Rate

Bab 3

Romance Series 2782

5 bulan yang lalu...

*Sayang...hanya aku cinta kau seorang ^3^ ^3^ ^3^*.

Saya membaca mesej yang Harry kirim melalui aplikasi Whatsapp.

*Dear...jiwangnya*, saya membalas.

*Tak pa jiwang untuk sayang juga*, balas Harry lagi.

*Sayang...bila kita mau jumpa ni*.

*Nantilah dear, bila sayang cuti semester ya*.

*Emmm okey dear tunggu..nanti sayang info info dear tau*.

*Okey..sayang ada kerja ni, nanti chat lagi k*.

*Okey...I love you*.

*I love you too*.

Alangkah indahnya dunia ini bila cinta hanya milik kita berdua. Bunga yang cantik, kumbang yang gagah. Akanku perlihara taman cinta kita sampai bila-bila. Manis sungguh cinta ini apabila engkau turut membalasnya. Terima kasih sayang kerana mencintai diri ini walau perkenalan hanya dalam alam maya. Semoga cinta kita berkekalan sampai ke jinjang pelamin dan sampai akhir hidup kita.

***

Dua minggu lagi cuti semester akan tiba dan dua minggu itulah juga peperiksaan bakal bermula. Saya tidak mahu diganggu pada tika ini. Saya mahu tumpukan perhatian untuk mengulang kaji pelajaran. Walaupun sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan, saya tetap meluangkan sedikit masa untuk Harry. Maklumlah, saya cintakan dia dan saya tidak mahu mengabaikannya walau sesibuk mana.

Chinggg...!

*Sayang...I miss you*, chat daripada Harry.

*I miss you too dear, you can wait..see you in 2 weeks time*.

*Okey sayang*.

Saya mematikan telefon bimbit saya lalu meletakkannya di atas tilam tepi bantal. Saya mahu menumpukan sepenuh perhatian saya untuk mengulang kaji. Di tepi kiri meja tulis ada beberapa buah buku tebal untuk kegunaan saya sebagai rujukan mengulang kaji pelajaran. Semester ini saya mahu mencapai sasaran GPA 4.0.

Saya menghirup nescafe panas yang saya bancuh tadi. Dengan mata tertutup saya menikmati minuman panas tersebut. Perut saya pula meragam minta diisikan, tenang banyak digunakan oleh otak untuk fokus mengulang kaji. Saya mencapai sekeping biskut yang ada di dalam balang kaca di tepi meja berdekatan dengan buku-buku tebal tersebut lalu menikmatinya.

Setelah puas duduk mengulang kaji di kerusi saya baring di tilam yang empuk lalu meluruskan badan yang lenguh.

Zzzz...

Kringggggggg....!

Bunyi nyaring jam loceng membingitkan telinga saya. Pantas saya matikan jam loceng yang sudah menunjukkan pukul 7 pagi. Saya pantas menuju ke kamar mandi. Pagi ini peperiksaan akan berlangsung.

Setelah bersiap, saya menghidupkan telefon bimbit sebentar sebelum ke dewan peperiksaan. Banyak chat yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp.

*All the best sweetie*, chat dari Mommy.

*Break a leg pumpkin*, chat dari Daddy.

*Good luck sayang*, chat dari Harry pula.

Floppp...!

Nisah tag you in her post.

'All the best bestie..cayoo cayoo'

Saya balas, ' All the best too bestieku muahhh'.

Saya matikan kembali telefon bimbit itu kemudian menyimpannya di almari lalu mengunci almari tersebut. Kebiasaannya waktu peperiksaan saya tidak akan membawa telefon bimbit ke dewan peperiksaan supaya saya lebih fokus menjawab soalan.

Kemudian saya melangkah keluar dari bilik menuju ke dewan peperiksaan. Dengan harapan setinggi Gunung Kinabalu, untuk mendapat GPA 4.0. Fikiran tentang Harry saya buang jauh-jaug sebentar, saya tidak mahu hilang fokus apabila berdepan dengan kertas peperiksaan.

'Harry boleh tunggu, exam ni once in a life time', bisik hati kecil saya.

***

Saya, Nisah, Felicia dan Ezza berjalan menuju ke cafeteria. Selesai sudah peperiksaan kami pada hari ini. Kami berbaris untuk mengambil makanan dan minuman.

"Anne...jadi macam mana kau sudah terimakah si Adam tu jadi bf kau?", ujar Nisah dengan suaranya yang sedikit kuat kerana bunyi bising di cafe itu.

Adam merupakan Coursemate Nisah.

"Jadi Harry saya mau letak dimana?", balas saya.

"Oh yakan..saya lupa pula kau ada bf", balas Nisah pula.

Hehehe....

Saya hanya tersenyum memandang Nisah yang mengaru kepalanya yang entah gagal entah tidak. Felicia dan Ezza yang berdiri di belakang saya pula becerita sesama sendiri.

"Anne..tu lelaki hensem", ujar Nisah lagi. Nisah memang pantang nampak lelaki kacak, mahu tersembul saja tidak biji matanya.

"Kau mengoratlah dia Nisah".

"Hehe...Ammar dah ada lah".

"Nisah..Nisah... sedar pun kau ya".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience