Rate

Bab 3

Romance Series 2254

Beberapa minggu kemudian. Di tempat kerja Zarif, Zarif menaip papan kunci dengan gembira sehingga tidak sedar Firdaus sudah berada dihadapannya. "Ini dinamakan cinta pandang pertama ke?" Firdaus baru bersuara setelah Zarif menutup fail tebal yang ketiga untuk kali ini. "Eh, Firdaus sejak bila kamu ke sini?" Terkejut Zarif. "Aku masuk ke bilik ini dari jam 10 tadi hingga sekarang sudah 12 minit aku kat sini masih tidak nampak. Kamu yang panggil aku masih tidak sedar lagi". "Maaf Firdaus kalau orang lain tadi agak-agaknya dah jadi bahan membawang mereka dah" Zarif ketawa bersama Firdaus. " Kamu panggil aku ni ada apa?". "Kamu tolong uruskan klien pemasaran dari syarikat Z sebab saya ada urusan penting dengan kakitangan syarikat Z sekejap" Firdaus menjeling mata. " Nampaknya tak dapat lah jumpa dengan Cik Tiara hari ini." Zarif tergelak terus. "Aku ada urusan tetapi tak semestinya aku tak dapat jumpa dia hari ini sambil bawa kawan aku sorang ni" Zarif sengih sahaja. "Sapa kawan kau selain dari aku, Permata dan Tiara?" "Biarlah rahsia nanti kamu akan tahu juga" Firdaus mengecilkan matanya menandakan dia tak faham apa yang Zarif mengatakan tadi. Zarif terus beredar. Kawan aku ni nampak bahagia jarang aku tengok muka dia ni.

"Tiara, lunch dengan sapa hari ini?" Tanya Sarah kawan sekerja dengan Tiara di kedai Tea And Bread. "Ermmm..". " Mestilah dengan Permata kan, Tiara? Atau dengan lelaki itu semalam?" Daniel menyampuk dari belakang Sarah. "Ye atau mungkin" Tiara teragak-agak untuk berkata seperti nya hari ini aku tak dapat nak lunch bersama dia. " Aku pun ragu melihat kau keluar dengan lelaki itu hampir selalu sehingga Permata pun tak kelihatan bersama kau sekarang ini, apa hubungan kamu dengan laki itu?" Daniel ingin tahu. " Oh sebab itu, aku tak tahu lah nak kata apa sebab Permata terlalu sibuk minggu ni nak buat persiapan projek baru" terang Tiara. "Ehh, sekarang dah waktu lunch, Jom kita pergi lunch, Daniel" Sarah menjadi diantara mereka berdua. Tiara mengambil keputusan untuk mengikuti mereka. Semasa Tiara ingin berangkat sekali bersama mereka tiba-tiba Fatin memanggil Tiara. "Tiara ada orang tunggu kamu diluar" Tiara bingung sekejap, jangan kata Si Zariff jemput aku?? Tiara menyandang beg ke bahu kanan lalu berjalan dengan tenang manakala mereka berdua Sarah dan Daniel mengintai siapa yang mahu berjumpa dengan Tiara?

"Dia ada disana" Tiara terkejut.
" Firdaus? Permata?" Mereka berdua senyum.
" Tiara, jangan nak buat muka terkejut beruk" Tiara masih blur Kenapa dua orang ni datang kesini.
" Kenapa kamu berdua datang kesini?" Soal Tiara yang masih bingung. "Kami datang sini sebab nak ajak lunch sekali" Tiara baru faham keadaan sekarang. "Mari kita lunch tempat selalu lepak" Tiara mengangguk, meminta maaf kepada Danial dan Sarah lalu mengekori mereka berdua dari belakang. Semasa mereka keluar dari kedai, ada seseorang sedang berjalan kearah mereka bertiga.

"Tiara!" Ada seseorang memanggil namanya
"Zarif??" Terkejut Tiara melihat Zarif sudah terpacak di luar kedai Tea And Bread.
" Bukankah kamu ada perjumpaan dengan klien jam 12.30 tengah hari sekejap lagi, mengapa kamu masih berada disini?" Firdaus jadi bingung nak jumpa klien kat tempat jauh dari tempat mereka berada sekarang ni dan ada masa lebih kurang 20 minit tetapi ada masa juga dia mahu bertemu dengan Tiara.

"Oh memang betul pun tetapi saya nk bawa Tiara ke sebuah tempat jadi kamu berdua dating lah dengan bahagia. Tiara, jom kita pergi" Zarif mengajak Tiara. “ Zarif, sapa kamu katakan kawan kamu nak bawa kesana?" Firdaus bengang selepas Zarif menjawab jawapan seperti ini “ Hanya Tiara sahaja tiada sesiapa aku bawa selain dari dia" Firdaus mengenggam jari-jemarinya dengan erat seperti dia mahu menembak sahaja Zarif ini.

"Semenjak mereka bertemu asyik berkepit je" cebik Firdaus. "Jangan nk buat muka camtu, tak hensem langsung" Firdaus gelak terbahak-bahak mendengarnya. "Hahaha, pandainya buah hati saya ni ambik hati saya. Sejak bila pandai ni?" Permata bengang dengarnya memang dia pandai sejak belajar kat sekolah lagi bukan sekarang?! " Untuk pengetahuan awak, saya ni dah pandai sejak masuk sekolah tadika lagi bukan saya pandai semalam" Firdaus tersenyum sahaja terasa lah tu.

" Sayang, jangan buat perangai camtu nanti saya beli lolipop nk tak?" Permata menyilang tangannya. "Hmm, tahu pun pujuk" Firdaus tersenyum, perangai mereka berdua masih kekanak-kanakkan lagi.

Di dalam kereta Zarif, "Ermmm, bukanoah awak nak jumpa klien hari ini tetapi kenapa saya kena ada sekali?" Zarif berkedip mata kanan kearah Tiara. "Saya pernah cakap dekat awak pada sebelum ini apabila awak bersama saya sudah tentu kerja saya akan selesai dengan mudah dan cepat" Zarif berkata sambil memandu kereta. "Tetapi apa klien awak cakap nanti, saya rasa macam penyibuk je". "Awak ni terlalu berfikirlah" Zarif gelak kecil manakala Tiara mencebik. "Tiara...Tiara, lebih mudah dikatakan saya tak nak awak cemburu atau salah faham bila saya bersama dengan orang lain terutama perempuan lagilah awak cemburu sungguh" Tiara ketawa. "Apa-apa pun saya nak awak je tak nak orang lain" menjeling manja kepada Tiara yang senyap. Tiara melihat kemanjaan si Zarif ni seakan kucing minta dibelai baik.

"Hmm, awak ni manja sangat lah". "Manja dengan kawan istimewa tak mengapa lama-kelamaan mana kita nak tahu Allah yang tetapkan jodoh kita tiba-tiba awak nak jadi isteri saya" sengih Zarif. Bilalah nak sampai tempat dia nk jumpa klien ni dah semakin meremang bulu roma aku ni. "Saya rasa sepertinya awak banyak topik nak dibahaskan kepada saya, betul tak?" Tiara memandang Zarif lalu mengangguk. Sudah sampai ke destinasi dan tempat pada waktunya perjumpaan klien di restoran terkenal disitu. "Mana klien awak?" Zarif geleng kepala. Lalu mereka duduk disebuah tempat yang sesuai untuk berjumpa klien. Zarif dan Tiara duduk bersebelah-sebelahan supaya tidak dicurigai klien dia nanti anggaplah Tiara ni assitent Cik Zarif ni.

"Assalamualaikum, maaf encik Zarif atas keterlambatan kami berdua" Zarif masih mendiamkan diri hanya didalam lubuk hati menjawab salam dua orang perempuan ini adalah klien dia sebagai wali dari syarikat lain, tetapi bukankah sepatutnya lelaki kenapa perempuan pulak?? Hairan Zariff. "Saya mendengar dari assitent saya. Wali dari syarikat kamu adalah dua orang lelaki, kenapa kamu pulak dihantar kesini?". "Err, syarikat kami menukar tugasan kami dalam last minute tadi. Maaf" aku tak faham, jarang mereka menukar tugasan yang telah diberikan ada sesuatu yang aneh.

Tiara memandang Zarif yang berkerut-kerut dahi, apa yang dia fikirkan sepertinya aku mahu tahu perkara sebenar. "Okey, perkenalkan diri kamu kepada kami berdua" " Saya cik Diyanah dan ini cik Azra, kami ditugaskan untuk membawa dokumen ini sebagai tanda persetujuan projek diantara syarikat kami dan cik Zarif Encik perlu tandatangan di dokumen ini sebagai bahan bukti dan assitent Encik jugak untuk menandatangani dokumen ini sebagai saksi yang hadir bersama kami semua, assitent encik Zarif" Zarif mendatangani dokumen seterusnya Tiara yang tak nk terlibat dalam urusan hari ini terpaksa jugak turut kerana Zarif setuju. Apa nak buat lagi, apa nak jadi nanti jangan cari aku tau.

"Dengan ini, projek akan dilangsungkan pada minggu hadapan atas keizinan encik Zarif yang berkerjasama dengan syarikat kami. Dengan ini jugak, kami tidak mahu melengahkan masa kami pulang ke pejabat untuk menyerahkan kepada tuan Husaini. Kami meminta diri untuk mengundur terlebih dahulu Assalamualaikum" Mereka beredar dalam keadaan sopan tetapi setelah keluar dari restoran, mereka gelak sakan sejak keluar dari sini.

Zarif bangun bersama Tiara berjalan ke sebuah tempat yang aman tanpa diganggu. "Ermmm, awak fikir apa?" Tiara mengatakan dengan sopan. "Awak, Ermmm, maaf. Saya tak sepatutnya terlalu serius dihadapan awak nanti awak takut" Zarif kecewa sikit. "Kenapa awak seperti itu tadi?" Tiara seperti mahu tahu apa yang terjadi. "Bergini cerita, pada mulanya syarikat mereka tadi menghantar dua orang lelaki kepada saya untuk menandatangani dokumen tadi malah dua orang perempuan tadi mengatakan encik Husaini menukarkan tugasan mereka jadinya Firdaus tadi berjumpa dengan lelaki yang sepatutnya dihantar kepada saya. Sebelum ini, encik Husaini tidak pernah menukarkan tugasan mereka pada waktu akhir ia sepertinya aneh jika dilihat balik" sepertinya aku membuat dia stres, bagaimana ya?

Seorang pelayan datang kepada mereka meminta pesanan kepada mereka lalu mereka memesan dan menunggu sambil mendengar cerita Zarif masalah tadi hampir berulang kali dia bercerita perkara yang sama seperti tidak puas hati dari sudut cerita itu. Tibanya makanan di meja kami, aku terus menyuapkan satu sudu aiskrim ketika dia masih menceritakan lagi lalu terdiam dan tersengih terus. "Mengapa?" " Awak runsingkan sebenarnya bila saya menceritakan perkara tadi sehingga tidak berhenti-henti kan?..." Senyum Zarif. Tiara mengangguk. "...atau awak cemburu?" Masih disambung lagi, muka aku ada nampak cemburu ke?

"Tiara mudah cemburu tidak disangkakan, mudah terhibur dan saya sepertinya tidak sabar nak hidup bersama awak nanti" ehh, aku terus sumbat lagi satu sudu aiskrim supaya dia tidak mengucapkan perkara-perkara kemungkinan akan bakal jadi. " Tiara, awak tak suka saya cakap macam tu ke?" Tiara mengangguk. "Okey2 saya faham. Mari makan nanti makanan sejuk tak sedap pulak" Tiara senyum.

Selepas makan, Tiara berjalan-jalan di Mall bersama Zarif. Lalu mereka masuk ke sebuah kedai baju. Tiara ternampak dua perempuan tadi lalu menoleh kearah lain dan mencari kemana Zarif pergi. "Ehh, itu bukankah orang yang duduk disebelah Encik Zarif. Sepertinya Encik Zarif tiada bersama dia bermakna mereka bukan kapel lah. Kalau dia tidak ikut acara tadi kemungkinan aku dapat tarik hati encik Zarif yang hensem tu" Tiara mendengar apa yang mereka membualkan malah hatinya seperti dicucuk dia tidak mengetahui apa perasaan itu sebenarnya cemburu atau marah?

"Kerja dengan Encik Zarif je, muka dia takdelah cantik sangat pun tetapi mungkin tak layak berkawan dengan Encik Zarif yang hensem tu takde lah peluang kita untuk bersama dia tetapikan aku dengar nanti ada majlis akan diadakan secara besar-besaran antara syarikat lain kemungkinan syarikat Encik Zarif akan terikut jugak nanti...aihh tak sabarnya nak mendapatkan hati Encik Zarif" hati Tiara sudah berkecamuk dengan kata-kata mereka dari belakang Tiara tambah pulak mereka berkata tentang dirinya lagi mencabar hatinya seperti dia mahu bagu mereka makan cabai ja. Cakap biarlah berpada-pada! Eh, Tiara kenapa ikut emosi kau ni?! "Alhamdulillah" Tiara sambung melihat baju-baju daripada mendengar gosip syaitan ni. "Tiara, kamu sudah pilih baju apa kamu nak?" Tiara mengangguk lalu Zarif mengambil baju dari aku dan pergi membayar. Mereka berdua yang mengosip Tiara tadi terus ternganga besar.

"Terima kasih, susah-susah kan awak je bayarkan untuk saya nanti orang tengok saya ambik kesempatan ke atas kawan sendiri pulak" Zarif menghembus nafas dan mengatakan kepada Tiara " Apa yang orang cakap atau mengosip tentang awak hanya ucap Alhamdulillah sahaja, jangan menambahkan dosa tau lebih baik kita endahkan kata2 mereka takde guna kalau bergaduh, faham?" Tiara senyum seperti dia tahu sahaja apa yang aku fikirkan ni. "Ini pun saya nk belikan barang untuk awak je, seterusnya kita nk kemana?" Tiara mengangguk. "Eh, itu Encik Zarif. Kenapa mereka bersama??" Cik Diyana menyilangkan tangannya. "Kita lihat sahaja mereka apakah benar tekaan kita berdua" cik Azra mengangguk.

Pada waktu malam, Tiara duduk diatas katil dan melihat barang yang Zarif belikan untuknya walaupun dia tidak meminta pun. Teringat dia kenangan tadi. " Awak nak gelang tak?" "Ehh, tak payahlah sampai macam tu sekali" "Saya nak belikan bukan atas kehendak awak anggaplah ini hadiah untuk awak" sengih Zarif. Patutlah ramai orang suka dia mana taknya sweet, romantik, pandai jaga hati dan banyak lagilah memang orang yang sempurna tapikan apa kelemahan dia? Sepertinya aku kena cari nanti bosan kalau asyik dilayan oleh dia je mesti aku pun nk jugak seperti dia. Tiara yang sedang mengelamun sampai ke Jepun dan hendak memijak negara Jepun tiba-tiba terperanjat sungguh apabila dia mendapat panggilan dari Zarif lalu dia mengangkat dalam keadaan kelam-kabut.

Zarif: Assalamualaikum Tiara, sedang mengelamun depan barang yang kita beli tadi ke?

Tiara (bisik): Tekaan dia betullah mana dia dapat tahu ni?!!

Tiara: Ehh, waalaikumussalam...ermm camna ya? Haah betullah.

Zarif ( ketawa): Saya dah agak...mesti mengelamun jauhkan sambil pengang barang tadi, betullah tu?

Tiara: Haah, betul. Camna awak boleh tahu tentang saya ya? Jangan cakap semua ini dari Permata betul tak?

Zarif (diam): ...
Tiara : Dah agak kalau diam ni. Ermmm...tapi saya tak kisah lah. Awak buat apa tu?

Zarif: Sangkakan nk marah. Takpelah, saya duduk atas katil je...awak? Mungkin tak payah tanya kot dah tahu. (Ketawa)

Tiara (ketawa kecil): Pandai awak ni ya

Zarif: Awak, hari Sabtu ni ada rancang nak kemana-mana tak?

Tiara (berfikir): Haa, hmm...tak fikir lagi mungkin duduk rumah je sebab Permata sibuk dengan projek baru dengan syarikat dia.

Zarif: Kalau kita pergi date dua nak tak?

Tiara: Boleh je but kita nak kemana?

Zarif: Biar rahsia dulu lah baru rasa ada kejutan untuk awak

Tiara (gelak kecil): Up to you

Zarif(malu): Awak, saya kena cakap banyak kali ini harap awak sukalah.

Tiara (ingin tahu): Apa dia?

Zarif (gagap): Saya masih sukakan awak dan I love you so much tetapi bila berdepan rasa malu nk bercakap.

Tiara: ...

Zarif (risau): Helo? Helo awak?

Tiara: Haa, ye?

Zarif( lega): awak kemana tadi? Senyap je atau awak jauhkan sikit henfon bila saya cakap ayat cinta

Tiara(gelak kecil): Maaf, benar apa awak katakan.

Zarif: Okey-okey maaf saya merepek sekejap.

Zarif: Hari Sabtu pakai cantik-cantik tau

Tiara: Hihihi

Zarif: Okey itu jelah saya nak cakapkan, assalamualaikum.

Tiara: Ok, waalaikumussalam.

Tiara baring dan berguling-guling diatas katil. Lalu dia terfikir apa perasaan petang tadi ya selepas melihat dua orang perempuan tadi mengatakan seperti itu takkan itu sudah dinamakan 'suka'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience