Rate

Bab 2

Romance Series 2254

Di ruang pejabat Permata, meja Permata terlalu semak dipenuhi dengan fail-fail tebal. Minda dia kusut sehinggakan dia sedar ada orang mengetuk pintu biliknya lalu dia berkelakuan normal.

"Masuk" orang dari luar dijemput masuk ke ruang bilik Permata dengan membawa sebuah file.
" Ada apa cik Farah kesini?". " Saya datang kesini hanya ingin memberitahu perkara hari ini, kita ada mesyuarat dalam jam 11 pagi dengan klien dari Syarikat M " Mata Farah hanya memandang helaian kertas bertulis itu.

"Hampir dengan waktu lunch? Apa kita boleh tunda mesyuarat itu pada waktu yang lain?" Permata mengesat dahi dengan 2 jarinya. " Mereka mempunyai sebab mengapa mereka menetapkan waktu itu kerana pada waktu ini amat lengang tiada masalah untuk bertemu. Dan satu lagi pemberitahuan, pertemuan kita restoran Seafood berdekatan dengan syarikat kita" Permata mengangguk lalu memandang telefon miliknya.

"Ada apa lagi nak disampaikan, cik Farah?". " Tiada, cik Permata". "Kalau begitu, awak boleh keluar dan sampaikan jugak kepada setiausaha saya, cik Dahlia dan jugak rakannya, Cik Umi untuk bersama saya ketika mesyuarat itu berlangsung nanti". "Baiklah, cik Permata" Farah beredar dari bilik Permata dengan sopan dan ayu.

Permata terus menghantar pesanan ke Tiara melalui Whatsapp. Di kedai Tea And Bread, Tiara dilanda kebosanan di meja kaunter kerana tiada seorang pelanggan pada waktu begini. Tiba-tiba bunyi mesej dari telefon miliknya dan dia membaca mesej dari Permata.

Permata: Assalamualaikum Tiara, lunch nanti aku takda tau, sebab aku ada mesyuarat kat restoran Seafood. Aku baru cadang nk bawak kau kat kedai tu tapi maaf lah.
Tiara (kecewa): Ala, sapa nk teman aku lunch ni.
Permata (yakin diri): Untuk hari ini je sebab mesyuarat kali ini tak dapat dielakkan untuk mendapatkan sokongan dari mereka, kenalah ikut jugak
Tiara (masih kecewa lagi dan memikirkan): Takpelah, nanti aku fikirkan camna aku nk lunch keseorangan ni
Permata (terasa dan sedih): Aku gantikan malam ni kita makan kat luar tempat yang kau suka, aku belanja camna Okey?
Tiara(senang hati dan rasa tak sabar): Okey, Janji ya!
Permata (senang hati): Aku janji, jangan risau.

Tiara senang hati bila kawan pandai memujuk dirinya tetapi dia masih dilanda ribut di hatinya hanya kerana memikirkan lunch sekejap lagi. Jam sekarang 11.55 pagi, sapa nk teman aku makan ni?! Buntu sudah minda aku ni. Tiara termenung sehingga tidak sedar sudah masuk jam 12 tengah hari. " Tiara, kamu puasa ke?" Terkejut Tiara daripada termenung lama. "Daniel, kamu ni...suka sangat terperanjat aku je" Tiara mengurut dadanya yang sedikit terperanjat tadi.

"Kamu nak lunch tak?" Tiara tiba-tiba teringat sesuatu tetapi ingatan dia masih kabur. " Lunch? Aku rasa macam sudah berjanji dengan orang lain tetapi aku sendiri tak ingat sapa orang yang aku janjikan" Daniel membuat muka terkejut dengan Tiara. "Takkan kau tak ingat nama kawan sendiri Permata" Tiara mengelejat tiba-tiba ia menambah hairan buat Daniel. "Sapa lagi selain dari Permata kawan kamu sendiri" Daniel sudah pening kalau Tiara terus bergini. "Entahlah tapi aku rasa aku kena tunggu disini sampai orang itu jemput aku lunch sekali" Tiara jenuh sehinggalah otaknya kering nak berfikir.

Pintu masuk kedai itu berbunyi loceng yang digantung pada sudut bucu pintu atas menandakan ada orang masuk ke dalam ruang kedai mereka. Lelaki itu tersenyum sahaja dan ketawa kecil. "Betul kata Permata, dia kuat terlupa selepas ini terpaksalah bagi banyak peringatan kepada Tiara" Tiara yang menghadap muka Daniel terus menoleh ke hadapan kerana dia amat mengenali suara itu. "Zarif??". "Ye saya yang ajak awak lunch semalam. Jomlah!". "Maaf Zarif! Kejap, saya nak ambik beg dulu". "Saya tunggu". Daniel berjalan ke tempat berdiri Zarif dengan perasaan bingung.

"Siapa kamu? Aku tak pernah nampak muka kamu jemput Tiara lunch sebelum ni hanya kawan dia sahaja, Permata sering menjemput Tiara untuk lunch bersama." Zarif bertambah senyum apabila mendengar kata-kata Daniel. "Permata? Aku cukup kenal Permata itu tetapi pada kali ini aku pulak ajak Tiara lunch dan Tiara milik aku" Zarif tersengih jahat. Tiara berjalan disamping Zarif ke parking kereta Zarif. Daniel tidak puas hati dengan kata-kata Zarif tadi sehingga dia menggenggam jari-jemari dengan erat.

"Maafkan saya mengenai tadi, saya betul-betul terlupa dengan janji kita hari ini sehingga lah awak sampai ke kedai saya, baru saya teringat." Zarif hanya tersengih. "Tak mengapa, nyarislah saya yang jemput awak awal tadi kalau tidak mesti awak ikut laki tu". " Oh, itu Daniel. Dia selalu ambik berat tentang saya" Zarif sengih. " Awak suka dia ke?" Tiara terkejut dengan kata-kata Zarif dan membalas cepat " Tak, saya anggap dia tu memang kawan daripada dulu sejak saya kerja sini" Zarif gelak terbahak-bahak dan dia mula memandu kereta itu ke arah destinasi mereka manakala Tiara mencebik sekejap.

"Awak lepas ni ingat tau janji orang, mungkin orang lain fikir awak suka mungkir janji padahal awak terlupa dan jugak bernasib baik dapat berkawan dengan saya jenis santai ni. Selamat awak kali ini. Selepas ini, awak kena buat nota dalam telefon atau buku kecil untuk buat sedikit catatan agar tidak terlupa sedikit pun" oh puji diri rupanya ingat nk marah dekat aku ni dan terima kasih atas ketulusan awak, Zarif. " Tiara, saya nk bawa awak kat restoran Seafood tetapi tadi si Daniel bagitahu saya, awak akan lunch dengan Permata selalunya dan hari ini awak lunch dengan saya, apa kamu sudah bagitau kawan awak tak?"

" Dia sibuk dengan kerja dia dan kemungkinan dia takda masa nak menghadap telefon dia tetapi saya faham" Tiara hanya melirik senyuman kecil sahaja kerana Permata berjanji dengan dia untuk makan malam bersama diluar pada malam ini " Tiara, kalau awak ada perkara yang dipendamkan di dalam hati awak tu luahkan jelah kat saya. Saya sudah bersedia mendengar dan memberi nasihat jika kamu memerlukan". "Terima kasih kerana ambil berat tentang saya tetapi saya ok sekarang ini sebab Permata ada janji dengan saya sebagai ganti lunch ni dengan makan malam diluar malam ini" Zarif teringat sesuatu.

"Makan malam di luar? Bermakna kita akan bertemu lagilah malam ni" Tiara hairan sekejap, mengapa? "Makan malam hari ini adalah dating mereka berdua" alamak, nanti aku ganggu mereka berdua. Muka kecewa Tiara terus terpapar di wajahnya sehingga Zarif sedar dengan wajah Tiara itu. " Oh begitu, malam ni saya duduk di rumah jelah tak nak ganggu mereka dating" Zarif mendengar suara Tiara yang sayu. "Awak boleh je makan malam diluar tetapi bukan dengan mereka tetapi dengan saya. Saya teman si Firdaus keluar tetapi saya tetap keseorangan jadinya awak teman saya pulak ye" Tiara mengangkat wajahnya dengan gembira. "Ok!" Zarif tersenyum melihat nada suara Tiara sudah berubah gembira.

Sampai di restoran Seafood, semasa mereka mencari tempat, Tiara ternampak Permata dengan beberapa orang di meja bulat lalu dia teringat akan mesej Permata tadi, dia mahu bertemu dengan klien untuk dapatkan sokongan dari mereka. Mereka duduk dan memesan makanan kepada seorang pelayan. Sambil menunggu makanan tiba di meja mereka, " Zarif, tadi saya ternampak Permata di meja bulat sana bersama beberapa orang" Zarif menjawab dengan baik. "Mungkin dia jumpa klien dia kot". "Permata bagitahu saya, klien dia dari syarikat M." "Oh, boleh tahan syarikat tu". "Saya tak tahu sangat tentang kerja seperti Permata". " Saya faham " Zarif mengambil hati Tiara sedikit.

" Awak ada janji dengan saya tentang kerja awak" Zarif tersengih sahaja. "Hahaha, itu ingat pulak. Saya bekerja sebagai pengurus". "Pengurus apa? Banyak jawatan disitu" Tiara ingin mengetahui sangat tentang itu kerana pakaian Zarif bukan biasa seperti dirinya. "Pengurus di dalam hati awak" Zarif tergelak kecil setelah dia buat ayat pickup line kepada Tiara. Apa ni?! Bagi ayat cia cia cia ni, aduh boleh tercair hatiku dengan muka comel dia tu. Makanan yang dipesan sudah sampai di meja makan mereka berdua tepat pada waktunya.

Selepas makan, Zarif bawa Tiara pergi ke pasar raya Tesco dan parking dalam kawasan Tesco. "Awak, kenapa kita kesini?". " Awak mesti nk beli barang rumah, kan? Jadi biar saya teman" Tiara hairan, bagaimana dia tahu aku mahu beli barang rumah ni sedangkan aku hanya borak dengan Permata je. "Camna awak tau saya nk beli barang rumah?" Zarif tersenyum lalu menunjukkan telefon miliknya dengan chat antara dia dan Permata tadi tentang barang rumah. Permata menyuruh Zarif teman aku beli barang?!

"Saya ni sepertinya sudah menyusahkan orang lain sahaja". "Tak perlu, sebab saya yang nk teman awak beli barang rumah" Zarif cepat-cepat tengkup mulutnya sendiri. "Tiara, saya pergi ambik troli dulu ye. Awak tunggu di pintu masuk pasar raya." Tiara akur dengan kata-kata Zarif. Mereka masuk ke ruang beli barang dapur rumah di pasar raya lalu Zarif ternampak suatu barang dan dia tergelak kecil setelah dia memanggil Tiara "Tiara, lebih baik awak beli makanan ni jamin tak lupa dah lepas ni" Tiara tengok makanan yang dipegang oleh Zarif ialah kismis" Awak perli saya ke?" Zarif tergelak kecil sedangkan Tiara mencebik.

“Ini persediaan awal" Zarif gelak yang masih bersisa lagi. " Tiara hanya membeli ayam, ikan dan sayur-sayuran sahaja lalu Zarif bertanya “Awak ini je barang awak nk beli?" Tiara mengangguk lalu mereka berjalan ke kaunter bayaran. Zarif mendapat satu panggilan dari telefon dia lalu diangkat secara terburu-buru. Tiara hanya memerhati sahaja, Zarif menjawab panggilan itu dengan jarak 5 meter darinya lalu dia kembali selepas dia menjawab panggilan itu.

“ Awak, saya ada masalah sikit di tempat kerja jadi awak ikut saya kesana sekali, boleh tak?". “Ok, kerja saya pun dah habis lepas lunch tadi" Tiara hanya melihat wajah Zarif “Baguslah selepas bayar kita terus kesana ye" Tiara mengangguk. Lalu mereka terus bergerak ke tempat kerja Zarif. “Berkerja di sebuah syarikat besar?!" Tiara terkejut, adakah ini tempat kerja Zarif? “Awak, jangan malu-malu sebab pakaian awak pakai ni, mereka disini orangnya peramah nanti awak duduk diam di ruang kerja bilik saya" Tiara mengangguk.

Amboi, siap ada bilik kerja sendiri bermakna kerja besar lah ni. Kenapa dia tak terus terang dekat aku je! Mereka naik lift ke tingkat ke-10 lalu mereka masuk ke sebuah bilik kerja yang agak kemas dan rapi. " Ini ruang bilik saya bekerja jadi awak duduk di sofa empuk tu dulu, saya ada kerja nk diselesaikan selepas saya selesaikan kerja nanti saya terus hantar awak ke rumah, saya janji tau. Duduk diam-diam jangan kemana. Kalau ada apa-apa minta dekat Firdaus di meja luar sana. Dia tu orang yang tekun berkerja kalau gajah lalu pun dia tak sedar" Tiara tergelak kecil dalam keadaan sibuk macam mana pun dia tetap nak buat lawak.

"Ye" senang jawapan aku tak payah susah-susah. "Baguslah, saya pergi dulu. Oh, kalau ada orang tanya kenapa kamu duduk di bilik ni, senang je jawapan kamu berikan kepada mereka. Awak girlfriend saya, Okey?" Zarif gelak lalu beredar terus. Tiara terus gelak puas selepas dia pergi, mudah sangat jawapan dia ni nak cari nahas ke dengan orang lain. Tiara mengintai di setiap sudut bilik Zarif dan rak-rak dipenuhi dengan fail kerja syarikat memang kerja besar tetapi kenapa dia nk berkawan dengan aku seperti ini?

Selepas puas mengintai barang-barang milik Zarif, Tiara kembali duduk di sofa empuk, memang betul empuk dan nyaman. Tudung aku dah senget sikit sebab kelam kabut kesini tadi. Tiba-tiba ada seseorang masuk ke ruang bilik Zariff tanpa mengetuk pintu terdahulu, "Lenguhnya bahu aku! Malam nanti nak keluar lagi. Tabah jelah" Firdaus mengatakan secara jelas sehingga Tiara tergelak kecil. Firdaus memandang dimana tempat duduk Tiara berada. "Tiara, sejak bila kamu ke sini?!" Tiara gelak kecil dengan raut muka Firdaus agak-agaknya dia risau apa yang dia cakapkan tadi ke? "Beberapa minit yang lalu, aku dibawakan ke sini oleh Zariff sendiri, dia kata ada hal sebentar jadinya dia menyuruh aku duduk disini sehingga dia menyelesaikan kerjanya kerana dia mahu menghantar aku ke rumah aku dan Permata" Firdaus mengurut dagunya.

"Jarang aku nampak Zariff berkelakuan seperti ini pada mana-mana perempuan sejak aku berkawan dengan Zarif ni". "Apa masalahnya?". "Hmm, tiada masalah pun tetapi maksud aku tadi, dia bersikap dengan kamu cukup istimewa" Tiara hairan. "Seperti?" Tiara ingin mengetahui seperti apa Si Zarif dengan lebih dalam. "Zarif ini jarang berbual mesra dengan perempuan kecuali klien dia sendiri memang tanggungjawabnya dan dia ni jarang bagi perempuan lain duduk di biliknya. Lagi satu pengetahuan Tiara, dia ini tak pernah keluar aura romantik dia." Tiara mengangguk sahaja tidak sebarang respon kepada Firdaus.

“Tetapikan Zarif jarang buat lawak dekat orang lain kecuali dengan aku, selalu terkena dengan dia" Hmm, Zarif sebenarnya berperangai seperti apa ya. "Okey lah, Aku nak pergi sambung kerja di meja aku semula. Kalau ada apa-apa Tiara nak minta je kat aku. Jangan segan tau" Tiara mengangguk.

Tiara ni asyik mengangguk sahaja tiada respon sedikit pun, sukar bergaul dengan orang lain tetapi dengan Zarif mudah sahaja dia mengeluarkan topik yang ingin ditanyakan, apa Zarif pandai menarik perhatian seorang wanita seperti Tiara? Ish, jangan difikirkan tumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerja dan kesayangan aku, itu je.

Tadi sampai ke sini dalam jam 3 petang dan sekarang sudah jam 4 petang, masih lama lagi untuk menunggu ke? Nyaris Permata masih tidak online WhatsApp sekarang ini kalau tidak dia mesti dah bertanya kepada aku, kemana pergi jika dia sudah pulang. Lebih baik, aku pejamkan mata sekejap.

Tiara terjaga dari tidur setelah mendengar selakan helaian kertas dari meja Zarif. “Zarif, sejak bila awak balik?" Zarif tersenyum sahaja lalu mengemas meja sambil menjawab persoalan Tiara. “Pukul 4.30 petang tadi, lena awak tidur. Penat ke? Maaf lah sebab saya lewat kesini tadi" Tiara mengeleng. “Taklah, saya hanya terlena sekejap sebab saya yang nak tidur sekejap malah terlajak pulak masa ditetapkan" Tiara tersengih sahaja berasa malu.

"Sekarang jam pukul berapa?" Zarif memandang jam tangan miliknya. "Jam 5 petang, kalau begitu saya hantar awak pulang dahulu ye sebab banyak kerja lagi saya tak siapkan" Tiara mengeleng kepala secepat yang mungkin. “Awak buat lah kerja dahulu nanti terlewat pulak nak siapkan". “Takpe ke ni?" Tiara hanya mengangguk sahaja. Zarif meneruskan kerjanya manakala Tiara memandang telefon Samsungnya terdapat 3 panggilan dan 20 mesej hanya dari Permata sahaja. Mesti dia sedang gelisah sekarang ni.

“Zarif, saya pergi buat panggilan dengan Permata sekejap ye" Tiara keluar dari bilik Zariff.

Tiara:Assalamualaikum Permata, maafkan aku tak jawab panggilan dari kau.

Permata: kau ada kat mana ni? Risau aku tau bila aku pulang kau takde kat rumah. Kau kat mana ni?

Tiara: Aku ada dengan Zarif di tempat kerja Zarif ni.

Permata: Baguslah, kau bersama dengan orang yang aku kenal. Aku risau kau kena culik ke apa ke lagilah bimbang aku ni. Nyaris aku tak buat laporan polis lagi.

Tiara: Ermmm, maaf. Kau ada kat rumah ke? Kejap lagi aku pulang lepas Zarif siapkan kerja dia. Bye assalamualaikum.

Tiara kembali masuk ke ruang kerja Zarif dan terlihat Zarif sudah berdiri di hadapan pintu. Nyarislah aku tolak perlahan-lahan kalau kuat tadi mesti terkena batang hidung Zarif ni. Jangan lah berdiri di hadapan pintu ni. "Zarif, awak dah siapkan kerja ke?" Zarif menghulurkan beg tangan milik Tiara lalu Tiara mengambil terus disandang ke bahu kanannya. "Kerja saya jadi siap cepat sebab awak je. Awak bagi saya semangat melakukan kerja". "Ehh, apa kaitannya??" Zarif ketawa. " Saya berasa kawan awak sedang menunggu awak di rumah kan?" Tiara mengangkat kening kiri, macam mana dia tahu ni jangan-jangan Permata sudah chat dengan dia ni sebelum aku call. "Ye, dia sangat risau di rumah" Zarif mengangguk dan kesal sedikit. "Gara-gara kerja saya tak siap hanya ingin bersama awak, sampai saya terlupa segalanya". “Salah saya ke?" Tiara ingin tahu.

“ Bukan salah awak pun ia salah saya jugak mengejar seseorang tetapi tak kisahlah benda dah berlalu tak perlu diungkit lagi" Masalahnya Zarif yang mengungkit bukan aku?! Tiara dan Zarif berjalan bersama Tiara ke parking kereta Zarif sambil berborak sakan.

Di halaman rumah Tiara dan Permata, Mereka mengangkat barang yang dibeli di Tesco di pintu rumah mereka berdua dan Tiara menemani Zariff kembali ke pintu kereta BMW milik dia. “Awak terima kasih untuk hari ini ye" Tiara mengatakan dengan lembut kepada Zariff. “Tak perlu berterima kasih kepada saya sebab malam ini jugak kita akan bertemu, bermakna dalam satu hari berapa kali kita dah jumpa" Zarif tersenyum sahaja. “Betul jugak, jumpa malam nanti". “Awak, saya nak tanya awak ada rancang...nak pakai baju warna apa untuk makan malam nanti" gagap Zarif mengatakan kepada Tiara. “Hmm, kalau saya suka pakai baju warna merung, kenapa ye?". “Saya nak pakai baju warna yang sama dengan awak, boleh kan? Nanti baru setanding" Tiara senyum sahaja tetapi hatinya tiba-tiba berdegup kencang. "Okeylah, senyuman awak itu nampak comel" Tiara tersengih dan membuka langkah luas selepas mengatakan perkara yang memalukan.

Masuk sahaja kerumah, Tiara melepaskan rasa lega manakala Zarif masuk ke dalam kereta dengan tersenyum sampai ke telinga dan malu mendengar apakah benar dia dengar atau dia salah dengar? Jadi tak tentu arah dirinya. "Sweet couple for you two, guys" Permata menepuk tangan dari tangga. "Mana ada couple lagi" segan Tiara berkata. "Tiara...Tiara, anak kucing yang manja ni nampak betul-betul sudah jadi pokok semalu bila dicuit sedikit sudah ditutup. Itulah bagai Tiara" Permata ni. “Aku sudah beli barang rumah" Permata tersengih. "Aku tak rasa itu duit kau untuk barang itu, betul tak?" Tiara mengangguk terus tanpa berlengah masa. Tiara meletakkan barang di peti ais lalu naik ke atas ditemani Permata. “Tiara selepas solat Isyak, kita keluar makan ye" Tiara mengangguk sahaja. “Bagaimana hubungan kamu dan dia?" “Hanya kawan sahaja" Permata melirik mata mengejek.

Tempat yang dijanjikan oleh Permata di kedai makan ditepi laut memang indah dengan cahaya bulan yang terang dan suasana bintang yang bersinar. Memang cantik pemandangan langit malam. " Tiara, maafkan aku hari ini kita akan bersama dengan mereka berdua lagi" Tiara geleng cepat. "Aku faham" Permata tersenyum. "Hai sayangku Permata!" Firdaus melambai ke arah mereka berdua sedang berdiri. Pakaian Firdaus hanya memakai t-shirt yang agak sesuai dengan dirinya manakala Permata pulak terlihat ayu pada kali ini. "Hai, tak sangka pulak kita akan berjumpa lagi, Tiara" Tiara hanya membalas hai sahaja dan senyum sahaja tetapi matanya mencari seseorang. " Awak datang sorang sahaja ke?" Permata bertanya kepada Firdaus sedang membetulkan cap miliknya. "Oh, Zarif ada disana! Tiara pergilah tadi dia suruh aku panggil kamu kesana" Tiara mengangguk.

"Apa pulak kejutan diberikan kepada Tiara lagi?" Permata bertentangan kepada Firdaus. "Saya nampak ada sejambang bunga cantik yang dia pegang" Permata membuat muka cemburu. "Awak, kawan awak lagi pandai dari awak pandai ambik hati perempuan tetapi saya tak kisah dengan semua tu janji awak bersama dengan saya. Itu sudah cukup" Permata hanya tersenyum kepada kesayangan dia sahaja. "Nampaknya Zarif dan Tiara ada buat komplot pakai baju warna apa hari ini" Firdaus mengatakan lagi.

"Tiara tadi pakai baju merung bermakna Zarif juga memakai warna yang sama??" Permata ingin tahu. "Itu betul”Permata tertanya-tanya pada dirinya. Tiara berjalan sehingga ternampak sebatang pokok kelapa yang tiada berbuah lagi, Zarif sedang berdiri di sebalik pokok itu. "Zarif, itu awak kah?" Tiara mengintai sedikit demi sedikit supaya tidak salah orang. "Tada! Nah, ini untuk awak!" Zarif menerjah Tiara sambil memberi bunga dikatakan Firdaus tadi. "Terima kasih awak" Tiara menerima bunga itu dengan ikhlas.

"Awak ni terlalu romantik" Tiara memuji Zariff. Zarif malu mendengar tetapi hakikatnya benar. "Tiara, saya nak beritahu walaupun baru semalam kita baru berjumpa tetapi hati saya sudah terpaut kepada awak seorang sahaja, tiada sapa yang dapat menawan hati saya ini kecuali awak". "Hihihi, pandai awak buat lawak" Zariff ternganga sekejap. "Ehh, saya tak buat lawak sekarang ni, saya serius apa yang saya mahu sampaikan kepada awak"

Zarif terdiam sekejap dan berkata “ Mungkin awak belum terima saya lagi tetapi saya akan tunggu jawapan dari mulut awak sendiri. Saya akan bagi masa untuk awak. Anggaplah saya kawan ‘istimewa' kepada awak. Kalau ada masalah, panggillah saya" Tiara hanya sengih sahaja tetapi otaknya dah tak tentu arah sebenarnya.

“Awak terlalu romantik so susah untuk saya terima kenyataan ini" Zarif terus mengangguk. “ Saya faham status awak dan saya terlalu jauh" Tiara berdiam diri sekejap, apakah dia sudah menyakitkan hati Zarif. “ Apa awak sakit hati dengan saya?". “Kerana jawapan seperti itu takdelah, saya ok dan saya akan tunggu jawapan awak" Tiara tersenyum, mengapa Zarif terlalu memahami dirinya?

“Awak, jom makan mesti awak dah kelaparan kan?" alamak, macam dia tahu?! Malu lah! Tiara mengangguk cepat. "Saya sudah agak dengan kelakuan awak ini" Bahaya sungguh dia ini. Mereka berjalan ke kedai makan dengan senyuman tawa mereka dan lupakan perkara tadi adalah lebih baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience