiara merasa dirinya seperti sedang diperhatikan oleh orang luar. "Okey² aku datang sekarang nk, bye" Permata terus putuskan panggilan antara Tiara dan Permata.

Tiara terus mengunyah perlahan donut itu sambil menikmati tanpa disedari dirinya sedang diperhatikan dari jauh. Dalam berapa minit, Tiara yang asyik melayan donut dia sehingga tidak sedar sahabatnya sudah berdiri disampingnya. "Amboi, berselera sungguh dia ni baru bermula bukan pertengahan" Tiara menoleh pandangan ke sisi bahu kanannya terlihat Permata terlalu anggun pada hari ini, oh maklum lah nk bertemu seseorang, apakah orang itu adalah istimewa??" Tersedak Tiara terus tanpa berfikir. "Tiara...Tiara..."Permata memberi air mineral di tangannya sendiri kepada Tiara yang tersedak lalu Permata mengambil tisu untuk mengelap mulut Tiara sedikit comot pada bibirnya.

"Haih Tiara, kalau tak comot bukan Tiara lah, stay comot daripada dulu" geleng kepala Permata sambil mengelap mulut Tiara malah Si Tiara tersenyum sahaja nasib tudungnya tidak comot sekali kerana Tiara memakai tudung kelabu cerah. "Tiara sudah habis makan ke?". "Ni ada separuh donut lagi ni tapi aku makan cubit2 je nak tak?" Permata angguk lalu duduk dihadapannya lalu Tiara menyuap makanan itu ke mulut Permata lalu dikunyah secara perlahan. "Permata, dimana orang yang mahu kamu bertemu?" Permata menundi jari telunjuknya kepada jejaka yang memakai jaket biasa berwarna hijau gelap, seluar jean berwarna biru hitam dan memakai cap berhuruf F.

"Yang sedang berdiri tu? Wah hensem, is that your friend or your boyfriend? Say something" Tiara senyum sinis, apakah benar tekaan ku? Bahawa si Permata ni bercinta dengan jejaka itu. "Yes, is my boyfriend" Tiara terkejut dengan kata-kata Permata. "Wah, is so amazing, tahniah!" Gelak kecil Tiara sebab kawan yang jarang bercerita tentang lelaki tiba-tiba boleh kapel. Fuh, sukar dipercayai tapi aku tetap sokong kawan aku jugak. "Don't worry, I just glad for you because you couple with someone without notice to me...But I support you" hanya senyuman Tiara dapat melepaskan segala kerisauan yang terbuku dalam hati. "Mari bertemu dengan dia, perkenalkan aku ye?" Permata tersenyum lalu berkata "Dia pun mahu memperkenalkan seorang kawan dia jugak kepada kamu, harap dapat 'berkawan' dengan baik ye" hairan Tiara lalu kami mendekati mereka disana.

"Hai!" Terkejut Firdaus. "Hai" gagap Firdaus berkata. "Hai, ini kawan saya Tiara. Ini Firdaus, Tiara. Dia ni seorang pemalu sikit". Semasa Permata memperkenalkan aku kepada mereka, anak mata aku ni menghadap muka sorang mamat seperti kukenal sahaja. Sekejap, bukankah dia laki yang aku langgar tadi ke?? Tak mungkin aku langgar kawan si Fridaus ni?! "Aku Zarif, salam perkenalan, Tiara" Zarif tersenyum manis kepada Tiara, Tiara terus tunduk kepala sedikit manakala Zarif menoleh ke kanan sedikit selepas berkata begitu. " Err, jomlah kita pergi jalan-jalan takkan kita nak duduk sini je" Firdaus berkelakuan seperti biasa tanpa menunjukkan sedikit keraguan di mukanya malangnya, sahabatnya sendiri pun sudah kenal dia sangat cukup. "Betul kata-kata awak tu" Permata tersenyum kepada Firdaus malah Firdaus malu. Apa lah mana kamu punya gentle, Firdaus? Semalam, sembang aku bukan main berani kau. Sekarang aku tengok kau dah macam pokok semalu pulak.

Mereka berjalan ke setiap kedai yang buka untuk membeli barang, borong ni perempuan je suka. Aduh, kuat membazir betul si Permata ni. Nyaris aku bukan jenis beli belah, maklumlah Firdaus jenis suka berbelanja orang lain bukan untuk diri dia sahaja. Tiara asyik mendiamkan diri sahaja dan tidak mahu membeli barang sedikit pun kerana keperluannya sudah cukup untuk dirinya, hanya menemani Permata dan tersenyum, cukup senang bagi Tiara.

"Ermmm Tiara, kamu tak nak beli apa2 ke?" Zarif yang sudah lama perhati Tiara dapat bercakap jua dengannya setelah Permata dan Firdaus jauh dari mereka berdua. "Err, saya tak nak beli barang untuk hari ini sebab semua keperluan saya sudah lengkap" gagap Tiara berkata, mengapa dia tanya pada waktu Permata tiada?! Kaki Tiara sudah lenguh mahu duduk tapi mereka masih jalan lagi.

Pada waktu itu juga, aku nampak kerusi tidak jauh dari aku berdiri, berjalan dengan perlahan-lahan dan terus melabuhkan diri di kerusi itu tetapi mereka tetap tidak sedar kehadiran Tiara, walaupun Tiara sudah meninggalkan mereka berdua bersama tetapi mengapa rasa kosong kepada mereka berdua, ye? Tiara menyebut satu per satu nama dan teringat lagi seorang iaitu Zarif, aik dimana dia pergi? Bukankah dia dibelakang aku tadi tetapi kemana dia pergi??
Tiara duduk di kerusi dan mengelamun sekejap terlalu penat berjalan di tempat yang besar seperti ini. Tiba-tiba di sudut mata Tiara terlihat sosok badan yang tidak berapa kenal sedang berdiri dihadapannya sambil menghulurkan sesuatu kepadanya lalu Tiara mengangkat mukanya kearah orang itu.

"Zarif?" Hairan Tiara lalu matanya melihat tangan Zarif memegang kon aiskrim coklat yang dibelinya. "Ambillah, kamu mesti penat kan? Legakan kerongkong kamu itu dengan makanan sejuk" sopan Zarif berkata sambil memberi kepada Tiara dan Zarif terus duduk di sebelah Tiara sejarak 1 meter. Tiara mencuri pandang muka Zarif sedang makan aiskrim itu. "Ermmm, kamu duduk serumah dengan Permata ke?". " Ye, setelah tamat belajar di UiTM". "Kos apa yang kamu ambik?". Tiara dan Zarif rancak berbual sehingga sebuah panggilan telefon Zarif bergetar dan dia terus menjawab panggilan itu selama beberapa minit, dia meninggalkan aku tidak jauh dari pandangan aku sendiri dan dia kembali semula.

"Tiara, mereka berdua sedang menunggu kita di restoran di tingkat bawah. Mari kita kesana. Apa kaki kamu sudah baik?" Terlalu perhatian. Tiara mengangguk dan mereka berdua berjalan seiring. Di restoran, mereka makan dengan enak sekali ada orang belanja boleh lah kata sedap. "Ehh, kamu berdua kemana? Aku sangka kamu berdua sudah sesat maklumlah tempat ni besar seperti hutan tebal" gelak kecil Permata setelah mendengar Si Firdaus mengejek mereka berdua sedang menikmati makanan tu.

Tiara terus tersedak lalu Zarif menghulurkan air dia kepada Tiara yang hilang kawalan.

"Ikut pengetahuan Firdaus, aku akui aku memang jarang kesini tetapi walau bagaimanapun aku tersesat kat mana2 tempat pun mesti ada jalan keluar kecualilah engkau, bila dah sesat asyik telefon aku je" Zarif mengejek Firdaus semula, Firdaus memuncungkan mulutnya.
Permata menggeleng kepala melihat kerenah mereka, pertama kali bertemu rakan Firdaus, Zarif. Seperti sudah cukup kenal perangai mereka termasuk Tiara sudah terbiasa dengan Zarif, apa terjadi kepada mereka berdua sebenarnya.
"Selepas ini, kita mahu kemana?"
" Aku rancang kita semua pergi ke taman untuk melakukan aktiviti bersama, ada sesiapa nak buat bantahan?"

Firdaus berharap cadangan diberikan mendapat sambutan dengan baik. " Untuk bergembira dan membuat kenangan, mungkin takde masalah" sokong Tiara sambil mengacau air minuman coklatnya. Senang hati Firdaus mendengar sokongan dari Tiara tetapi hati yang tersentuh apabila Permata berkata "Bersama bermaksud berempat, tapi apa aktiviti awak nak buat?" Firdaus menyepi.

" Saya ada dengar di taman terdekat membuat anjuran yang menarik tak silap saya lah semalam baru mula acara tu" Zarif cuba memberi cadangan juga. "Pesta di taman ada anjuran mungkin saya ada dengar tentang tu." Permata masih memikirkan sesuatu.

"Lebih baik kita terus kesana sahaja"

"Betul juga, mari kita pergi!" Firdaus menyokong terus kata-kata Zarif daripada mendiamkan diri begitu lama. Zarif senyum sahaja.

Mereka masing-masing masuk kereta sendiri kecuali Firdaus dan Tiara menumpang kereta kawan mereka. "Tiara, aku lihat kamu seperti sudah terbiasa dengan Zarif, apa berlaku diantara kamu berdua ni?". "Oh, aku dan Zarif hanya berbual memperkenalkan diri dengan lebih dekat. Itu sahaja". "Tapi kamu berdua terlalu mesra dan satu lagi pengetahuan untuk kau, Zarif ini jarang mesra dengan orang lain selain kawan dia sendiri. Jarang berbual mesra dengan perempuan".

" Oh, Aku tidak tahu pun tentang itu". "Mesti ramai perempuan cemburu dekat kau, percaya cakap aku" Tiara ingin memastikan sesuatu. "Maksud kau, kau cemburu aku berkawan dengan Zarif lah ni?" Permata mendiamkan diri sekejap lalu berkata " Ya, memang aku cemburu dekat kau sangat tetapi Firdaus ada dengan aku sudah cukup boleh pujuk aku, itu cukup hebat lah" Tiara ketawa bersungguh dalam kereta bersama Permata.

40 minit berlalu, mereka berkumpul semula di taman. "Betul kata Zarif ada pesta kat sini. Firdaus, mari kita kesana" Firdaus akur dengan kata-kata Permata manakala Tiara tergelak kecil dengan tingkah laku Permata tidak pernah menyembunyikan perangai sebenar dia. "Tiara, awak tidak mahu menikmati sekali ke?" Pertanyaan Zarif membuatkan diri tercanggung sebentar lalu menyusun kata-kata semula.

"Saya hanya nikmati dengan senyuman Permata, itu sudah cukup bagi saya"

"Kamu sokong cinta Permata sungguh hebat dapat kawan seperti awak, Tiara."
"Terima kasih, Zarif. Cuba menghiburkan saya"
"Saya mahu awak senang berkawan dengan saya dan saya dengar cerita tentang awak seorang pemalu dan sukar untuk bergaul dengan orang luar dari mulut Permata"

Tiara terkedu sekejap lalu terus berkata "Betul, saya memang sukar untuk bergaul dengan orang lain malah orang asing lagilah susah. Tetapi awak berlainan tidak seperti orang yang saya jumpa dimana-mana sahaja" Zarif malu mendengar kata-kata Tiara yang bersungguh.

"Malah saya cukup senang berkawan dengan awak. Saya cakap jujur ni takde niat nak tipu awak" Zarif senyum sampai ke telinga. "Awak terlebih puji saya ni" Kedip-kedip mata Tiara dan otaknya terus blur. "Ermmm, saya hanya bercakap benar" Zarif menelengkup tapak tangan di mulut dirinya memang malu sangat ni.

"Awak nk makan aiskrim tak, saya belanja" Tiara mengangguk tanpa berfikir panjang. Zarif dan Tiara terus bergerak ke lori jual aiskrim.
"Lihat, Tiara dan Zarif terlalu dekat walaupun mereka baru bertemu hari ini"
"Permata, awak terlalu sayang kepada rakan sampai lupa saya"
"Mengada sungguh awak ni, awak mesti sudah tahu bahawa saya ni hanya ada seorang sahaja sahabat jadi saya nak dia hidup sempurna"
"Ye, kasih sayang awak terbahagi dua sekarang, nanti kita dah kahwin. Saya wajibkan kasih sayang awak sepenuhnya kepada saya seorang sahaja, ye sayang?"

Permata cepat-cepat menyumbat lubang terlinga dengan earphone sebelum Firdaus mengatakan ayat geli walaupun akan jadi benar. "Awak ni mesti tak dengar sebab awak dah sumbat earphone kat telinga awak tu, kalau tidak mesti awak dah buat lakonan muntah" Firdaus mengetap giginya sebab bengang kepada Permata manakala Permata buat tak dengar sahaja. "Sekarang boleh lah buat perangai camtu nanti siap saya kerjakan awak" sengih Permata sambil mencabut earphone di telinga lalu beralih pandangan Permata ke tasik.

"Awak, jom kita kesana. Awak, jangan merajuk sebab saya buat-buat tak dengar tadi walaupun awak nk kahwin sangat tapi simpan kata-kata pada waktu yang tepat bukan sekarang tau" Permata berjalan dahulu ke kawasan tasik seterusnya Firdaus mengikut langkah Permata dari belakang.

"Mereka berdua kalau berbual biarlah bertempat tidak seharusnya di belakang pokok sana sambil mengintip kita berdua. Mereka berdua perangai seperti kekanak-kanakkan lagi" Tiara menyokong ejekan Zarif kepada mereka berdua. "Maaflah perangai Permata masih seperti itu" Zarif geleng kepala lalu berkata " Sebelum saya berjumpa dengan awak, saya cukup tahu tentang perangai mereka berdua" Tiara mengangguk menandakan faham.

"Sekarang ni, kamu kerja dimana?"
"Saya... bekerja di kedai Tea And Bread.
"Kedai roti dan kek disitu selalu jadi lepak Permata dan Firdaus" Mereka berdua?! Camna aku tak tahu pulak tentang ini walaupun aku selalu jaga kaunter.
"Jarang saya nampak mereka berdua lepak kat situ??"
"Oh, mereka berdua suka masuk seperti pencuri" Seperti pencuri untuk masuk ke kedai selalu itu perangai Permata mengintip dari luar bila ajak lunch sekali, maklumlah aku dan Permata bekerja di lain tempat tetapi berdekatan. Permata bekerja di sebuah syarikat Z memegang jawatan sebagai ketua pemasaran, berkerjaya tinggi. Bermaksud mereka selalu ke kedai aku ketika aku berkerja di ruang belakang, kurang pedas betul mereka berdua ni! Sabar jelah dengan kelakuan mereka.

"Kebudak-budakan betul!" Tiara marah dalam keadaan mengejek mereka berdua. Zarif ketawa terbahak-bahak bila Tiara berkata begitu. Tiara jadi hairan. "Awak nampak comel bila marah, betullah Permata katakan rasa nak cubit je pipi tu" Zarif ketawa yang masih bersisa.

"Mana ada comel! Hmm!"
"Betullah, nanti awak balik rumah dan menghadap cermin besar buat muka marah mesti comel"
" Tak comel lah"
" Ye "
Sebenarnya Zarif yang nampak comel bila ketawa seperti tu mudah cair bila orang lain tengok, aik apa ni perasaan 'suka' tak mungkin lah. Baru jumpa dah jatuh hati, mana wujud cerita camtu.

"Mari kita berjalan ditepi tasik untuk tenangkan fikiran" Zarif memberikan laluan kepada Tiara untuk berjalan dahulu.

"Awak pulak kerja apa?"
" Saya kerja tukang kutip sampah kat tepi jalan" Zarif terus gelak.
"Ala, jangan main-main saya serius ni"
" Kalau saya bekerja seperti tu, agak-agak kamu percaya tidak?"
" 40% sahaja percaya itu sebab saya tidak cukup mengenali awak lagi dengan baik"
" Kalau begitu, esok lunch nanti saya jemput awak makan di sebuah restoran kesukaan saya, nak tak?"
"Okey"

Malam tu, Tiara seorang sahaja menonton televisyen kerana Permata sangat sibuk dengan projek yang bakal dihantar kepada pengurus atasan pada 2 hari lagi. Mesti susahkan pekerjaan macam ini. Tiara yang sedang menghadap Permata sambil mendengar Tip Tap Tip Tap bunyi papan kunci asyik ditaip tak berhenti-henti amat membosankan bagi Tiara.

Itulah sebab Tiara dilanda kebosanan tanpa kawan gurauannye kadangkala Permata akan turun untuk menghiburkan Tiara diruang tamu atau ruang dapur ketika Tiara sedang masak. Tetapi makanan malam hari ini dibeli di kedai sahaja dan dimakan pada jam 8 malam tadi. Hanya kedengaran Tik Tok Tik Tok jarum jam berdetik setiap saat tanpa henti dan jarum jam menandakan jam 9 tepat.

Tiara berjalan ke ruang biliknya lalu terus merebahkan badannya kerana terlalu penat untuk hari ini asyik berjalan sahaja. Terdapat bunyi deringan dari telefon Samsung Tiara lekas mengambil dan membalas chat Whatsapp dari Zarif. Sebelum pulang ke rumah tadi, masing-masing memberi nombor telefon untuk berhubung.

Zarif: Assalamualaikum awak, buat apa tu? Tido ke? Maaf mengganggu awak malam-malam ni.
Tiara: Waalaikumussalam, tak tido lagi. Tengah baring atas katil ni.
Zarif: Oh, awak saya dah janji dengan awak tadi jadi esok saya akan jemput awak dari kedai.
Tiara: Baiklah, saya akan tunggu awak di kedai saya.
Zarif: Baguslah, jangan awak menghilang pulak bila saya jemput awak, pening kepala saya (^-^)
Tiara: Hihihi, takkan saya nk lari dari awak pulak, dah ada orang ajak lunch sekali takkan nak tolak mentah-mentah ('-')
Zarif: Hahahaha, betul jugak kecuali saya culik awak, baru awak lari tau.
Tiara( ketawa sungguh): Okeylah awak, saya dah penat gelak sebab chat Ngan awak ni. Kalau sembang dengan awak mesti ada je lawak terselit tu(^_^)
Zarif : Hahahaha
Tiara: Okey lah awak, saya nk tidur ni kalau melayan kerenah awak ni sampai esoklah tak habisnye.
Zariff:okey-okey, awak pun dah tahu perangai saya sedikit jadi esok awak pasang telinga besar2 tau masih ada lawak lagi untuk awak ni. Okeylah lah rehat-rehatkan badan tu jangan sampai sakit, bye assalamualaikum.
Tiara: Masih ada lagi! Okey lah Waalaikumussalam.
Zariff: Hihihi...

Tiara terus melemparkan telefon sebelah kanan sejarak 2 meter dari dia baring sambil mengingatkan kenangan tadi begitu indah bersama mereka. Tiba-tiba terdengar deringan dari mesej, Tiara mengambil lalu membaca chat tersebut dengan senang hati.

Zariff: Selamat malam, awak

Tiara tersengih seorang diri selepas dia mematikan skrin telefon. Dia terus selubung dirinya dengan selimut kesayangan dia dalam masa yang sekejap dia sudah dibuai mimpi yang indah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience